Khatijah Tan
خديجة تن
Gambar Terbaru Khatijah Tan.jpg
Khatijah pada sekitar Ogos 2019 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kelahiran (1961-01-01) 1 Januari 1961 (umur 60)
Nama lainKaty
Pekerjaan
Tahun aktif1988–kini
Terkenal keranaMak Ngah (Pi Mai Pi Mai Tang Tu) & Mak Temah (Embun)
PasanganNazrul Andre Abdullah (k. 1984)
AnakPierre Andre
Mikail Andre
AnugerahFestival Filem Asia Pasifik—Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia Pasifik (Embun)
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem, dan internet
GenrePelawak berdiri, cereka, komedi sketsa
SubjekKomedi, lawak jenaka
Hasil karya dan peranan

Khatijah binti Tan (Tulisan Jawi: خديجة تن, lahir 1 Januari 1961), merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan juga merupakan salah seorang dari seniwati filem Melayu. Beliau mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1988 menerusi sebuah drama yang pernah disiarkan di TV3, Rumah Kedai, peranannya sebagai Habsah, seterusnya membuat kemunculan sulungnya di layar lebar pada 1996 menerusi peranannya sebagai orang gaji di dalam filem Yes, Tuan! sutradara Nik Fadzil Nik Hassan, beliau meraih pengiktirafan yang meluas menerusi filem Embun (2002) yang melayakkanya menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-46 yang diadakan di Korea Selatan dan telah menerima dua pencalonan di Festival Filem Malaysia, lima di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Beliau merupakan ibu kepada pelakon dan pengarah filem, Pierre Andre dan Mikail Andre.

Kerjaya

1988–1997: Permulaan Kerjaya dan Rumah Kedai

Khatijah Tan memulakan penjalanan seni lakonan dengan menyertai pementasan teater (latar suara oleh Mira Filzah) [...] Semasa saya berlakon dahulu, kami ada teater, teater itu dalam proses untuk kita pembelajaran dalam bidang lakonan, macam mana nak lontarkan suara [...] untuk membuat penghayatan [...] untuk menggali watak.
—Khatijah Tan di dalam temubual Nona pada tahun 2018.[‡ 1]

Khatijah mula berjinak dalam bidang seni sebagai pelakon teater. Khatijah akui beliau telah melakonkan puluhan teater sebelum menjejak masuk ke industri perfileman kerana untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi teknik untuk melakukan sesuatu persembahan lakonan yang efisien. Khatijah muncul di layar kaca buat kali pertama pada tahun 1988 menerusi drama yang membuatkan namanya terkenal, Rumah Kedai. Siri drama televisyen komedi ini bersiaran sebanyak 180 episod dalam 6 musim selama 5 tahun di TV3.[1]

Semasa Khatijah Tan masih memegang kontrak untuk berlakon drama sulungnya, Khatijah mula terlibat dalam bidang lakonan teater yang prominen bagi memantapkan lagi skill lakonan—pementasan teater Pentas Opera (1989), beliau berganding bahu bersama pelakon pentas yang hebat dan mempunyai pengalaman di dalam kerjaya pementasan seperti Johan Jaafar, Imuda, Sabri Yunus dan lain-lain. Pada tahun 1991, Khatijah digandingkan bersama Rashidah Jaafar menerusi telefilem sulungnya, Siapa, sutradara Abdul Aziz H. M..

Pada warsa 1993, Khatijah bergandengan bersama produk cucian baju yang cukup terkenal di Malaysia ketika itu, Trojan Perkasa. Beliau melaksanakan sebuah iklan televisyen bersama Bell Ngasri yaitu iklan yang mengisahkan tentang "Lelaki Kotor Dalam Bas". Menerusi iklan ini, kemasyhuran Khatijah Tan semakin melonjak naik dan mula diingati. Tambahan itu, iklan ini pernah menjadi satu fenomena di era 90-an serta diberi gelaran sebagai salah satunya iklan yang "Legend" di tanah air ini.[2][3]

Lain daripada itu, pada tahun 1996, Khatijah bersandiwara di dalam filem sulungnya, Yes, Tuan! sutradara Zulkeflee Said. Di dalam filem tersebut, Khatijah memegang watak sebagai orang gaji dimana wataknya adalah hanya untuk menyebut "Yes, Tuan!" sahaja. Filem itu membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Sabri Yunus, Tasha Aziz, Bob Lokman dan Dian P. Ramlee. Di dalam temubual Nona pada tahun 2018, Khatijah ujar dia amat berbangga dengan dirinya pada masa itu untuk berlakon di dalam filem tersebut walaupun watak nya hanya sebagai pelakon tambahan sahaja. Pada tahun yang sama, beliau berlakon sebuah drama berjudul Orang Gaji yang melayakkan beliau untuk menerima satu pencalonan—Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1996.

