Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah
Tarikh 14 September 2017; 11 bulan yang lalu
Masa 5:10 pagi (Waktu Malaysia)
Lokasi Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat 3°10′08″N 101°43′58″E / 3.1688°N 101.7328°E / 3.1688; 101.7328Koordinat: 3°10′08″N 101°43′58″E / 3.1688°N 101.7328°E / 3.1688; 101.7328
Penyebab Perbuatan khianat yang bermula daripada ejek-ejekan sesama pihak suspek dan penghuni tahfiz kerana terlihat suspek menghisap dadah[1]
Kematian 23
Kecederaan 5
Suspek 7[2]

Pada 14 September 2017, jam 5:10 pagi telah berlakunya kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, iaitu sebuah madrasah tahfiz lelaki di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang menyebabkan 23 orang penghuni yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan dua orang guru terbunuh.[3]

Latar belakang

Api dikatakan bermula lebih kurang pada jam 5:10 pagi di tingkat kedua dan teratas bangunan madrasah tersebut. Selepas itu, api merebak ke seluruh bangunan sehingga menghalang satu-satunya pintu masuk dan memerangkap penghuni-penguni sehingga tidak dapat diselamatkan. Tambahan pula, tingkap-tingkap di bangunan tersebut dipasang dengan jeriji-jeriji yang menyukarkan kebanyakan penghuni untuk menyelamatkan diri.[4] Saksi melaporkan penghuni yang terselamat pula dikatakan terpaksa membuka jeriji di tingkap bangunan dan ada juga yang keluar mengikut saluran paip air pada bangunan tersebut. Saksi-saksi juga dilaporkan ingin menyelamatkan penghuni yang terperangkap tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana api merebak dengan sungguh cepat. Api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba pada kira- kira 6:40 pagi.[3][5]

Kronologi kejadian

Siasatan dijalankan oleh pihak polis dan bomba bagi mencari dan mengenal pasti punca kebakaran. Pada awalnya pihak bomba mengatakan mungkin berpunca dari litar pintas.[6] Selepas siasatan penuh dilakukan dan beberapa CCTV milik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diteliti, beberapa suspek dikenalpasti menceroboh kawasan PPIM sebelum ke kawasan madrasah tahfiz tersebut pada pukul 3:10 pagi. Pada pukul 1:30 pagi, terdapat dua kelibat mencurigakan menaiki motorsikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol.[7][8]

Pada 16 September, tujuh suspek tersebut ditahan di lokap Balai Polis Jinjang. Manakala mangsa yang terselamat ditahan di kem Kementerian Pertahanan sebelum ditempatkan di premis rahsia disekitar Keramat pada 15 September. Bilangan yang terselamat juga turut dirahsiakan. Hanya waris terdekat sahaja dibenarkan masuk. Ini bertujuan melindungi mangsa dari didekati oleh pihak tertentu.[9]

Menurut satu sidang khas oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, suspek-suspek dipercayai bertindak membakar tahfiz tersebut akibat insiden ejek-ejekan antara penghuni tahfiz dan pihak suspek. Menurut beliau, enam daripada tujuh suspek disahkan positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kesalahan merusuh dan mencuri kenderaan. Suspek-suspek tersebut berumur antara 11 dan 18 tahun.[10]

Mangsa

23 orang yang terbunuh dalam insiden ini, kebanyakannya pelajar dan dua guru berserta nama dan umur mereka seperti yang tertera di bawah:[11][12]

  1. Muhammad Danieal Md Amin, 14
  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13
  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14
  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12
  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10
  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11
  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11
  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12
  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8
  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan
  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11
  12. Umar Al Khatab Helmi, 6
  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11

  1. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13
  2. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11
  3. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10
  4. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16
  5. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12
  6. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13
  7. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13
  8. Muhammad Zattulah Roslan, 11
  9. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)
  10. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Reaksi

Kebakaran ini telah mendapat perhatian yang amat meluas dalam kalangan pihak kerajaan, orang awam dan juga pihak luar negara.

Pihak kerajaan

Kejadian kebakaran telah mendapat liputan meluas oleh kalangan pemimpin dan juga pihak kerajaan. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri, Najib Razak juga datang melawat tempat kejadian tersebut. Selain itu, Najib telah mengucapkan takziah ke atas mangsa-mangsa kejadian tersebut dan menggesa agar memastikan pusat-pusat tahfiz mematuhi piawaian dan peraturan keselamatan untuk memastikan insiden yang serupa tidak berulang.[13][14]

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pula merupakan yang terawal tiba di kawasan kejadian pada waktu petang hari kejadian. Beliau telah menyebut tentang masalah kekurangan kawalan dan latihan pusat-pusat tahfiz yang menyebabkan pelbagai insiden yang melibatkan tahfiz seperti kebakaran, penderaan dan pembukaan madrasah serta pelantikan ustaz tanpa kelayakan sah.[15]

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula melahirkan rasa kesal kerana insiden itu seolah-olah menunjukkan bahawa tiada pengajaran yang diambil daripada insiden yang seurpa pada 1989.[15]

Pihak antarabangsa

Selain dari Malaysia, kebakaran ini juga mendapat perhatian khususnya oleh pihak media antarabangsa. Syarikat-syarikat media seperti AFP, BBC, CNN, The Telegraph serta Hindustan Times. Perbadanan berita Al-Jazeera pula menyifatkan insiden tersebut sebagai "kebakaran paling dahsyat di Malaysia sejak bedekad tahun". Pihak-pihak media lain seperti NHK dan Deccan Herald turut melaporkan kebakaran tersebut.[16][17]

Lihat juga