Kongres Amerika Syarikat | |
---|---|
کوڠݢريس اميريکا شريکت United States Congress | |
![]() | |
Kongres Amerika Syarikat Ke-112 | |
Jenis | |
Jenis | |
Dewan | |
Kepimpinan | |
Presiden Senat | |
Presiden Sementara Senat | |
Speaker Dewan Perwakilan | |
Struktur | |
Ahli | 535 100 Senator 435 Perwakilan 5 Delegasi 1 Pesuruhjaya Residen |
![]() | |
Kumpulan politik di Dewan Perwakilan | |
![]() | |
Kumpulan politik di Dewan Senat |
|
Pilihan raya | |
Pilihan raya terakhir Dewan Perwakilan | 2 November 2012 |
Pilihan raya terakhir Dewan Senat | 2 November 2010 |
Tempat persidangan | |
![]() | |
Kapitol Amerika Syarikat | |
Laman sesawang | |
Dewan Perwakilan Senat | |
sunting |
Kongres Amerika Syarikat merupakan dewan perundangan dwidewan di dalam kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, yang terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kedua-dua ahli senator dan perwakilan dipilih melalui pemilihan langsung.
Seperti yang disyaratkan di dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, setiap daripada 435 ahli Dewan Perwakilan akan mewakili daerah dan akan berkhidmat selama dua penggal. Kerusi-kerusi Dewan diagihkan di antara negeri-negeri mengikut populasi. 100 orang senator akan berkhidmat selama enam tahun. Setiap negeri akan memiliki dua orang senator, tanpa mengira jumlah penduduk. Setiap dua tahun, kira-kira dua-pertiga anggota Senat baru akan dipilih.
Perkara I Perlembagaan A.S memberi semua kuasa perundangan kepada Kongres A.S. Dewan Perwakilan dan Senat merupakan rakan setara dalam proses perundangan (undang-undang tidak boleh diaktakan tanpa kelulusan kedua-dua dewan); walau bagaimanapun, Perlembagaan memberi kuasa yang unik bagi setiap dewan. Senat secara uniknya diberi kuasa bagi mengesahkan perjanjian dan meluluskan perlantikan presiden. Rang undang-undang meningkatkan hasil mesti bermula di Dewan Perwakilkan, yang mana memiliki kuasa tunggal mencabar, sementara itu Senat pula memiliki kuasa tunggal bagi cubaan kes-kes cabaran.
Kongres akan bermesyuarat di Kapitol A.S di Washington, D.C.
Istilah Kongres juga digunakan bagi merujuk pada mesyuarat tertentu bagi perundangan negara, mengambil kira penggal para perwakilan. Oleh sebab itu, tempoh "Kongres" adalah meliputi dua tahun. Kongres ke-111 kini telah bermesyuarat pada 6 Januari, 2009.
Mengikut perlembagaan, dua dewan ini mempunyai sedikit perbezaan kuasa. Semua rang undang-undang hasil hendaklah datang dari Dewan Perwakilan, dan Dewan Senat meluluskan perjanjian dan perlantikan presiden. Perbezaan ini hilang apabila dibandingkan dengan kuasa kedua-dua dewan dalam menggubal undang-undang. Sebelum rang undang-undang dikemukakan kepada presiden untuk ditandatangani, ia mesti diluluskan oleh kedua-dua dewan dalam bentuk yang sama. Hasilnya kuasa tidak tertumpu kepada satu dewan lebih dari yang lain.