1998–2005: Di puncak populariti dan kemasyhuran

Khatijah meraih kemuncak populariti pada lewat 1990-an menerusi sebuah sitkom ciptaan Hatta Azad Khan, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang disiarkan selama 6 tahun bermula pada tahun 1998–2004.[4] Melalui sitkom ini, nama Khatijah Tan terus melonjak naik di persada tanah air dimana sebelum ini Khatijah hanya dikenali oleh sebahagian masyarakat terutamanya di kalangan penggemar-penggemar drama Rumah Kedai, dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, beliau mula terkenal di seluruh negara bahkan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Khatijah memainkan peranan sebagai Mak Ngah iaitu merupakan peniaga warung di Flat Seri Wangi. Tambahan pula, masyarakat Malaysia lebih mengenalinya sebagai Mak Ngah daripada Khatijah Tan ketika itu.[5]

Popularitinya beterusan lagi apabila beliau membintangi filem keduanya iaitu Soal Hati (selepas Yes, Tuan!) yang mendapat pujian ramai daripada lakonannya dalam filem tersebut. Khatijah memperoleh pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 di Iran namun tewas kepada aktres Yi-Ching Lu yang berasal dari Taiwan menerusi filem What Time Is It There? (Cina ringkas: 你那边几点Cina tradisional: 你那邊幾點pinyin: Nǐ nà biān jǐ diǎn).[6] Di dalam filem Soal Hati, Khatijah berlakon bersama-sama Erra Fazira dan Afdlin Shauki dengan menjayakan peranan sebagai Normah (Mak Lang).[7]

"Persembahan Khatijah Tan di dalam filem Embun sangat cemerlang dan realistik"

Kakiseni's Faisal Tehrani.[8]

Pada tahun 2002, Khatijah bekerja di bawah sutradara Erma Fatima buat kali pertama dan bergandingan bahu bersama Datin Seri Umie Aida, Aqasha, Allahyarham Datuk Aziz Sattar dan lain-lain menerusi filem emansipasi Embun yang ditayangkan pada 1 Ogos 2002. Di dalam filem tertera, Khatijah melakonkan pelakon tambahan dimana beliau memegang watak sebagai Mak Temah iaitu merupakan ibu kepada Embun Harun (Umie Aida). Filem ini mengisahkan tentang kehidupan manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Kejayaan filem ini sekaligus telah mengangkat nama Khatijah di pelusuk Asia Pasifik dimana yang telah melayakkan beliau untuk memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia Pasifik di Festival Filem Asia Pasifik ke-46. Menerusi filem Embun, Khatijah Tan telah diberikan gelaran oleh blogger tempatan iaitu sebagai salah seorang daripada "Aktor & Aktress Malaysia Paling Berkarakter".[9] Tidak cukup dengan itu, persembahan beliau di dalam Embun juga telah meraih perhatian ramai orang kerana lakonnanya yang luar biasa terutamanya juri Festival Filem Malaysia dan mendapat pujian menyeluruh pengkritik. Antara babak yang masih diingati dan tidak dapat dilupakan oleh para pengkritik iaitu babak dimana ekspresi muka beliau semasa suaminya (Rahim Razali) mati dan mayat dibawa pulang sambil memegang tiang dengan pandangan kosong yang tiada keraguaan lagi mengapa Khatijah dapat mengaut trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia Pasifik dan dapat menewaskan beberapa negara lain yang bertanding seperti Hong Kong, Korea Selatan dan lain-lain.[8]

Pada tahun seterusnya, Khatijah muncul dalam pelbagai buah produksi TV yang terkenal seperti telefilem Air Mata Ibu, Emak Aku...Bini Aku..., Cik Tom Wanita Besi, Ayam Kampung dan lain-lain. Lakonannya di dalam telefilem Ayam Kampung melayakkan beliau untuk menerima satu pencalonan di dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Telefilem dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Embun di Anugerah Skrin pada tahun 2003. Biarpun tewas untuk telefilem Ayam Kampung itu, Khatijah berjaya untuk memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem.

Pada tahun 2004, Khatijah kembali untuk memikat hati masyarakat di tanah air menerusi filem Hingga Hujung Nyawa. Khatijah sekali lagi berganding bahu bersama Erra Fazira iaitu yang diberi gelaran sebagai Primadona Filem Melayu Alaf Baru dan Yusry Abdul Halim. Filem ini mengisahkan Nora (Erra Fazira) yang derhaka terhadap ibu (Maznah, Khatijah Tan) dan bapanya (Halim, Abu Bakar Omar) kerana dia berasal dari keluarga yang fakir. Filem ini meraih kutipan berjumlah RM 4 juta dan ini telah menjadikan filem ini sebagai box-office filem tertinggi di Malaysia pada tahun 2004. Persembahan lakonan Khatijah Tan di dalam filem ini diiktiraf dan menerima nominasi Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18.

2006–2009: Dunia Baru dan cabaran kerjaya

"[...] Ha ingat tu! kita sebagai manusia haruslah memilih jalan yang diberi pertunjuk oleh Allah S.W.T. barulah kita mendapat keberkatan daripada Allah, Ka Ba Ra Kaf Alif Ta Nun (yer) keberkatan. Ingat tu Muhd Adif!

