Katherine Johnson
Katherine Johnson
Johnson pada tahun 1983
KelahiranKatherine Coleman
(1918-08-26)26 Ogos 1918
White Sulphur Springs, Virginia Barat, Amerika Syarikat
Meninggal dunia24 Februari 2020(2020-02-24) (umur 101)
Newport News, Virginia, A.S.
KediamanHampton, Virginia
WarganegaraAmerika Syarikat
PendidikanWest Virginia State College
B.S. (summa cum laude), 1937
Matematik & Perancis[1]
PekerjaanAhli fizik, ahli matematik
MajikanNACA, NASA
Terkenal keranaMembuat perkiraan trajektori dalam perancangan banyak misi angkasa NASA
Pasangan
  • James Goble (k. 1939–1956)
  • Jim Johnson (k. 1959; m. 2019)
Anak3

Katherine Coleman Goble Johnson (26 Ogos 1918 – 24 Februari 2020) ialah seorang ahli matematik dari Amerika Syarikat yang dikenali atas kemahiran dan kebijaksanaan beliau membuat perkiraan yang banyak membantu penyelidikan NASA dalam menjalankan projek penerbangan angkasa berpandu mereka, terutamanya dalam Program Space Shuttle.[2] Pengaruh dan sumbangan utama beliau dalam bidang sains angkasa dan perkomputeran menjadikan nama beliau disanjung tinggi serta mendapat banyak anugerah penting.[3][4][5][6]

Pada tahun 2019, Johnson telah dianugerahkan Congressional Gold Medal.[7]

Biografi

Awal hidup

Katherine Coleman lahir pada tahun 1918 di White Sulphur Springs, Virginia Barat. Beliau merupakan anak bongsu (dalam empat adik-beradik)[8] kepada Joylette Coleman, seorang guru, dan Joshua Coleman, seorang pembalak, petani dan tukang di sebuah hotel.[9][10][11][9]

Beliau menunjukkan minat dan kemahiran yang sangat tinggi dalam ilmu matematik pada usia muda. Kauntinya tiada kemudahan persekolahan awam melepasi gred lapan untuk kaum berkulit hitam pada ketika itu, maka keluarga Coleman membawa anak-anak mereka melanjutkan pelajaran sekunder di bandar Institute, Virginia Barat. Setelah Katherine menghabiskan persekolahannya pada usia 14 tahun, beliau meneruskan pengajiannua di kolej West Virginia State - ia merupakan salah satu kolej yang khusus untuk orang berkulit hitam di Amerika Syarikat pada masa itu.[12] Beliau banyak mengambil peluang mendalami ilmu matematik di sana.

Katherine memilih kerjaya sebagai seorang pakar matematik meskipun ia begitu sukar untuk golongan berkulit hitam mendapat kerja sedemikian pada masa itu. Beliau diberitahu mengenai suatu tawaran daripada Jawatankuasa Penasihat Aeronautik Negara yang memerlukan ahli matematik bekerja untuk mereka oleh salah satu ahli keluarganya.[12] Beliau mendapat kerja tersebut pada tahun 1953, malah dimasukkan dalam pasukan awal dalam peralihan NACA menjadi badan NASA yang baharu.

Kerjaya di NASA

Beliau mendapat tempat sebagai seorang pakar teknologi aeroangkasa dalam divisyen Cawangan Kawalan Kapal Angkasa (Spacecraft Controls Branch) dari tahun 1958 sehinggs persaraannya pada tahun 1986. Beliau banyak terlibat dalam perancangan projek-projek angkasa utama dalam NASA: beliau bertanggungjawab membuat pengiraan trajektori penerbangan angkasa Alan Shepard - angkawasan pertama Amerika Syarikat - pada 5 Mei 1961.[2] Beliau merangka peta pengemudian bantuan untuk para angkasawan sekiranya berlakunya kerosakan elektronik dalam penerbangan yang dijalankan.[9] Malah, John Glenn meminta pihak NASA agar Katherine sendiri mengesahkan perkiraan komputer yang bakal mengaturcarakan laluan penerbangan Glenn mengelilingi Bumi.[2][13][14]

Katherine terlibat dalam merancang terjektori yang membawa modul misi Apollo 11 ke Bulan pada tahun 1969.[2][15] Pelan sokongan yang dirangkanya turut membantu para penerbang dalam misi Apollo 13 kembali ke Bumi dengan selamatnya berikutan berlaku kerosakan suatu tangki oksigen pentung dalam modul mereka.[15] Beliau turut terlibat menulis bersama sebanyak 26 laporan kajian saintifik semasa tempoh kerjayanya dalam NASA.[16][4] Beliau sering menghadapi banyak keadaan prasangka terhadapnya di tempat kerja (meskipun kemudahan-kemudahan sana tidak diasingkan mengikut kaum) akibat perbezaan warna kulit dan jantinanya berbanding majoriti rakan sekerja lain, di mana perangai sebegitu agak lazim semasa lewat 1950-an,[17][18] namun beliau tetap menggalakkan cucu-cucu dan pelajarnya untuk meneruskan penceburan dalam sains dan teknologi.[19]

Pada tahun 1939, beliau berkahwin dengan James Francis Goble. Mereka mempunyai tiga anak perempuan hasil perkahwinan ini: Constance, Joylette, dan Katherine. Pada tahun 1956, James Goble meninggal dunia akibat barah otak; beliau berkahwin dengan James A. Johnson, seorang pegawai Tentera Amerika Syarikat dan veteran Perang Korea tiga tahun kemudian[18] mereka mempunyai enam cucu dan seberapa cicit lagi hasil hubungan mereka bermukim di Hampton, Virginia, sehingga kematian Jim pada tahun 2019.[20][21]

