Nabila Huda
Kelahiran Nabila Huda binti Suhaimi
(1984-12-02) 2 Disember 1984 (umur 33)
Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Nama lain Abil
Pekerjaan Pelakon, pengacara
Tahun aktif 2001–kini
Pasangan Zaidi Zailani (k. 2008–2011)
Mohd. Izwan Johar (k. 2015)
Anak Keisha Laila
Ibu bapa Amy Search (bapa)
Faridah Fadzil (ibu)

Nabila Huda binti Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) atau lebih dikenali sebagai Nabila Huda ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis, merupakan anak sulung kepada legenda rock terkenal Amy daripada kumpulan Search.[2][3] Nabila memulakan kerjaya lakonan pada 2001 menerusi peranan yang tidak dikreditkan dalam Lagi-Lagi Senario arahan Aziz M. Osman. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock (2005), Akhirat (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2009), Duhai Si Pari-pari (2009), Bohsia 2: Jalan Kembali (2012) dan Gamatisme (2014).[4]

Selain peranan lakonan dalam filem, Nabila juga terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Shikin dalam Impak Maksima the Series, Ain dalam Cinta Untuk Ain, Azarina dalam Dari Mata Arisa, Ayu dalam Teduhan Kasih dan Aurora dalam Dendam Aurora. Sepanjang kerjayanya, Nabila telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon. Menerusi persembahannya dalam Munafik, Nabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.[5]

Kehidupan awal

Nabila Huda dilahirkan pada 2 Disember 1984 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada penyanyi rock terkenal dan vokalis kumpulan Search, Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abil mempunyai empat adik-beradik berlainan ibu—Irisha Myra (lahir 1997), Alexander Zulkarnain (lahir 2003), Sania Samara (lahir 2005) dan Qaqa At-Tameemi (lahir 2008).[6]

Kerjaya

Kerjaya awal (2001–08)

Nabila Huda memulakan kerjaya lakonannya pada 2001 semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[7] Tugas lakonan Nabila ialah pada 2003, menerusi peranan dalam telefilem Blok 404 bersama Zamarul Hisham. Beliau pernah menjayakan peranan kecil dalam filem Lagi-Lagi Senario (2001) arahan Aziz M. Osman.

Peranan di layar lebar tiba pada 2005, Nabila berlakon dalam filem sulungnya, filem komedi muzikal arahan Mamat Khalid, Rock yang dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman dan Soffi Jikan di mana beliau memegang watak sebagai Nurfarzana @ Foxy Lady. Pada tahun berikutnya, beliau diberi peranan watak undangan dalam filem komedi Bujang Senang arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen. Selepas kejayaan filem pertamanya, beliau kemudiannya melakonkan watak utama sebagai Noni dalam filem drama Malaysia, Akhirat bersama Ady Putra, Vanidah Imran dan Tony Eusoff, yang melayakkannya menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21.

Selepas sekian lama beraksi di layar lebar, Nabila berlakon dalam drama Impak Maksima the Series sebagai Shikin arahan Ahmad Idham yang bersiaran di TV3. Pada tahun 2008 juga, beliau berlakon dalam drama Ibu bersama Hamidah Wahab. Seterusnya, beliau memegang watak utama sebagai Ravina dalam telefilem Bahang Ravina bersama Jasmin Hamid dan Rencong bersama Soffi Jikan.

Pengiktirafan meluas (2009–14)

Nabila memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single solo pertamanya, "X-Ray" hasil nukilan Edrie Hashim. Dalam satu temuramah pada 2018, beliau mengakui kerjaya sebagai penyanyi dianggap paling memalukan buat dirinya.[8][9]

Beliau mula mendapat perhatian secara meluas pada 2009 menerusi lakonannya sebagai seorang gadis bohsia dalam filem aksi sosial Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof yang menjadi blokbuster terbesar dalam pecah panggung.[10] Menerusi filem ini, beliau menerima pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 tetapi dimenangi oleh Salina Saibi yang turut membintangi filem ini. Beliau turut menerima pencalonan bagi kategori Aktres Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2009 menerusi filem sama.