—Dialog Khatijah Tan di dalam siri drama Dunia Baru yang menjadi budaya pop.

Setelah sekian lama Khatijah tidak fokus terhadap pembikinan siri drama, beliau kembali menerusi drama siri televisyen komedi remaja berjudul Dunia Baru, sutradara M. Hitler Zami. Dengan serta merta, beliau kembali menghiburkan dan berjaya mencuit hati penonton dengan hiburan komedi lakonannya yang sehingga kini tidak dapat dilupakan oleh masyarakat. Di dalam siri drama ini, Khatijah berganding bahu dengan anaknya sendiri untuk kali ke-6, Pierre Andre dimana di dalam drama ini mereka juga mempunyai ikatan kekeluargaan yang sama iaitu Khatijah memegang watak sebagai Puan Mariah iaitu merupakan ibu kepada Muhd Adif (Pierre Andre). Drama ini ditayangkan di TV3 dan pernah mendapat sambutan di luar jangkaan yang dahsyat dimana siri drama ini dianggarkan menerima 3 juta penonton. Khatijah bukan sahaja dikenali sebagai Mak Ngah, manakala beliau juga dikenali sebagai slogan "ka ba ra kaf alif ta nun".

Pada tahun 2007, Khatijah muncul dalam beberapa buah produksi TV dan tiga buah filem iaitu Jangan Pandang Belakang, Chermin dan Jibam The Movie. Di dalam filem seram Jangan Pandang Belakang sutradara Ahmad Idham, Khatijah sekali lagi berganding bahu bersama anaknya, Pierre Andre. Biarpun Khatijah Tan lebih dikenali sebagai seorang pelawak, namun Khatijah juga berjaya menjayakan wataknya di dalam filem bergenre seram dengan cemerlang. Filem Jangan Pandang Berlakang yang mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya Rose (Intan Ladyana). Kendatipun filem ini menerima kritikan yang tidak memuaskan tetapi filem ini telah menciptakan sejarah dalam industri perfileman negara kerana berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 7.4 juta.[10]

"Khatijah Tan adalah seorang pelakon kelas atasan. Dia harus mendapat Anugerah Suanie."

—Komen Suanie terhadap lakonan beliau di dalam Chermin.[11]

Selain itu, di dalam filem seram Chermin sutradara Zarina Abdullah, filem yang mengisahkan tentang sebuah cermin antik warisan yang ditemui oleh ibunya (Mak Piah dilakonkan oleh Khatijah Tan) menjadi tanda tanya kepada mereka. Persembahaan lakonan beliau di dalam filem ini sekali lagi membuka mata para pengkritik dengan lakonannya yang unggul yang menarik minat mereka. Serta-merta ini telah menjadikan Khatijah sebagai aktres dengan kutipan box-office tertinggi pada tahun 2007 iaitu menerusi dua buah filem lakonannya, Jangan Pandang Belakang dan Chermin berjaya mengumpul keseluruhan RM 8.5 juta dan dapat menewaskan pelakon-pelakon lain seperti Umie Aida dan Erra Fazira. Justeru, Khatijah juga telah terpilih untuk melakonkan filem adaptasi majalah kartun humor Malaysia, Ujang ciptaan Ibrahim Anon, namun atas hal-hal tertentu, sehingga kini filem itu masih tidak ditayangkan.

Pada tahun 2008, selepas beliau menamatkan kontraknya di dalam siri drama Dunia Baru, Khatijah terus menjayakan satu watak iaitu sebagai Bok Miah di dalam sebuah siri drama seram Puaka Niyang Rapik sutradara Ahmad Idham. Khatijah berganding bahu bersama Ashraf Muslim dan menjadi ibu kepada Liyana Jasmay. Seterusnya, Khatijah berlakon sekali lagi di dalam siri drama seram iaitu Keliwon sutradara Rashid Sibir yang disiarkan di layar kaca siaran TV3 iaitu bermula 5 Februari–30 Julai 2009. Pada tahun yang sama, Khatijah juga terlibat di dalam satu kontroversi dimana beliau menerima kecaman yang hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat disebabkan advertensinya untuk produk Coca-Cola kerana produk tersebut difahamkan telah menyumbangkan dana kepada negara Israel dimana Israel–Malaysia tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik kerana isu yang temperamental halus bagi umat Islam di Malaysia dan hal ini demikian telah menimbulkan satu isu yang mengecewakan penduduk tempatan kerana seolah-olah Khatijah menyokong tindakan yang dilakukan oleh syarikat Coca-Cola tersebut.

2010–2018: Telefilem, Drama & Duta

Setelah lebih 23 tahun pembabitan beliau di dalam industri, nama Khatijah Tan sudah tidak asing lagi di persada seni tanah air. Khatijah memulakan kariernya ke dalam bidang seni ketika beliau berumur sekitar 27 tahun dan telah mempunyai pelbagai pengiktirafan. Dengan hal sedemikian, beliau telah mengurangkan penglibatan beliau di layar perak justeru kerana beliau ingin lebih fokus terhadap lakonannya di layar kaca iaitu dengan melalui siri drama dan telefilem.

