Rencana ini mengenai negeri Melaka di Malaysia. Klik di sini untuk pokok melaka atau buah melaka.
Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
نڬري٢ دمليسيا
ﻣﻼﻙ بندراي برسجاره
Melaka Bandaraya Bersejarah
Bendera Melaka Lambang Melaka
Bendera Lambang
Cogan kata: Bersatu Teguh
Lagu negeri: Melaka Maju Jaya
Lokasi Melaka
      Melaka di       Malaysia
Ibu negeri Bandaraya Melaka
Parti memerintah Perikatan Nasional
 - Yang di-Pertua Mohd Ali Mohd Rustam
 - Ketua Menteri Sulaiman Md Ali
Sejarah  
 - Kesultanan Melayu Melaka Abad ke-14 
 - Penjajahan Portugis[1] 24 Ogos 1511 
 - Penjajahan Belanda[2][3] 14 Januari 1641 
 - Penjajahan Inggeris[4][5][6][7] 17 Mac 1824 
 - Penjajahan Jepun[8][9] 11 Januari 1942 
 - Pembentukan Malayan Union[10] 1 April 1946 
 - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu[11] 1 Februari 1948 
 - Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu[12] 31 Ogos 1957 
 - Pembentukan Kerajaan Persekutuan Malaysia[13] 16 September 1963 
Keluasan
 - Jumlah 1,650 km²
Populasi
 - banci 2018 926,800 [14]
 - Kepadatan 493/km²
Kod panggilan kebangsaan 06
Poskod kebangsaan 75xxx to 78xxx
Huruf pertama plat kenderaan M
Laman sesawang: www.melaka.gov.my

Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) adalah sebuah negeri di Malaysia.

Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).[15] Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.[16][17] Negeri ini mempunyai penduduk yang agak berpendidikan tinggi, dengan kadar literasi remaja 99.5% seperti yang dilaporkan oleh Laporan Matlamat Pembangunan Millennium 2015.[18] Pada tahun 2016, Melaka menjadi tempat paling selamat untuk tinggal di Malaysia.[19] Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2017 dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.[20] Melaka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1% pada 2017, yang kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri ini pada 44.8% daripada KDNK. KDNK per kapita juga berkembang 11.2% kepada RM46,015 pada 2017, melebihi angka peringkat nasional sebanyak RM42,228.[21] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan hanya 1.0 peratus.[22]

Melaka ialah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):

Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

  • Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11).
  • Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13).
  • Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia.

Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri. Pelbagai adat etnik dan tradisi bercampur dengan sempurna di Melaka. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia.[23]

Geografi

Bukit Saint Paul di Bandaraya Melaka.

Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.

Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada kaum:

Melaka merupakan antara negeri-negeri di kawasan pantai barat yang membangun di mana mempunyai peratus kaum Melayu antara yang terbesar (67%) berbanding negeri-negeri lain yang membangun di kawasan pantai barat seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan.

Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan sepuluh buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (19 Januari 1984)[24][25][26], Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989)[27], Hoorn, Belanda (8 November 1989)[28], Valparaiso, Chile (23 June 1991)[29], Nanjing[30][31] di Wilayah Jiangsu, China (18 September 2002)[32][33], Changsha, China (2004)[34], Sawahlunto, Indonesia (8 Oktober 2004)[35], Padang Panjang, Indonesia (2006)[36], Kota Tua Jakarta, Indonesia (12 Disember 2014)[37] dan Guangdong, China (21 September 2015).[38][39]

Sejarah

Kesultanan Melaka

Sultan Melaka Tempoh memerintah
Parameswara
(Raja Iskandar Shah)
1400 – 1414
Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah, Melaka 1424 – 1444
Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456
Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511

Semuanya mula berkembang hingga 751 tahun yang lalu (1262) ketika Parameswara menemui Melaka pada abad ke-14, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada abad ke-14.[40][41][42] Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku yang mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.[43]

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.[44][45]

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).[46][47]

Pemerintahan penjajah

Kubu A Famosa, bekas penjajahan Portugis di Melaka
Pembinaan Kubu Middleburg telah dilaksanakan pada tahun 1660 ketika itu dibawah era Kolonial Belanda, ia terletak secara strategik di muara Sungai Melaka.

Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511.[48] Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.

Pada tahun 14 Januari 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada 17 Mac 1824.

Belanda memerintah Melaka dari tahun 1641 hingga 1798 tetapi mereka tidak berminat membangunkannya sebagai pusat perdagangan tetapi memberi tumpuan yang lebih penting kepada Batavia (Jakarta) di Jawa sebagai pusat administrasi mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih membina mercu tanda mereka, lebih dikenali sebagai Stadthuys. Di zaman Belanda bangunan itu berwarna putih, cat merah adalah tarikh kemudiannya.

Melaka diserahkan kepada British dalam Perjanjian Anglo-Belanda pada 1824 sebagai pertukaran untuk Bencoolen di Sumatra. Dari tahun 1824 hingga 1942, Melaka berada di bawah pemerintahan British, yang pertama oleh British East India Company dan kemudian sebagai koloni mahkota. Disebabkan ketidakpuasan dengan bidang kuasa British terhadap Naning, Dol Said, ketua tempatan dan Syarikat India Timur telah berperang dari 1831 hingga 1832, yang menyebabkan kemenangan British yang tegas. Ia membentuk sebahagian daripada Negeri-negeri Selat, bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Melaka secara ringkas di bawah pemerintahan Kerajaan Jepun pada tahun 1942-1945[49] semasa Perang Dunia II.

Era pasca penjajahan

Selepas pembubaran koloni mahkota ini, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Malayan Union pada 1 April 1946,[50] yang kemudiannya menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.[51] Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaya pertama, Tunku Abdul Rahman, di Padang Pahlawan pada 20 Februari 1956, yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.[52] Pada 16 September 1963,[53] Malaysia dibentuk dengan penggabungan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, dan Melaka menjadi sebahagian daripadanya. Pada 15 April 1989, Melaka telah diisytiharkan sebuah bandar bersejarah. Ia kemudiannya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008.[54]

Kerajaan negeri

Negeri Melaka ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (Exco) sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri ialah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan. Bagi pentadbiran, Melaka dibahagikan kepada tiga daerah di bawah majlis daerah masing-masing, iaitu:

Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk dalam menjalankan kehidupan harian mereka.

Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka


Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tun Leong Yew Koh 31 Ogos 1957 31 Ogos 1963
Tun Haji Abdul Malek Yusuf 31 Ogos 1963 30 Ogos 1971
Tun Haji Abdul Aziz Abdul Majid 31 Ogos 1971 9 Mei 1975
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan 23 Mei 1975 30 Nov 1984
Tun Syed Ahmad Bin Syed Mahmud Shahabuddin 4 Dis 1984 3 Jun 2004
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob 4 Jun 2004 4 Jun 2020

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam

4 Jun 2020

hingga kini


Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan

Melaka dibahagikan kepada 3 buah daerah dan 4 pihak berkuasa tempatan.

Kedudukan Daerah Keluasan (kmsq) Penduduk (2008) Jabatan Daerah Kerajaan Tempatan
!000001 Melaka Tengah 279.85 503,127 Bandaraya Melaka Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
!000002 Alor Gajah 660.00 182,666 Alor Gajah Majlis Perbandaran Alor Gajah
!000003 Jasin 676.07 135,317 Jasin Majlis Perbandaran Jasin

Kebudayaan dan ekonomi

Zon Perindustrian Bebas Tanjung Kling

Sektor pelancongan dan perkilangan ialah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Terdapat peta pelancongan yang disediakan oleh Melaka.[55][56]

Pada 2017, negeri ini mencatatkan 16.79 juta kedatangan pelancong, jumlah tertinggi setakat ini. Walaupun negeri ini kecil, yang merangkumi 1,644 meter persegi, Melaka menjadi destinasi pilihan untuk pelancong dari China, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Hong Kong.[57] Sepanjang tempoh enam bulan pertama (Januari-Jun) 2018, lebih 8.73 juta pelancong direkodkan telah melawat Melaka iaitu lebih tujuh peratus berbanding 8.14 juta pelancong bagi tempoh enam bulan pertama 2017. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 599,037 pelancong. Peningkatan ini disumbangkan oleh penambahan pelancong domestik ke Melaka iaitu lebih 72,000 atau 1.36 peratus. Bagi pelancong domestik lima negeri yang dilaporkan ramai mengunjungi negeri ini ialah dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan. Kebanyakan pelancong ini gemar menikmati ikan bakar dan asam pedas di Melaka. Selain itu, kedatangan pelancong asing turut mengalami peningkatan mendadak iaitu lebih 520,000 atau 19.03 peratus. Pelancong dari lima negara merekodkan kadar tertinggi iaitu China, Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan Vietnam.[58]

