Naib Presiden Amerika Syarikat
Vice President of the United States of America | |
---|---|
![]() Jata rasmi Naib Presiden | |
![]() Bendera Naib Presiden | |
Senat Amerika Syarikat Cawangan eksekutif kerajaan A.S. Pejabat Naib Presiden | |
Gelaran | Mr. Vice President (tidak rasmi) The Honorable (rasmi) Mr President (sebagai Presiden Senat) His Excellency (surat-menyurat antarabangsa |
Status | Pegawai cawangan eksekutif kedua-tertinggi Presiden Senat |
Kediaman | Number One Observatory Circle |
Pejabat | Washington, D.C. |
Pencadang | Presiden Amerika Syarikat, Parti politik |
Pelantik | Kolej Pilihan Raya Amerika Syarikat |
Tempoh | 4 tahun, tiada tempoh terhad |
Constituting instrument | Perlembagaan Amerika Syarikat |
Pembentukan | 4 Mac 1789[1][2] |
Pemegang pertama | John Adams 21 April 1789[3] |
Perwarisan | Pertama[4] |
Timbalan | Presiden Pro Tempore Senat Amerika Syarikat (dalam Senat) |
Gaji | US$230,700 tahunan |
Laman web | www.whitehouse.gov |
Naib Presiden Amerika Syarikat (kadangkala dirujuk sebagai VPOTUS[5] atau Veep) merupakan orang pertama dalam turutan waris presiden Amerika Syarikat, dan akan menjadi Presiden Amerika Syarikat selepas kematian, perletakan jawatan, atau penyingkiran presiden. Sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Amerika Syarikat, naib presiden juga berkhidmat sebagai presiden Senat, dan mungkin memecahkan undian seri di kamar Dewan berkenaan. Beliau juga boleh diberikan tugas tambahan oleh presiden. Naib Presiden Amerika Syarikat terkini ialah Kamala Harris.
Pindaan Keduabelas Perlembagaan Amerika Syarikat menyatakan bahawa "no person constitutionally ineligible to the office of President shall be eligible to that of Vice-President of the United States."[6] Oleh itu, untuk berkhidmat sebagai Naib Presiden, seorang individu mesti:
Tidak seperti had dua pilihan raya yang dikenakan ke atas Presiden oleh Pindaan Keduapuluhdua Perlembagaan Amerika Syarikat, tidak ada bilangan had bagi seseorang yang berkhidmat sebagai Naib Presiden.
Tidak seperti presiden, Perlembagaan Amerika Syarikat tidak mensyaratkan satu aku janji bagi naib presiden. Beberapa kepelbagaian telah digunakan semenjak 1789; bentuk terkini, yang digunakan oleh Senator, Perwakilan dan pegawai kerajaan lain, telah digunakan sejak tahun 1884 (perkataan dalam kurungan bukan secara rasmi sebahagian daripada aku janji tetapi dilafazkan secara tradisi):
I, [Vice-President Elect's name], do solemnly swear (or affirm) that I will support and defend the Constitution of the United States against all enemies, foreign and domestic; that I will bear true faith and allegiance to the same; that I take this obligation freely, without any mental reservation or purpose of evasion; and that I will well and faithfully discharge the duties of the office on which I am about to enter. So help me God.
Nama | Tempoh perkhidmatan | Tarikh kelahiran |
---|---|---|
Walter Mondale | 1977–1981 | 5 Januari 1928 |
Dan Quayle | 1989–1993 | 4 Februari 1947 |
Al Gore | 1993–2001 | 31 Mac 1948 |
Dick Cheney | 2001–2009 | 30 Januari 1941 |
Joe Biden | 2009–2017 | 20 November 1942 |
Mike Pence | 2017–2021 | 7 Jun 1959 |
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan a12
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan c1a1s
tidak disediakanWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Naib Presiden Amerika Syarikat. |