Pada tahun 2010, Khatijah muncul di dalam siri drama yang ditayangkan di Astro Citra sebanyak 11 episod, beliau memainkan peranan tambahan sebagai Mak Som, Apa Dosaku: The Sybil Kathigasu Story yang diinspirasikan oleh kisah benar berkenaan seorang wirawati iaitu Sybil Kathigasu. Pada tahun 2012, beliau berlakon dalam lima filem serentak—8 Jam arahan Ahmad Idham, Halim Munan arahan Hashim Rejab, Syirik arahan M. Subash Abdullah, Cinta Beruang arahan Ramanarayanan dan Untuk 3 Hari arahan Dato' Afdlin Shauki.

Sejak tahun 2010–2018, Khatijah telah bersandiwara di dalam pelbagai drama dan telefilem yang ditayangkan di stesen-stesen televisyen tanah air. Oleh hal demikian Khatijah telah menjaulat sebagai penyeri layar kaca pada dekad ini. Antara drama yang dilakokannya yang mendapat sambutan orang ramai ialah seperti Hati Perempuan, diadaptasi daripada novel 2013 dengan judul sama karya Nur Ain Al-Abbas dan Bukan Isteri Sempurna sutradara Azmi Hatta—bergandengan bersama Dazrin Kamarudin dan Atikah Suhaime serta Teman Lelaki Upahan yang juga diadaptasi dari novel 2014 dengan judul sama karya Azura Rasiddin. Pada tahun seterusnya, Khatijah menjadi duta produk Nestle.

Bersahutan dengan itu, Khatijah juga telah menjayakan berbagai telefilem yang meraih sambutan yang tinggi oleh rakyat. Antara telefilemnya ialah Baju Raya Kain Perca, Derhaka Seorang Anak, Cucu Wan Lebor, Bila Mak Mengandung Lagi, Lokum Untuk Mama dan Cik Sayur Encik Seafood—sutradara Idora Abdul Rahman. Seterusnya, Khatijah dinaik sebagai duta produk Panasonic Malaysia bersama Rita Rudaini dan Rashidi Ishak pada tahun 2017.

Khatijah Tan pada tahun 2018.

Pada tahun 2018, Khatijah kurang mengisi layar kaca televisyen pada awal tahun tersebut. Hal ini demikian telah menjadikan perbualan dan persoalan terhadap masyarakat kepada Khatijah—adakah beliau bersara dari bidang seni?. Lanjutan daripada itu, Khatijah telah menjawab persoalan itu melalui temu bual Harian Metro, beliau berkata “Dalam lakonan, kita tak boleh meletakkan usia bila kita akan bersara. Ini kerana jiwa seni kita akan memberontak. Jiwa seni tiada had yang mampu menjadi penanda aras, [...] kalau seseorang pelakon mengatakan dia sudah bersara, itu hanya kata-katanya saja. Sebenarnya dia tidak boleh meninggalkan karier itu,” katanya.[12]

Sementelahan, setelah sekian lama Khatijah tidak aktif di dalam pembikinan iklan, beliau kembali menerusi iklan raya yang berjaya menitiskan air mata penonton dengan lakonannya iaitu iklan yang bertajuk "Janji Amin", diterbit oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Khatijah bergandengan bersama Syafie Naswip, mengisahkan anak yang tidak dapat menepati janjinya terhadap ibunya. Tambahan pula, beliau juga sekali lagi membuat dua iklan untuk Prudential BSN Takaful. Yang pertama bertentangkan #TeamRayaMerah—bergandengan bersama Nam Ron manakala iklan yang kedua bersama "Pi Mai Pi Mai Tang Tu Gang", iaitu yang terdiri daripada Imuda, Sathiya, Khatijah Tan dan Angeline Tan bertajuk "Pasar Malam". Lain daripada itu, beliau kembali berkerja di bawah arahan Sabri Yunus menerusi telefilem khas semperna Hari Raya Aidiladha, Begitu Janji Tertulis dan Sesuci Jahada Ihram.

2019–kini: Kesinambungan Kejayaan

Pada permulaan warsa 2019, Khatijah bekerja di bawah arahan Heykal Hanifah menerusi telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda. Beliau memegang watak sebagai Datin Suraya dimana telefilem tersebut mengisahkan tentang Datin Suraya (ibu kepada Idham) tidak merestui perkahwinan anaknya, Idham (dilakonkan oleh Awal Ashaari) bersama Sofia (dilakonkan oleh Nina Iskandar), namun, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata–mempunyai penyakit sindrom down yang telah membuatkan Datin Suraya bengis dan benci terhadap cucunya itu. Seterusnya, beliau juga menjayakan watak jahatnya sekali lagi dengan memegang watak sebagai Mak Bong menerusi telefilem Bisu. Menyelusuri dua telefilem ini, beliau menerima sambutan yang hangat melalui lakonannya. Selanjutnya, Pierre Andre dan Mikail Andre iaitu merupakan anak kepada Khatijah–menubuhkan sebuah akaun YouTube bertajuk Andre Brothers Production. Di dalam akaun tersebut, mereka telah mereka cipta pelbagai filem pendek yang dilakokan oleh Khatijah, bagaimanapun, menurut Khatijah, saluran berkenaan diwujudkan sekadar 'suka-suka' dan bukan untuk mengejar wang.[13]