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Melaka menerima banyak penghargaan antarabangsa. Bandar ini telah disenaraikan oleh beberapa penerbitan, termasuk Forbes dan Lonely Planet, sebagai salah satu Destinasi Pelancongan Utama di Asia dan Dunia.[59][60] Melaka disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 Destinasi Terbaik di Malaysia oleh Tripadvisor.[61] Aplikasi Waze mengiktiraf Melaka dengan Anugerah 'The Best City to Drive In'.[62] Di peringkat global, bandar bersejarah ini menduduki tangga hadapan mendahului kota metropolitan utama seperti Sydney, Lisbon, dan Barcelona.[63] Bandar ini juga telah diiktiraf oleh HuffPost sebagai antara 15 dari Best Street Art Cities.[64] Di samping itu, penerbitan Time meletakkan Melaka sebagai salah satu tempat terbaik untuk hidup dan bersara.[65]

Antara kebudayaan Melaka yang unik ialah Dondang Sayang yang diiktiraf oleh UNESCO. Dondang Sayang adalah seni Melayu tradisional yang masih diamalkan di Melaka oleh empat komuniti: masyarakat Melayu, Baba Nyonya, Chitty dan Portugis. Praktik ini menggabungkan unsur-unsur muzik (biola, gong dan tamborin atau tambor), lagu dan dikir, dan ciri-ciri puisi merdu yang indah. Juga dikenali sebagai balada cinta, lagu-lagu yang digunakan oleh masyarakat untuk menyampaikan perasaan kasih sayang dan memberi nasihat mengenai topik-topik khas seperti kasih sayang dan kebaikan.[66][67]

Melaka juga terkenal dengan makanannya, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdiri daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah. Bagi makanan, Melaka mendapat pengiktirafan daripada World Street Food Congress untuk Mee Siam Nyonya (ke-34) dan Satay Jalan Kuli (ke-43).[68] Pelbagai hidangan jalanan dan makanan lazat di Melaka termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sate celup; bebola nasi ayam; mi itik; mi wantan gaya Melaka; laksa nyonya; pai tee (juga dikenali sebagai pie tee dan topi atas); ayam pongteh; asam pedas dengan ikan; makanan laut dan ikan bakar Portugis; fishball lobak; coconut shake; cendol nyonya; putu piring; dan kuih nyonya.[69]

Rumah baba-nyonya di Melaka.

Sehingga hari kini, kebanyakan adat-adat kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim Lent, iaitu musim puasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan)

Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan barangan konsumer kepada barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura.

Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura. Hospital Straits, Hospital Putra (dulu dikenali sebagai Hospital Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri Melaka ialah pemegang saham utama Hospital Putra.

Seni jalanan

Pulau Pinang memulakan trend seni jalanan di Malaysia dan Melaka tidak lama selepas itu mengikutinya dengan Projek Seni Sungai pada tahun 2012. Air selalu menjadi sebahagian besar sejarah Melaka. Ia merupakan salah satu pelabuhan perdagangan paling penting di dunia, jadi Melaka telah memilih untuk memulakan seni jalanan dengan bangunan di seberang sungai. Untuk meningkatkan lanskap seni di Melaka, sembilan karyawan seni telah mencurahkan idea mereka di sepanjang dinding rumah kedai bersejarah sepanjang sungai di Jalan Kampung Hulu. Dikenali sebagai ProjectARM, karya seni ini direka khas untuk menyerlahkan keindahan Melaka. Mural tersebut diilhamkan oleh perwakilan pelukis di Melaka dan turut diceriakan dengan memasukkan gambar dan corak berwarna-warni yang dicat di dinding kedai Kiehl.[70][71]

Tarikan bersejarah utama

Destinasi pelancongan terutama ialah: