Kuomintang

Parti Kuomintang China (disingkatkan sebagai KMT) (Cina Tradisional: 中國國民黨, Cina Ringkas: 中国国民党, pinyin: Zhōngguó Guómíndǎng) [1], juga diterjemah sebagai Parti Kebangsaan China, ialah sebuah parti politik di Republik China yang kini berwilayahkan Taiwan, dan kini merupakan parti politik terbesar dari segi bilangan kerusi yang diduduki di Yuan Perundangan. KMT ialah sebuah ahli Kesatuan Demokrat Antarabangsa.

Bersama-sama Parti Keutamaan Rakyat dan Parti Baru China, KMT membentuk parti campuran Pan-Biru yang mendukung menyatuan semula dengan tanah besar China. Namun begitu, seperti mana yang dikenakan kepada lawannya Parti Progresif Demokratik, KMT terpaksa menyederhanakan pendiriannya dengan mendukung status politik dan status quo Taiwan masa kini.

Selaku parti politik tertua yang masih wujud di Asia,[2] KMT ditubuhkan di China pada tahun 1912 oleh Song Jiaoren dan Sun Yat-sen sejurus selepas Revolusi 1911. Kemudian di bawah pimpinan Chiang Kai-shek, KMT memerintah kebanyakan wilayah China sejak tahun 1928 sehingga pengundurannya ke Taiwan pada tahun 1949 setelah ditewaskan Parti Komunis China (CPC). Di Taiwan, KMT mengawal kerajaan di bawah sistem negara satu parti sehinggalah pembaharuan yang dijalankan sejak 1970-an hingga 1990-an melonggarkan pegangan kuasanya. ROC pernah bersinonim dengan KMT dan memang dikenali sebagai "China Nasionalis" sempena parti pemerintahnya.

Pertubuhan

Ibu pejabat parti KMT di Taipei, Taiwan
KMT mengendali pejabat-pejabat di semua Chinatown utama di dunia. Ibu pejabat parti di Amerika Syarikat terletak di Chinatown San Francisco, menghadap premis Chinese Six Companies.
Wu Den-yih, pengerusi Kuomintang.

Senarai pemimpin Kuomintang (1912-1914)

Presiden:

  1. Song Jiaoren (1912-1913)

Premier:

  1. Premier:

    1. Sun Yat-sen (1919-1925)
    2. Zhang Renjie (1925-1926)

    Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat:

    1. Hu Hanmin (1927-1931)
    2. Wang Jingwei (1931-1933)
    3. Chiang Kai-shek (1933-1938) (mengisytiharkan diri)

    Ketua Pengarah:

    1. Chiang Kai-shek (1926-1927)
      Kekosongan (1927-1935)
    2. Hu Hanmin (1935-1936)
      Kekosongan (1936-1938)
    3. Chiang Kai-shek (1938-1975)

    Pengerusi:

    1. Chiang Ching-kuo (1975-1988)
    2. Lee Teng-hui (1988-2000)
    3. Lien Chan (2000-2005)
    4. Ma Ying-jeou (2005-2007)
    5. Wu Po-hsiung (2007) (sementara)
    6. Chiang Pin-kung (2007) (sementara)
    7. Wu Po-hsiung (2007-2009)
    8. Ma Ying-jeou (2009-2014)
    9. Wu Den-yih (2014-2015) (sementara)
    10. Eric Chu (2015-2016)
    11. Huang Min-hui (2016) (sementara)
    12. Hung Hsiu-chu (2016-2017)
    13. Lin Junq-tzer (2017)
    14. Wu Den-yih (2017-2020)