Pada tahun 2020, beliau telah menjayakan enam telefilem iaitu Coklat Chip Special, Kembara Cinta, Bujang Raya Bersama, Nur 3 Pagi, Wasiat Untuk Halina dan Cucu Nek Putih. Di dalam telefilem Coklat Chip Special, Khatijah berganding bahu bersama Fasha Sandha, semasa penggambaran telefilem tersebut, Fasha memberitahu bahawa beliau menjadikan Khatijah Tan sebagai inspirasi di dalam kerjaya lakonannya, "Ibu Khatijah Tan, the legend, I adore her so much [...]" katanya.[14]

Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah mendapat tawaran untuk berlakon filem Butak arahan Sabri Yunus. Khatijah akui beliau amat bersyukur dan merasa gembira kerana terpilih sebagai salah seorang pelakon di dalam filem tersebut, "Ini sesuatu yang baru bagi saya menggunakan dialog bahasa Melayu Pattani Batu Kurau dalam drama atau filem", ujar Khatijah Tan.[15] Filem Butak ini mengisahkan seorang remaja lelaki yang tinggal bersama datuk (lakonan Bohari Ibrahim) dan neneknya (lakonan Khatijah Tan) di sebuah kampung. Butak/Buntat merupakan seorang remaja yang nakal dan dibenci oleh orang kampung namun oleh hal sedemikian, beliau berhajat untuk pergi ke Kota Suci Makkah agar dapat bertaubat. Filem ini meraih sambutan yang tinggi walakin tidak dapat ditayangkan di layar lebar kerana menjelang isu yang sedang melanda dunia, Pandemik COVID-19, dan terpaksa ditayangkan di Astro First, namun itu bukanlah penghalang untuk filem Butak meraih kutipan yang tinggi.[16]

Kehidupan peribadi

Khatijah berkahwin dengan Nazri Andre (nama asalnya sebelum memeluk agama Islam ialah Philip Harry-Andre) yang berketurunan Perancis pada sekitar tahun 1984.[‡ 2] Perkahwinan mereka dikurniakan dua ibnu. Anak-anak mereka ialah Pierre Andre (lahir 1984) dan Mikail Andre (lahir 1992).[17] Anak sulungnya, Pierre berkahwin dengan Siti Nur Hidayah Hashim pada 23 Jun 2013 dan mempunyai seorang anak[18] manakala anak keduanya pula ialah Mikail telah berkahwin dengan Siti Nur Aima Fauzi pada 1 April 2017 dan mendapat seorang cahaya mata pada April 2019.[19]

