Maya Matahari
Nama lahirMyanaliza binti Ruslee
Juga dikenali sebagai
Mya Ruslee[1][2]
Kelahiran(1976-05-13)13 Mei 1976
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Meninggal dunia18 Mac 2020(2020-03-18) (umur 43)
Hospital Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor
Genre
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1994–2020

Myanaliza binti Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari atau Mya Ruslee (13 Mei 1976–18 Mac 2020) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[3] Beliau terkenal menerusi lagu "Matahari" dari album pertamanya dengan bertajuk sama. Pada tahun 2018, beliau membuat penampilan semulanya dalam rancangan TV realiti Gegar Vaganza musim kelima.

Kerjaya

Beliau menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul "Matahari" dengan lagu popular yang bertajuk sama. Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu "Diari Biru" dan "Mata".[4] Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan. Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.[5]

Pada tahun 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru "Perlu Ada Setia" dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima.

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz dan perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015 tanpa sebarang cahaya mata.[6]

Kematian

Beliau meninggal dunia pada 18 Mac 2020 di Hospital Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor akibat penyakit kanser tisu pada usia 43 tahun. Beliau disahkan menghidap kanser tisu selepas menyertai Gegar Vaganza 5 dan pernah menjalani rawatan di China.[7][8][9][10]

Diskografi

  • Matahari (1995)
  • Diari Biru (1997)
  • Mata (1999)

Filemografi

Rujukan

  1. ^ Jefri, Najiy (8 Oktober 2018). ""Panggil saya Mya Ruslee"". Harian Metro. Dicapai pada 8 Oktober 2018.
  2. ^ Mazlan, Rafiq (8 Oktober 2018). ""Tolong Panggil saya Mya Ruslee, Bukan Maya Matahari" - sebab ramai keliru nak panggil mana satu". Media Hiburan. Dicapai pada 17 Mac 2019.
  3. ^ Mohamad, Zaidi (29 Mei 2015). "Maya Matahari pendam rasa". BH Online. Dicapai pada 29 Mei 2015.
  4. ^ "Biodata Penuh Maya Matahari". Iluminasi. 4 Oktober 2018. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
  5. ^ "MAYA - Berserah pada nasib". Utusan Malaysia. 26 Januari 2004. Dicapai pada 17 Mac 2013.
  6. ^ "Digantung tak bertali". Utusan Malaysia. 7 Ogos 2015. Dicapai pada 7 Ogos 2015.
  7. ^ "Maya Matahari meninggal dunia". Harian Metro. 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  8. ^ "Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser tisu". mStar Online. 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  9. ^ "Maya Matahari meninggal dunia". Astro Gempak. 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  10. ^ "Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser". Free Malaysia Today. 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.

Pautan luar