Malim Ghozali PK
محمد غزالي بن عبدالرشيد
Info kelahiranMohamed Ghazali bin Abdul Rashid
(1949-03-04)4 Mac 1949
Malim Nawar, Perak, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (kini Malaysia)
Kematian18 Jun 2020(2020-06-18) (umur 71)
Hospital Serdang, Selangor, Malaysia
Nama penaMalim Ghozali PK
PekerjaanPenulis
BahasaMelayu
PendidikanUniversiti Malaya
GenreCereka
AnugerahAnugerah Penulisan Asia Tenggara (2013)
Sasterawan Perak (2014)
PasanganRatnawati Jamil (m. 2020)

Dr. Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid (Jawi: محمد غزالي بن عبدالرشيد) atau lebih dikenali dengan nama penanya Malim Ghozali PK (4 Mac 1949 – 18 Jun 2020) ialah seorang sasterawan Melayu[1] Malaysia dari Perak.[2] Beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Perak pada tahun 2014. Beliau mengarang pelbagai jenis karya sastera seperti novel dan cerpen. Beliau turut menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2013.[3]

Kehidupan awal

Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid dilahirkan di Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan pada hari Jumaat 4 Mac 1949.[4]

Beliau memulakan pengajiannya di Sekolah Melayu Gunung Panjang sebelum menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Anderson Ipoh. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya lalu lulus dengan Sarjana Muda Sastera pada tahun 1973. Selain itu, beliau turut mengikuti program Fellowship Penulisan Kreatif di Pusat Seni Kreatif Virginia, Amerika Syarikat.[5]

Kerjaya dan anugerah

Anugerah Penulisan Asia Tenggara dan Sasterawan Perak

Mohamed Ghazali menerima gelaran sebagai Sasterawan Perak ketiga daripada kerajaan negeri Perak pada 13 Disember 2014.[3] Beliau juga menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 2013.[3]

Kematian

Pada hari Khamis 18 Jun 2020, beliau meninggal dunia akibat kanser di Hospital Serdang, Selangor pada pukul 11.20 pagi.[6][7] Kematiannya berlaku selepas pembedahan membuang ketumbuhan di jantung pada hari sebelumnya.[6][8] Jenazahnya disembahyangi di Surau Ad Duha, Kota Damansara selepas asar[4] lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor.[9] Beliau meninggalkan dua orang balu dan enam orang anak.[6]

Hasil tulisan

Bukan cereka