Filemografi

Kunci
Filem/telefilem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/telefilem/drama yang belum dikeluarkan
Filem/telefilem/drama yang tidak ditayangkan Menunjukkan filem/telefilem/drama yang tidak ditayangkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Ruj.
1996 Yes, Tuan! Orang Gaji Zulkeflee Said [20]
2000 Soal Hati Norma Othman Hafsham [21]
2001 Seri Dewi Malam Bu Risna Aziz M. Osman [22]
2001 Fitrah Fitri Timah Abd Wahid Jaafar [23]
2002 Embun Mak Temah Erma Fatima [24]
2002 Soalnya Siapa? Norma Othman Hafsham [25]
2004 Hingga Hujung Nyawa Maznah Abdul Razak Mohaideen [26]
2004 I Know What You Did Last Raya Ibu Roslan [27]
2004 Tangkai Jering Ibu Syakira [28]
2005 Potret Mistik Latifah [29]
2005 Cinta Fotokopi Ibu Zurina [30]
2005 Lady Boss Kak Jah [31]
2005 Gol & Gincu Ibu J Bernard Chauly [32]
2005 Salon Tukang Cuci Woo Ming Jin [33]
2006 Remp-It Ibu Madi Ahmad Idham [34]
2006 Diva Popular Odah Eirma Fatima [35]
2007 Jibam The Movie Filem/telefilem/drama yang tidak ditayangkan Mak Piah Ibrahim Anon [36]
2007 Jangan Pandang Belakang Mak Lang Ahmad Idham [37]
2007 Chermin Mak Siti Zarina Abdullah [38]
2008 Dunia Baru The Movie Puan Mariah M. Hitler Zami [39]
2008 Pensil Zaitun M. Subash Abdullah [40]
2008 Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Cikgu Bedah Ahmad Idham [41]
2009 Pisau Cukur Datin Wahidah Bernard Chauly [42]
2009 Shh...Dia Datang Filem/telefilem/drama yang tidak ditayangkan Mak Da Saiful Apek [43]
2012 8 Jam Guru Ahmad Idham N/A
2012 Halim Munan Munah Hashim Rejab [44]
2012 Syirik M. Subash Abdullah [45]
2012 Cinta Beruang Ibu Labu Ramanarayanan [46]
2012 Untuk 3 Hari Afdlin Shauki [47]
2013 Ghost Ghost Ghost! M. Subash Abdullah [48]
2013 Cerita Kita Pierre Andre [49]
2013 Bro, Nampak Motor Gua? Makcik Taekwando Razif Rashid [50]
2013 1 Lawan Satu Ibu Radhi dan Sara Pierre Andre [51]
2013 Kisah Paling Gangster Ibu Remy Brando Lee [52]
2014 Mistik Syirik Tahyul M. Subash Abdullah [53]
2014 Kasut Ku Kusut Emak Manap Pierre Andre [54]
2016 Dukun Dr. Dani Mak Siti Sabri Yunus [55]
2016 Kecoh! Primadona Kena Hantu Primadona Pierre Andre [56]
2016 Radhi Rudy Bin Dadu Zakiah Arjin Uppal [57]
2018 The Hantus Kak Pon Nabil Ahmad & Helmi Yusof [58]
2020 Butak Hajah Limah Sabri Yunus [59]
2020 Mulut Masin Cik Ram Razaisyam Rashid
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Ruj.
1991 Siapa VHS [61]
1996 Abang Muda Umi TV3 N/A
1997 Baju Pengantin Kak Long [62]
2002 Bukan Pimai Pimai Mak Ngah [63]
2003 Air Mata Ibu [64]
2003 Emak Aku...Bini Aku... VCD [65]
2003 Cik Tom Wanita Besi [66]
2003 Ayam Kampung Che Nab TV3 [67]
2003 Champion VCD [68]
2003 Jadi Tak Jadi Mak Lijah [‡ 3]
2004 Roh Sara Mak Jemah [‡ 4]
2006 Hujan Sudah Teduh TV1 [69]
2008 Tetamu Allah TV2 [70]
2009 Cinta Organik TV3 [71]
2009 Salah Percaturan TV2 [72]
2009 Sepat Ronggeng TV3 [73]
2010 Ku Yakin Berlaku Mak Munah Astro Oasis [74]
2010 Hikayat Seorang Zulaikha TV2 [75]
2010 Serapuh Arang TV3 [76]
2010 Suzana TV3 [77]
2011 Hati Seorang Ibu Astro Prima [78]
2011 Menantu Petai Cik Kalsom TV9 [79]
2012 Akhirnya Kisah Perempuan June TV2 [80]
2012 Doktor Cinta Cik C TV9 [81]
2012 Telekung Buat Mama Nek Lang [‡ 5]
2013 Ukiran Hati Ibu TV2 [82]
2013 Takkan Melupakanmu TV3 [83]
2013 Cinta TV2 [84]
2013 Madu-Madu Raya Astro Prima [85]
2013 Baju Raya Kain Perca Junaidah TV3 [‡ 6]
2013 Derhaka Seorang Anak Sapiah [‡ 7]
2013 Kalut Raya Nenek Halimah [‡ 8]
2014 Cucu Wan Lebor Wan Lebor TV2 [86]
2014 Atan & Atoi TV9, Unifi TV[a] [87]
2014 Tangis Yang Tiada Noktah Ibu Zara TV3 [88]
2015 Gengster Melor Mak Ton TV9 [‡ 9]
2015 Bila Mak Mengandung Lagi Astro Prima [89]
2015 Rendang Aku Yang Kau Panas TV3 [90]
2015 Syawal Aku & Dia TV AlHijrah N/A
2015 Sawan Salmah TV9 [‡ 10]
2015 Yang Mana Satu Aminah [‡ 11]
2015 Lokum Untuk Mama Salamah [‡ 12]
2015 Sut Putih Nek Jah [‡ 13]
2015 Amah Degree TV1 [91]
2016 Siti Oh Siti N/A
2016 Cik Sayur Encik Seafood Puan Zabedah TV9 [92]
2016 Aku Dan Dia TV1 N/A
2017 Akulah Jemputan Itu [93]
2018 Begitu Janji Tertulis TV2 [94]
2018 Sesuci Jahada Ihram Mak Jah N/A
2019 Sinar Ramadan Untuk Amanda Datin Suraya TV3 [‡ 14]
2019 Bisu Mak Bong [‡ 15]
2020 Coklat Chip Special [95]
2020 Kembara Cinta TV1 [96]
2020 Bujang Raya Bersama Emak Eddy TV1, TV2, TV Okey [97]
2020 Nur 3 Pagi Mak Siti TV3 [‡ 16]
2020 Wasiat Untuk Halina Noriah TV Okey [98]
2020 Cucu Nek Putih Mak Kiah Astro Citra [99]
TBA Pikun N/A
TBA Puaka Hari Raya N/A