Selepas kejayaan Bohsia, Nabila membuat kemunculan istimewa menerusi watak Natasha dalam filem komedi Pisau Cukur arahan Bernard Chauly lakonan Nur Fazura dan Maya Karin.[11] Beliau kemudiannya berlakon dalam filem romantik fantasi Duhai Si Pari-Pari lakonan Liyana Jasmay dan Que Haidar. Nabila kembali ke layar kaca dengan memegang watak utama sebagai Ain dalam melodrama 13 episod, Cinta Untuk Ain bersama heronya, Que Haidar yang ditayangkan di Slot Lestary TV3.[12][13]

Beliau kembali ke filem pada 2012 selepas dua tahun, Nabila membawakan semula peranannya sebagai Tasya dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2[14] yang merupakan kesinambungan daripada filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009).[15] Filem ini menjadi kejayaan secara komersial sekaligus melayakkan beliau menerima pencalonan bagi Aktres Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2012.

Pada 2013, beliau berlakon bersama Pekin Ibrahim dan pelakon kanak-kanak yang sedang meningkat naik, Puteri Balqis dalam siri drama waktu perdana TV3, Balqis. Pada tahun yang sama, beliau berlakon bersama Fizz Fairuz dalam filem seram thriler, Bisikan Syaitan arahan Faizul A. Rashid, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Soraya, filem mengisahkan tentang kehidupan sebuah pasangan iaitu Soraya lakonan beliau dan Kamil (dilakonkan oleh Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.[16]

Pada 2014, menerusi persembahannya dalam Balqis, beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014. Beliau kemudiannya diberi peranan sebagai Biduanita Negara, Saloma dalam telefilem biopik dua episod bertajuk, Saloma arahan Melissa Saila yang disiarkan di Astro First Eksklusif.[17][18] Beliau mengakui biopik mengenai biduanita, Puan Sri Saloma antara yang paling sukar untuk dijayakan.[19][20] Seterusnya, beliau berlakon bersama Nur Fathia, Arja Lee dan Keith Foo dengan memegang watak antagonis sebagai Liyana dalam siri drama waktu perdana Ariana Rose yang diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker hasil tulisan Evelyn Rose.[21][22]

Kejayaan berterusan (2015–kini)

Pada 2015, beliau berlakon dalam filem seram paranormal thriler Gamatisme arahan Yeop Hitler Zami bersama Syazwan Zulkifly, filem ini mengisahkan mengenai Zara, seorang mangsa rogol yang mengalami gangguan aktiviti paranormal selepas menggugurkan bayi perogolnya. Apabila dia berpindah ke hostel kolejnya, rakan-rakannya mula mengalami gangguan yang sama.[23] Zara pula mulai diganggu oleh seorang wanita hamil[24] serta berlakon dalam drama Akulah Balqis arahan Fadzil "Pali" Yahya yang sekali lagi menggandingkan beliau bersama Puteri Balqis.[25][26]

Beliau merupakan pengacara rancangan travelog Awak Kat Mana yang bersiaran di Astro Ria.[27]

Pada 2016, Nabila sekali lagi bekerja dengan Syamsul Yusof menerusi filem seram Munafik yang menjadi pecah panggung di pawagam,[28][29] di mana beliau memegang watak sebagai Maria.[30] Filem itu melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur. Beliau juga dicalonkan bagi Kategori Pelakon Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2016 dan Bintang Filem MeleTOP di Anugerah meleTOP Era 2017 menerusi filem sama.

