Syarikat Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd dahulunya dikenali dengan nama Kaki Novel Enterprise merupakan sebuah syarikat penerbit & cetakan buku di Malaysia.[1] Ia telah ditubuhkan pada tahun 2005. Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd telah menghasilkan 209 judul novel yang mana setiap naskhah yang dihasilkan telah dicetak dengan kuantiti sebanyak 5,000 ke 10,000 naskhah setiap judul baru dan tidak termasuk cetakan semula yang kebiasaan dicetak dalam lingkungan 1,000 ke 1,500 naskhah mengikut permintaan semasa serta telah diedarkan ke seluruh Malaysia termasuk kawasan luar bandar, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Syarikat Kaki Novel mula serius menjadikan laman web sebagai salah satu medium perniagaan pada tahun 2008 dengan menerima tempahan dalam talian. Pada tahun yang sama, alamat laman web syarikat penerbitan itu juga mempunyai nama domain sendiri dan tidak menggunakan platform blog. Selian itu, bagi menggalakkan jualan dalam talian internet, Kaki Novel memberi diskaun sebanyak RM4 untuk setiap judul buku dan pengiriman pos percuma.[2]


Rujukan

Pautan luar