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Ruj.
1988–1993 Rumah Kedai Mak Lijah TV3 [100]
1996 Orang Gaji [101]
2006–2008 Dunia Baru Puan Mariah [102]
2008–2009 Puaka Niyang Rapik Bok Miah [103]
2009 Cik Ah Cik Nin Astro Prima [104]
2009 Keliwon TV3 [105]
2009–2010 Aliff Firdaus [106]
2010 Senjakala TV2 [107]
2011 Mr. Mama Nek Ja TV3 [108]
2010 Apa Dosaku: The Sybil Kathigasu Story Mak Som Astro Citra [109]
2011 Dejavu TV2 [107]
2011 Perempuan [110]
2011 Dia Bukan Maryam TV9 [111]
2011 Terlebih Sudah TV1 [112]
2011 Deru Ombak Astro Prima [113]
2011 Nurul Iman Mak Kiah TV2 [114]
2011 6 Progresif Pengerusi PIBG TV9 [115]
2011 Makbul Hajah Yam TV2 [116]
2011 Terowong (episod: "Penunggu") Mak TV3 [‡ 17]
2012 Gemersik Kalbu Ibu Wan Ariffin [117]
2012 Tetap Maghrib Faridah TV2 [118]
2012 Perempuan Tanpa Rahim Fatimah TV3 [119]
2012 Tiada yang Kedua Rahimah Astro Citra [120]
2013 Cinta Kau Dan Aku TV1 [121]
2013 Besan 3 Segi Siti Sarah TV3 [122]
2013 I Love You Azizah TVi [123]
2013 Udin Glamor Balik Kampung (musim 1) Mak Timah Kayo TV2 [124]
2013–2014 Mat Three Four TV3 [125]
2014 Tanah Kubur (musim 12; episod: "Mandi Bunga") Mahyon Astro Oasis N/A
2014 Raya Ni Mesti Kahwin Mak Lijah TV3 [‡ 18]
2015 Tanah Kubur (musim 14; episod: "Mak Kat Mana") Azminah Astro Oasis N/A
2015 Hati Perempuan Puan Sri Khadijah TV3 [126]
2015 Puteri Gunung Ledang Unifi TV [127]
2015 Raya Ni Dah Kahwin Mak Lijah TV3 [‡ 19]
2015 Bukan Isteri Sempurna Salamah [128]
2015 Teman Lelaki Upahan Madihah [129]
2015 Pondok Kambing Opah Opah [130]
2015–2016 Tetangga TV1 [131]
2016 Udin Glamor Balik Kampung (musim 2) Mak Timah Kayo TV2 [132]
2016 Osman Baku (musim 3) [133]
2016 Lembayung Kasihmu [134]
2017 Panasonic: Ketupat Rendang Brownies Coklat Wan TV3 [135]
2018 Dilema Wanita: Hati Ibu (episod 6) TV1 N/A
2019 Meremang (episod 11: "Makcik Karipap") Entiti Astro Prima [136]
2021 Madam e-Wallet Filem/telefilem/drama yang belum dikeluarkan TV3
Tahun Tajuk Episod Catatan Ruj.
2002 Celebrity Squares Episod 2, 6–7, 10–11 Musim 2 [138]
2007 Ketuk-Ketuk Ramadan Masakan Devil Curry [139]
2012 Ini Kisahku Episod 4 Temuramah bersama Khatijah Tan, Pierre Andre dan Mikail Andre [140]
2013 Majalah Anis Temuramah bersama Khatijah Tan dan Pierre Andre [‡ 20]
2015 Aafiyat Lifestyle Episod 6 Musim 1 [141]
2018 Nona Episod 10 Tetamu Undangan [‡ 21]
2020 Jom Berbuka Episod 1 Musim 4
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Ruj.
1991 Kelab 89 Zalina N/A
1998–2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Mak Ngah TV3 [142]
2007 Salam Pantai Timur TV1 N/A
2012 Mai Chek Mai Yang Kalsom [143]
2013 Jambu 60 TVi N/A
2014 Cakap Melayulah! Mak Som Astro Warna
Tahun Tajuk Vid.
2019 Loceng Berhantu [‡ 23]
2019 Komedi Opah Atok Episod 1: Kenapa Ikan Opah Hangit? [‡ 24]
2019 Komedi Opah Atok Episod 2: Kenapa Atok Merajuk [‡ 25]
2019 Komedi Opah Atok Episod 3: Opah Ajak Main Apa Tu [‡ 26]
2019 Komedi Opah Atok Episod 4: Kenapa Atok Menangis [‡ 27]
2019 Komedi Opah Atok Episod 5: Atok Melampau!!! [‡ 28]
2020 Gelora [‡ 29]
2020 Katarsis
Tahun Tajuk Pengarah Saluran TV Ruj.
2013 Festival: Sebenarnya Azma Aizal Yusoof TV3

Khatijah memberitahu di dalam pelbagai temu bual bahawa beliau sudah melakonkan puluhan teater sebelum menjejak kaki ke dalam bidang seni lakonan filem, telefilem dan sebagainya. Namun demikian, senarai ini hanyalah memasukkan teater terkenal yang dilakonkanya sahaja.

