Kementerian Pendidikan
كمنترين ڤنديديقن
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
KPM Logo.png
Logo Kementerian Pendidikan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk9 Ogos 1955; 65 tahun yang lalu (1955-08-09)
Agensi-agensi terdahulu
  • Kementerian Pelajaran
  • Kementerian Pengajian Tinggi
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
Kakitangan549,159 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 45,962,406,300 (2018)
Menteri bertanggungjawab
  • Senator Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin
Timbalan menteri bertanggungjawab
  • Senator Dato' Mah Hang Soon, Muslimin Yahya
Eksekutif Kerajaan
  • Mohd Ghazali Abas, Ketua Setiausaha
  • Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran
Tapak webwww.moe.gov.my
Sebelum tahun 2004, perkataan yang tertera ialah "Kementerian Pendidikan Malaysia".
Logo Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 2013

Kementerian Pendidikan (Tulisan Jawi: كمنترين ڤنديديقن) dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamatnya ialah untuk:

  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, yang kelapan belas merupakan Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid dibantu timbalan Menteri, Dato' P. Kamalanathan & Senator Datuk Chong Sin Woon, Menteri Pendidikan Malaysia berganti lagi kepada Dr. Maszlee Malik dan kemudiannya barulah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Pendidikan wajib

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Halatuju pendidikan

Perundangan pendidikan

  • 1957: The Education Ordinance, 1957
  • 1961: Akta Pelajaran, 1961
  • 1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak - 1971)
  • 1971: Akta Universiti dan Kolej Universiti
  • 1974: Akta Politeknik Ungku Omar
    • 1956: Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956 (Penyata Razak)
    • 1960: Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pelajaran, 1960 (Penyata Rahman Talib)
    • 1967: Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
    • 1973: Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
    • 1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
      • 1957: Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
      • 1970: Bahasa pengantar Darjah 1
      • 1975: Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
      • 1976: Bahasa pengantar Tingkatan 1
      • 1979: Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
      • 1980: Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
      • 1981: Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
      • 1982: Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
        • 1957: MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
        • 1963: MSSEE dimansuhkan
        • 1967: PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
        • 1973: UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
        • 1982: UDT dimansuhkan
        • 1988: PDL dimansuhkan
        • 1988: UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan
        • 2016 : UPSR (perubahan dari 5A kepada 6A berlaku dimana subjek bahasa inggeris dipecahkan kepada penulisan dan pemahaman)
        • 2018 : PPSR (Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah) dimulakan

        Peperiksaan Sekolah Menengah

        • 1957: LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
        • 1957: OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
        • 1957: FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
        • 1957: QT ( Qualifying Test) dimulakan
        • 1960: SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
        • 1961: UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
        • 1962: SPPTM (Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
        • 1964: SPPTM dimansuhkan
        • 1964: FMC dimansuhkan
        • 1964: MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
        • 1964: SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
        • 1967: SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
        • 1968: OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
        • 1969: SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
        • 1976: Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
        • 1976: MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
        • 1982: HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
        • 1982: STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
        • 1983: LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
        • 1983: SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
        • 1987: Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
        • 1987: SPM di seluruh Malaysia dimulakan
        • 1991: KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
        • 1992: Tahun terakhir bagi SRP
        • 1993: PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
        • 1993: SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan
        • 2003: PPSMI mula dilaksanakan
        • 2012: PPSMI dimansuhkan
        • 2013: PMR dimansuhkan diganti PT3
        • 2017: DLP mula dilaksanakan

        Kurikulum