Bagi haiwan yang tergolong dalam keluarga Canidae yang kadangkalanya dipanggil dengan nama ini, lihat Rubah.

Musang
NewsMedia 37179.jpg
Musang Lamri, P. larvata
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
sebahagiannya
Genus

Musang ialah sejenis mamalia jenis omnivor yang hidup di darat, sebahagian besarnya dari famili Viverridae. Ia sejenis binatang yang hidup secara liar tetapi tidak buas, sangat licik dan suka bersembunyi. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar sedikit, berekor panjang dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jenis musang

  • Musang Jebat (Viverra zibetha)
  • Musang Pulut (Common Palm Civet)
  • Musang Akar (Arctogalidia trivirgata)
  • Musang Hitam Pudar (Hose's Palm Civet)
  • Musang Rasa (Viverricula indica)
  • Musang Tenggalung (Viverricula malaccensis)
  • Musang Luwak (Paradoxurus hermaphroditus)
  • Musang Galing (Paguma larvata)
  • Musang Linsang (Prionodon linsang)
  • Musang Binturong (Arctictis binturong)
  • Musang Belang (Hemigalus derbyanus)
  • Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala memasukki perkampungan kecil mencari ayam untuk dijadikan mangsanya. Ada sesetengah jenis musang hidup di atas pokok dan membuat sarang di celah dahan pokok.

    Musang akan aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya seperti ayam, itik, dan haiwan yang lebih kecil darinya. Bagi jenis musang pulut aktif di siang hari di dalam hutan mencari buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok.

    Bentuknya

    Saiz tubuhnya di antara 65cm hingga 80cm (tanpa ekor) manakala beratnya di antara 3kg hingga 7kg seekor. Warna musang ini bergantung kepada jenisnya kebiasaanya ia bewarna coklat tua dan ada yang berbelang-belang.

    Lihat juga