Tahun Tajuk Watak Lokasi Ruj.
1989 Pentas Opera Juliah Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur [146]
1995 Perempuan Seorang Leftenan Inggeris [147]
1996 Belum Selesai Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang [148]
1997 Sungai Mengalir Lesu Mak Buruk Auditorium Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur [149]
1998 Iman Dewan Seri Negeri, Kedah [150]
2000 Bangsawan Siti Zubaidah Permaisuri Tua Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur [151]
2003 Alang Retak Seribu Badariah
Jelajah Teater Alang Retak Seribu
[152]
2004 Kasanova Mak Limah Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur [153]
2004–2008 Nyonya Kepokanan A
Jelajah Teater Nyonya
  1. Taman Seni Budaya, Seremban, Negeri Sembilan (2004)
  2. Taman Budaya Pumpong, Alor Setar, Kedah (2007)
  3. Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur (2008)
[154]
2006 Pi Mai Pi Mai Tang Tu! Muzikal Mak Ngah Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur [155]
2006 Muzikal Lantai T. Pinkie Nyai Sunarti Renko Taman Seni Budaya, Ipoh, Perak [156]
2014 Garapan Kak Ani Istana Budaya, Kuala Lumpur [157]
2017 Bukan Gila Ibu Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Ipoh, Perak
Tahun Produk Tajuk Catatan Ruj.
1993 Trojan Perkasa "Lelaki Kotor Dalam Bas" Bersama Bell Ngasri [159]
2009 Coca-Cola "Coca-Cola" N/A
2018 Prudential BSN Takaful "#TeamRayaMerah" Bersama Nam Ron [‡ 31]
2018 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur "Janji Amin" Bersama Syafie Naswip [‡ 32]
2018 Prudential BSN Takaful "Pasar Malam" Bersama Imuda, Sathiya dan Angeline Tan

Di dalam media

Tahun Tajuk Ruj.
2019 Opah Atok Special: Bahasa Perak Lesson[b] [‡ 34]
2020 Pengalaman Seram di Hotel Kota Tinggi Johor (Cerita Hantu Artis Malaysia)
Tahun Anugerah Catatan Ruj.
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Membuat Persembahan [160]
2015 Anugerah Lawak Warna 2014 Penyampai Piala

Runut bunyi

Lagu Penerbit Catatan Panjang Tahun Ruj.
"Shh...Dia Datang"
Farah Diarra duet bersama Ahmad Busu, Zami Ismail, Khatijah Tan dan Imuda
Pop Shuvit Lagu tema filem Shh...Dia Datang 3:04 2009

Muzik video

Tahun Penyanyi Tajuk Ruj.
2003 Siti Nurhaliza "Airmata Ibu" [‡ 36]
2003 Yana Samsudin "Hingga Hujung Nyawa" [‡ 37]
2009 Farah Diarra
Duet bersama Ahmad Busu, Zami Ismail, Khatijah Tan dan Imuda
"Shh...Dia Datang" [‡ 38]
2012 Joe Flizzow, DJ Fuzz & Aizat Amdan "Dimanapun Engkau Berada" [‡ 39]
2016 Taufik Batisah "Harus Begitu" [‡ 40]
2016 Faruq Sulaiman "Radhi Rudy Bin Dadu" [‡ 41]
2019 Tajul Ariff "Ibu"
Tahun Produk Catatan Ruj.
2013 Metro Driving Academy Lesen Memandu Kereta [‡ 43]
2014 Nestlé Malaysia Minuman Milo N/A
2015 D'Herbs Set Bersalin Mak Bidan [163]
2017 Panasonic Malaysia Barangan Elektrik
Nama majlis penganugerahan, tahun yang diserahkan, penama anugerah, kategori anugerah, dan hasil pencalonan
Anugerah Tahun Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
Anugerah Skrin 1996 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Orang Gaji Tercalon N/A
2003 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Telefilem Ayam Kampung Tercalon N/A
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Embun Menang N/A
2013 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Akhirnya Kisah Perempuan Tercalon [165]
Anugerah Perdana Bintang Seniman 2004 Seniwati[c] Khatijah Tan Penghormatan [166]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1996 Artis Komedi Wanita Popular Orang Gaji Tercalon N/A
1999 Khatijah Tan Tercalon N/A
2000 Tercalon N/A
2001 Tercalon N/A
Pelakon Televisyen Wanita Popular Tercalon [167]
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon [168]
2002 Artis Komedi Wanita Popular Tercalon [169]
2004 Pelakon Televisyen Wanita Popular Tercalon [170]
Pelakon Filem Wanita Popular Hingga Hujung Nyawa Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2014 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Atan & Atoi Tercalon [171]
BOH Cameronian Arts Awards[d] 2003 Persembahan Ensemble Teater Terbaik Alang Retak Seribu Menang [172]
Festival Filem Malaysia 2003 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Embun Tercalon N/A
2004 Hingga Hujung Nyawa Tercalon [173]
Festival Filem Asia Pasifik 2001 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Soal Hati Tercalon [174]
2002 Embun Menang
Sathya Sai International Organisation of Malaysia[e] 1999 Pelakon Teater Perempuan Terbaik Khatijah Tan Menang