Pada akhir 2016, ia telah diumumkan bahawa Skop Productions akan menerbitkan kesinambungan filem Munafik. Bagaimanapun, pada Mac 2017, Nabila mengumumkan menarik diri dari kesinambungan filem itu kerana kesibukan jadual kerjanya dan beliau digantikan oleh Maya Karin untuk sekuel ini yang diberi judul Munafik 2.[31][32][33][34][35] Beliau digandingkan bersama Ungku Ismail Aziz dalam telenovela romantik paling berjaya, Dendam Aurora yang bersiaran di Astro Ria,[36] mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik.[37][38]

Kembali bekerjasama bersama Syamsul, Nabila membintangi filem drama biografi romantik, Makrifat Cinta arahan Kamal G,[39] beliau memegang watak Zara, seorang wanita yang ingin hidup senang. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018.[40][41]

Nabila merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; Nabila memegang watak sebagai Shameen.[42] Beliau bakal muncul bersama Bront Palarae dalam drama antologi Folklore yang akan bersiaran di HBO Asia mulai 7 Oktober 2018.[43]

Kehidupan peribadi

Nabila berkahwin sebanyak dua kali. Beliau berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Kesha Laila (lahir 2009).[44] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2011.

Pada 25 Disember 2015, Nabila telah sah bergelar isteri sekali lagi buat kali kedua kepada Mohd Izwan Johar seorang tauke kafe hipster.[45] Beliau menerima mas kahwin berjumlah RM300.[46][47]

Pada Oktober 2017, beliau dikejarkan ke hospital akibat kesakitan pada bahagian pangkal peha ketika menjalani penggambaran Dendam Aurora.[48]

Nabila mendedahkan pada Ogos 2018 yang beliau sudah tiga tahun tidak bertemu dengan bapanya, Amy Search sejak 2015.[49][50] Beliau turut mendedahkan mempunyai perselisihan faham dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan yang lebih dikenali sebagai Norish.[51]

Nabila menyatakan rasa terharu dan terkejut dalam satu laporan media apabila melihat watak Maria lakonannya dalam Munafik, dimuatkan dalam Munafik 2 arahan Syamsul Yusof selepas menonton filem itu di pawagam. Beliau berkata: "Sejujurnya, saya berasa sedikit terkejut apabila melihat ada babak berkaitan Maria dalam Munafik 2. Bagaimanapun, saya berasa terharu kerana Syamsul ingat juga pada saya,".[52][53]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2001 Lagi-Lagi Senario Pelanggan Warung Azlee Aziz M. Osman Filem pertama, tidak dikreditkan
2003 Blok 404 Terus ke DVD
2005 Kem 505 Terus ke DVD
Rock Nurfarazana @ Foxy Lady Mamat Khalid
2006 Bujang Senang A. Razak Mohaideen Watak Undangan
2008 Akhirat Noni
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Tasha Syamsul Yusof
Pisau Cukur Natasha Bernard Chauly
Duhai Si Pari-Pari Mala
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Tasha Syamsul Yusof
2013 Bisikan Syaitan Soraya Faizul A. Rashid
Juvana Jururawat Faisal Ishak Penampilan khas
2014 Yasmine Nurul Filem pendek
2015 Gamatisme Zara Hitler Zami
2016 Munafik Maria Syamsul Yusof
2017 Tombiruo: Penunggu Rimba Wan Suraya Seth Larney
Nasir Jani
Rempit Sampai Langit Comel Silver
2018 Makrifat Cinta Zara Kamal G

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2002 Kisah Benar TV3 Episod: "Kejutan Budaya"
2008 Impak Maksima the Series Shikin TV2
Ibu Mira
Gerak Khas TV2 Episod: "Kaki Buli", pelakon undangan
2009 Cinta Untuk Ain Ain TV3
Dari Mata Arisa Azarina
2010 Na O Mei Camelia TV3
Ahmad Durrah Fatanah
2011 Mutiara
Tihany Tihany
2012 Pelangi Kasih Sofea
7 Ramadan Sufiah (Muda)
Julia Julia TV3
Janji Shirah Shirah
2013 Udin Glamor Balik Kampung Zakiyya
Teduhan Kasih Ayu TV3
Sangkar Yasmine
Jodoh Itu Milik Kita Alya
2014 Ariana Rose Liyana TV3
Dia Suamiku Aisyah Astro Prima & Astro Maya HD
Antidot Teja TV3
2015 Akulah Balqis Seri TV3
2016 Udin Glamor Balik Kampung (Musim 2) Zakiyya TV2
2017 Dendam Aurora Aurora Astro Prima & Astro Maya HD
Mr. Hijab Fazira TV3
2018 KL Gangster: Underworld Shameen Iflix
Folklore HBO Asia Episod: "Toyol"