Senja hidup

Johnson meninggal dunia di rumah persaraan di Newport News, Virginia pada 24 Februari 2020, pada usia 101 tahun.[22][20] Selepas kematiannya, Jim Bridenstine, pentadbir NASA, menggambarkannya sebagai "wira Amerika Syarikat" dan menyatakan bahawa "warisan perintisnya tidak akan dilupakan."[23]

Legasi dan penghormatan

Pada 2015, beliau dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu.[24]

Keterliban beliau dalam program-program angkasa NASA dahulu ini diketengahkan dalam filem biografi 2016 Hidden Figures, watak Katherine sendiri dilakonkan oleh Taraji P. Henson.

Rujukan

  1. ^ Shetterly, Margot Lee (3 Ogos 2017). "Katherine Johnson Biography". NASA. Dicapai pada 7 April 2018.
  2. ^ a b c d Smith, Yvette (24 November 2015). "Katherine Johnson: The Girl Who Loved to Count". NASA. Dicapai pada 12 Februari 2016. Her calculations proved as critical to the success of the Apollo Moon landing program and the start of the Space Shuttle program, as they did to those first steps on the country's journey into space.
  3. ^ "'Mop Top' the 'Hip Hop' Scientist Celebrates African-Americans in the Sciences: Katherine G. Johnson", 2003
  4. ^ a b "Human computers: Katherine G. Johnson". NASA History. Dicapai pada 2 Ogos 2015.
  5. ^ "Black history... Katherine G Johnson (1918 – retired)" Diarkibkan Oktober 21, 2006, di Wayback Machine, UK-based Planet Science
  6. ^ "Katherine G. Johnson: Physicist, Space Scientist, Mathematician" Diarkibkan 4 Mac 2009 di Wayback Machine, Oracle Think Quest Education Foundation Library
  7. ^ "H.R.1396 - Hidden Figures Congressional Gold Medal Act". Congress.gov. Dicapai pada November 9, 2019.
  8. ^ Shetterly, Margot Lee (1 Disember 2016). "The Woman the Mercury Astronauts Couldn't Do Without". Nautilus. Dicapai pada 8 Disember 2016.
  9. ^ a b c "Katherine Johnson – Oral History". National Visionary Leadership Project. Dicapai pada 12 Februari 2016.
  10. ^ Gale, Thomas (2005). "Johnson, Katherine Coleman Goble". Encyclopedia.com. Cengage Learning. Dicapai pada 15 Februari 2016.
  11. ^ Gutman, David (26 Disember 2015). "West Virginian of the Year: Katherine G. Johnson". Charleston Gazette-Mail. Dicapai pada 12 Februari 2016.
  12. ^ a b Loff, Sarah (22 November 2016). "Katherine Johnson Biography". NASA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2017.
  13. ^ "Makers Profile: Katherine G. Johnson". Makers. Dicapai pada 24 Mei 2015.
  14. ^ Sloat, Sarah (15 Ogos 2016). "'Hidden Figures' Gives NASA Mathematicians Long Overdue Movie". Inverse.com. Dicapai pada 15 Januari 2017.
  15. ^ a b "Katherine G. Johnson Biography". Biography.com. 10 Oktober 2016. Dicapai pada 15 Januari 2017.
  16. ^ "Oral History Archive: Katherine Johnson". National Visionary Leadership Project. 2005. Dicapai pada 29 Disember 2016.
  17. ^ Buckley, Cara (September 5, 2016). "On Being a Black Female Math Whiz During the Space Race". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada September 6, 2016.
  18. ^ a b "Katherine Coleman Goble Johnson". School of Mathematics & Statistics University of St Andrews, UK. School of Mathematics & Statistics University of St Andrews, UK. Dicapai pada March 1, 2017. Petikan dari W. Warren, Katherine Coleman Goble Johnson, dalam Black Women Scientists in the United States (Indiana University Press, 1999), 140–147.
  19. ^ "The Untold History of Women in Science and Technology: Katherine Johnson". The White House. Diarkib daripada yang asal pada January 20, 2017. Dicapai pada October 22, 2016.
  20. ^ a b Fox, Margalit (February 24, 2020). "Katherine Johnson Dies at 101; Mathematician Broke Barriers at NASA" – melalui NYTimes.com.
  21. ^ Hopkins, Anna (January 30, 2017). "Leading couple depicted in award-winning film Hidden Figures still living and residing in the town where the film takes place". The Daily Mail. Dicapai pada April 8, 2018.
  22. ^ "Local hero, NASA mathematician Katherine Johnson dies at 101". WTKR. February 24, 2020. Dicapai pada February 24, 2020.
  23. ^ Bridenstine, Jim [JimBridenstine] (February 24, 2020). "Our @NASA family is sad to learn the news that Katherine Johnson passed away this morning at 101 years old. She was an American hero and her pioneering legacy will never be forgotten. www.nasa.gov/content/katherine-johnson-biography" (Tweet) – melalui Twitter.
  24. ^ Gutman, David (16 November 2015). "WV native, NASA mathematician to receive Presidential Medal of Freedom". WV Gazette Mail: Charleston Gazette-Mail. Dicapai pada 12 Februari 2016.

Bacaan lanjut