People of the Philippines vs. Santos, Ressa and Rappler
Regional Trial Court.svg
MahkamahMahkamah Perbicaraan Serantau Filipina
Cawangan46
Nama penuh kesPeople of the Philippines vs. Reynaldo Santos, Jr., Maria Angelita Ressa and Rappler, Inc.
Diputuskan15 Jun 2020
PetikanR-MNL-19-01141-CR
Sejarah kes
TindakanNBI and Keng v. Santos et al. (XVI-INV-18C-00049)[1]
Tindakan berkaitan
Dakwaan peraturan pemilikan:
  • Securities and Exchange Commission: In re: Rappler Inc. and Rappler Holdings Corporation (SP Case No. 08-17-001)
  • Court of Appeals: Rappler Inc. v. SEC (CA-G.R. SP No. 154292)
  • Pasig City RTC Branch 265: People of the Philippines v. Maria Ressa (R-PSG-19-00737-CR)

Dakwaan penipuan:

  • Manila RTC Branch 46: People of the Philippines v. Santos, Ressa and Rappler (R-MNL-19-01141-CR)

Dakwaan taksiran cukai:

  • Pasig City RTC Branch 165: People of the Philippines v. Rappler Holdings Corp. (R-PSG-18-02983-CR)
  • Court of Tax Appeals: People of the Philippines v. Rappler Holdings Corp. and Maria Ressa (Crim. Case No. O-679)
PontenteRainelda Estacio-Montesa
Maria Ressa ialah salah seorang yang didapati bersalah atas jenayah fitnah akibat People v. Santos, et al.

Kes fitnah siber Maria Ressa, juga secara rasminya dipanggil sebagai People of the Philippines v. Santos, Ressa and Rappler (R-MNL-19-01141-CR), ialah kes jenayah berprofil tinggi di Filipina, yang dibuat terhadap Maria Ressa, pemilik bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Rappler, Inc.[2] Dituduh sebagai pemfitnah siber (cyberlibel), Ressa didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Perbicaraan Wilayah Manila Cawangan 46, Rainelda Estacio-Montesa pada 15 Jun 2020.[3][4] Beliau ialah orang kedua di Filipina yang didakwa atas kesalahan itu.[5]

Kes itu tertumpu pada rencana yang diterbitkan di Rappler oleh Reynaldo Santos Jr. yang menuduh Ketua Hakim Mahkamah Agung Filipina menerima permintaan daripada ahli perniagaan Filipina-China, Wilfredo Keng.[6] Santos, Ressa dan lain-lain didakwa dengan kse fitnah siber secara retrospektif; rencana itu telah diterbitkan 4 bulan sebelum undang-undang ini berkuat kuasa.[7][8]

Berikutan sabitannya, Ressa mengumumkan niatnya untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Agung.[9] Sebagai syarikat, Rappler tidak bertanggungjawab; bagaimanapun, Santos sebagai pengarang yang bersalah. Ressa, sebagai ketua pegawai eksekutif Rappler juga bertanggungjawab.[9] Pada masa Santos didakwa, dia tidak lagi bekerja sebagai wartawan.[10]

Keputusan mahkamah memutuskan bahawa Ressa "tidak menawarkan sedikit bukti bahawa mereka mengesahkan tuduhan pelbagai jenayah dalam artikel yang dipertikaikan ... Mereka hanya menerbitkannya sebagai berita dalam penerbitan dalam talian mereka dengan tidak menghiraukan sama ada ia palsu atau tidak.[4]:34 Penghakiman itu juga berpendapat bahawa Ressa sengaja menyebut dirinya sebagai penyunting eksekutif dan bukannya ketua penyunting dalam usaha untuk menghindari tanggungjawab.[4]:25

Keputusan itu dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia,[11][12] dengan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggambarkan kes itu sebagai sebahagian daripada "corak intimidasi (gertakan)" terhadap akhbar Filipina.[3]

Lihat juga