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Cinta Kinabalu Terus ke DVD
2008 Bahang Ravina Ravina Astro Prima
Rencong
2009 Bisikan Azazil Kid / Wawa Astro Ria
Alahai Cucu Atuk Milah Astro Prima
2011 Emily Emily TV3
2012 Mahar Untukmu Aisyah TV3
Kasih Bumi Kasih
Rebah Taubat Wati
Menara Cinta Nur TV3
Jangan Dilukai Hatinya
2013 Balqis Anis TV3
Cinta Gadis Igal-Igal TV2
2014 Hanya di Atas Kertas El TV3
Anak Aku Bukan Milik Aku Maya TV3
Saloma: Mencuri Guruh Saloma Astro First Eksklusif
Saloma: Pandang Kaseh
2015 Rose Emilia Rose TV9
Takbur Seorang Isteri
Doa Untuk Adik
Olong Olong TV3
2016 Budak Dari Tak Bai Astro Ria
Kulit Chempaka Astro Citra
Batu Nisan Ibu Ana TV3 Penampilan Istimewa
Ketupat Terakhir Dira
Baju Berkancing Peniti
Tercipta Untukku Thia Astro First Eksklusif
2017 Lukisan Cinta Natasha Astro Ria
Dan... Aku Jatuh Cinta Indah Astro Citra
2018 Malam Ini Aku Menangis Julia Astro Ria
Arafah Arafah TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan Catatan
2015 Awak Kat Mana ? Astro Ria & Astro Ria HD Pengacara
2016 Apa Rasa ? Astro Prima & Astro Maya HD Artis Jemputan
Resepi Memikat Suami Astro Ria
2017 Bas Stop Astro Warna Episod: Viral

Diskografi

Single
Tahun Tajuk
2009
"X-Ray"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Akhirat Dicalonkan
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Wanita Terbaik Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Dicalonkan
Anugerah Skrin 2009 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Mahar Untukmu Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Jalan Kembali: Bohsia 2 Dicalonkan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Pelakon TV Wanita Popular N/A Menang
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jalan Kembali: Bohsia 2 Dicalonkan
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Balqis Menang
Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Seksi N/A Dicalonkan
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Wanita Terbaik Munafik Menang
Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2016 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Bergaya N/A Menunggu
Anugerah Melodi 2016 Personaliti Filem Melodi N/A Dicalonkan
2017 Anugerah MeleTOP Era ke-4 Bintang Filem MeleTOP Munafik Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Gandingan Serasi Filem (Bersama Syamsul Yusof) Munafik Menang
Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Bergaya N/A Dicalonkan
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Pelakon MeleTOP Dendam Aurora Dicalonkan
Bintang Filem MeleTOP Tombiruo: Penunggu Rimba Dicalonkan

