Annum ialah sebentuk kata nama Latin annus yang bererti tahun. Annum ialah kata tunggal berkasus akusatif bagi kata nama maskulin deklensi ke-2 declension annus (tunggal nominatif, iaitu bentuk rujukannya), anni (kata tunggal genitif dan kata jamak nominatif), oleh itu bersinonimnya dengan tahun.

Dalam bidang astronomi, istilah annum ditakrifkan bersamaan 365.25 hari (iaitu kepanjangan purata setahun dalam takwim Julius) yang panjangnya 86,400 saat SI sehari.[1] Biarpun tiadanya simbol yang diterima sejagat untuk tahun, NIST SP811[2] dan ISO 80000-3:2006[3] mengesyorkan simbol a (dalam Sistem Unit Antarabangsa, a juga dijadikan simbol untuk unit keluasan "are", tetapi tidak banyak masalahnya asalkan konteksnya difahami).

Kod Seragam Unit Ukuran[4] membezakan simbol-simbol tetapan ISO 1000, ISO 2955 dan ANSI X3.50 [1] dengan menggunakan

ar untuk