Ketua Menteri Sarawak
Coat of arms of Sarawak.svg
Abang Johari Openg (II).jpg
Penyandang
Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg

sejak 13 Januari 2017 (2017-01-13)
Kerajaan Negeri Sarawak
Gelaran Yang Amat Berhormat
Anggota Kabinet Negeri Sarawak
Lapor kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak
Kediaman Demak Jaya, Kuching, Sarawak
Pejabat Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak
Pelantik Abdul Taib Mahmud
Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tempoh Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Constituting instrument Perlembagaan Negeri Sarawak
Pemegang sulung Stephen Kalong Ningkan
Pembentukan 22 Julai 1963 (1963-07-22) (55 tahun yang lalu)
Timbalan Douglas Uggah Embas
James Jemut Masing
Awang Tengah Ali Hassan
Laman web www.cm.sarawak.gov.my

Ketua Menteri Sarawak ialah ketua badan eksekutif bagi kerajaan negeri Sarawak. Ketua Menteri Sarawak ialah pemimpin parti majoriti atau parti gabungan terbesar bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kebiasaanya, Ketua Menteri Sarawak dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan dipilih daripada ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ketua Menteri yang terkini ialah Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bagi menggantikan Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

Senarai Ketua Menteri

# Ketua Menteri Tarikh perlantikan Tarikh tamat perlantikan Parti
1 Stephen Kalong Ningkan (Penggal pertama) 22 Julai 1963 16 Jun 1966 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Tawi Sli (Penggal pertama) 16 Jun 1966 7 September 1966 Parti Pesaka Sarawak (Pesaka)
2 Stephen Kalong Ningkan (Penggal ke-2) 7 September 1966 23 September 1966 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Tawi Sli (Penggal ke-2) 23 September 1966 7 Julai 1970 Parti Pesaka Sarawak (Pesaka)
3 Abdul Rahman Ya'kub 7 Julai 1970 26 Mac 1981 Barisan Nasional (PBB)
4 Abdul Taib Mahmud 26 Mac 1981 28 Februari 2014 Barisan Nasional (PBB)
5 Adenan Hj. Satem 28 Februari 2014[1] 11 Januari 2017 Barisan Nasional (PBB)
6 Abang Johari Tun Openg 13 Januari 2017 kini GPS (PBB)

Bekas Ketua Menteri yang masih hidup

Nama Tempoh perkhidmatan Tarikh kelahiran
Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud 1981–2014 21 Mei 1936 (umur 82)

Rujukan

  1. ^ Zora Chan (28 Februari 2014). "Adenan Satem sworn in as Sarawak Chief Minister". The Star Online. Dicapai 2014-03-01. 

Pautan luar