Rujukan

  1. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (14 Januari 2018). "Actress Nabila Huda upset to see inexperienced actors getting lead". New Straits Times. Dicapai 15 Ogos 2018. 
  2. ^ Mumtaj Begum (16 July 2016). "Nabila Huda says she was born to be famous". Star2. Dicapai 25 March 2017. 
  3. ^ Nabihah Hamid (1 Januari 2016). "Tidak minat menyanyi, Amy Search tetap idola Nabila". The Malay Mail. Dicapai 1 Januari 2017. 
  4. ^ Syahirah Mokhtazar (23 November 2017). "Nabila Huda dreams of life beyond acting". New Straits Times. Dicapai 1 Disember 2017. 
  5. ^ Rudy Imran Shamsudin (4 September 2016). Malam Syamsul, Shanjhey, Nabila, Pekin... Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2016.
  6. ^ Farhana Ab Rahman (26 Mei 2017). "Nabila lebih selesa kongsi perihal kerjaya". Berita Harian. Dicapai 1 Disember 2017. 
  7. ^ Aqmar Mustaza (21 November 2017). "Nabila Huda lebih suka naskhah berat, mencabar". Sinar Harian. Dicapai 1 Disember 2017. 
  8. ^ Kemalia Othman (11 Jun 2018). "Perkara memalukan Nabila dipaksa jadi penyanyi". mStar Online. Dicapai 19 Jun 2018. 
  9. ^ Zulqarnain Abu Hassan (11 Jun 2018). "Single itu benda paling memalukan: Nabila Huda". Sinar Harian. Dicapai 19 Jun 2018. 
  10. ^ Hizreen Kamal (2009-04-22). "When broken youths turn bad". New Straits Times. Dicapai 2009-05-07. 
  11. ^ Nur Safina Othman (11 November 2009). "Gold diggers strike gold". CinemaOnline. Dicapai 11 November 2009. 
  12. ^ Budiey (26 Februari 2009). "Drama Cinta Untuk Ain Lakonan Que Haidar, Nabila Huda, Sherry Ibrahim". Sensasi Selebriti. Dicapai 20 April 2018. 
  13. ^ Wahida Asrani (17 Februari 2009). "Nabila, Que sukar wujudkan bibit cinta". mStar Online. Dicapai 20 April 2018. 
  14. ^ Wahiduzzaman (18 Jun 2012). "'Bohsia 2' Kehebatan Dalam Sebuah Karya Klise". mStar Online. Dicapai 2012-06-09. 
  15. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (8 Jun 2012). "Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej". Sinar Harian. Dicapai 2012-06-09. 
  16. ^ Khairul Amri Hassan (2 Mei 2013). "Perjanjian durjana dengan syaitan". Kosmo!. Dicapai 16 Mei 2018. 
  17. ^ Azyyati Ahmad (30 Mei 2014). "Aura Saloma hidup dalam Nabila Huda". Astro Awani. Dicapai 6 Februari 2015. 
  18. ^ Kenneth Chaw (21 Ogos 2014). "The makings of a star". The Star Online. Dicapai 9 September 2015. 
  19. ^ Feride Hikmet Atak (4 Januari 2014). "Nabila Huda Akui Sukar Lakonkan Watak Saloma". mStar Online. Dicapai 6 Februari 2015. 
  20. ^ "Tangis Nabila menjiwai Saloma". Kosmo!. 22 Ogos 2014. Dicapai 6 Februari 2015. 
  21. ^ "Episod akhir Ariana Rose cecah 4.5 juta penonton". Sinar Harian. 18 Februari 2014. Dicapai 25 April 2017. 
  22. ^ Budiey (19 Disember 2013). "Drama Bersiri Ariana Rose di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai 25 April 2017. 
  23. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (1 Jun 2015). "Gamatisme sarat dengan pengajaran". mSTAR Online. Dicapai 25 April 2017. 
  24. ^ Ridzuan Abdul Rahman (8 April 2015). "Misteri Gamatisme bermula". Harian Metro. Dicapai 25 April 2017. 
  25. ^ Zaidi Mohamad (17 November 2015). "Akulah Balqis di TV3 mulai esok". Berita Harian. Dicapai 25 April 2017. 
  26. ^ Zaidi Mohamad (22 November 2015). "Cabaran drama Akulah Balqis". Malaysian Access. Dicapai 25 April 2017. 
  27. ^ "Astro Ria lancar program baru 'Awak Kat Mana'". Astro. 4 Ogos 2015. Dicapai 25 April 2017. 
  28. ^ Mohd Tahir, Sudirman (14 April 2016). "Munafik paling laris". Harian Metro. Dicapai 16 April 2016. 
  29. ^ Mumtaj Begum (10 March 2016). "Malaysian horror flick Munafik set to scare other films off". Star2. Dicapai 16 April 2017. 
  30. ^ "Sihir Munafik Nabila Huda". Malaysian Access. 24 Februari 2016. Dicapai 16 April 2016. 
  31. ^ "NABILA HUDA TOLAK TAWARAN FILEM MUNAFIK 2". TV14. 7 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017. 
  32. ^ "NABILA HUDA TOLAK BERLAKON MUNAFIK 2". Media Hiburan. 7 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017. 
  33. ^ "Nabila Huda tolak berlakon Munafik 2". Berita RTM. 7 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017. 
  34. ^ "Munafik 2 bakal terbit tanpa Nabila Huda". Utara News. 8 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017. 
  35. ^ "Nabila Huda Tolak Tawaran Syamsul Yusof Bintangi Munafik 2". Iluminasi. 8 Mac 2017. Dicapai 25 April 2017. 
  36. ^ Zaidi Mohamad (19 Julai 2017). "Dendam Aurora keutamaan Nabila, bukan Blok 404". Berita Harian. Dicapai 1 Disember 2017. 
  37. ^ "Nabila Berhabis Ribuan Ringgit Demi Baju 'Dendam Aurora'". Malaysian Digest. 25 Julai 2017. Dicapai 20 April 2018. 
  38. ^ Zulhilmi Jalil (16 Julai 2017). "Dendam Aurora adaptasi telenovela Itali". Kosmo!. Dicapai 20 April 2018. 
  39. ^ Dennis Chua (21 Disember 2016). "Makrifat Cinta: The tale of a self-made millionaire". New Straits Times. Dicapai 1 Februari 2018. 
  40. ^ Zulhilmi Jalil (24 Disember 2017). "Kisah benar dalam Makrifat Cinta". Kosmo!. Dicapai 7 April 2018. 
  41. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai 6 Februari 2018. 
  42. ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai 12 Mac 2018. 
  43. ^ Melanie Chalil (7 September 2018). "In new horror anthology 'Folklore', Asian ghouls are given contemporary twist". The Malay Mail. Dicapai 9 September 2018. 
  44. ^ Angelin Yeoh (6 Februari 2018). "Nabila Huda won't force her daughter became actress". Star2. Dicapai 1 Disember 2017. 
  45. ^ Kyra Alegria (25 Disember 2015). "Actress Nabila Huda ties the knot with restaurateur". The Rakyat Post. Dicapai 1 Januari 2016. 
  46. ^ 26 Disember 2015. Nabila Huda Ambil Masa Enam Bulan Pikat Suami - Berita Hiburan. mStar
  47. ^ Farhana Ab Rahman (4 Januari 2016). "Hidup Nabila Huda berubah 360 darjah lepas kahwin". Berita Harian. Dicapai 1 Disember 2017. 
  48. ^ Farhana Ab Rahman (24 Oktober 2017). "Nabila Huda dikejarkan ke hospital". Berita Harian. Dicapai 1 Disember 2017. 
  49. ^ "Tiga tahun tak jumpa, Nabila Huda sangat-sangat rindukan Amy Search". Astro Awani. 16 Ogos 2018. Dicapai 1 September 2018. 
  50. ^ Ifqdar Rahman (16 Ogos 2018). "Tiga tahun tak jumpa bapa, Nabila Huda reda". Utusan Malaysia. Dicapai 1 September 2018. 
  51. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (12 Jun 2018). "Nabila Huda dedah ibu tiri punca hubungannya dengan Amy Search tidak baik". Utusan Malaysia. Dicapai 1 September 2018. 
  52. ^ Izwan Mohd Isa (6 September 2018). "Nabila Huda terharu watak Maria muncul dalam Munafik 2". Kosmo!. Dicapai 8 September 2018. 
  53. ^ "'Tak sangka watak Maria muncul dalam Munafik 2' - Nabila Huda". Astro Awani. 6 September 2018. Dicapai 8 September 2018. 

Pautan luar