Johor Darul Takzim II
LogoJDT2014.PNG
Nama penuhKelab Bola Sepak Johor Darul Takzim II
GelaranThe Southern Tigers
(Harimau Selatan)
Diasaskan1955 (sebagai Johor FA)
2014 (sebagai Johor DT II)
StadiumStadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bahru
(Muatan: 30,000)
PemilikJohor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
PengerusiJohor Tunku Aminah ibni Sultan Ibrahim
Ketua JurulatihSepanyol Rafa Gill
LigaLiga Premier Malaysia
2019Ke-2
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan

Johor Darul Ta'zim II FC atau JDT II, dahulunya dikenali sebagai Johor FA, merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang terdapat di Malaysia. Kelab ini kini berada dalam Liga Perdana, iaitu liga tahap kedua dalam Liga Malaysia. Bermula musim 2014, pasukan ini dikenali sebagai Johor Darul Takzim II FC.

Sejarah

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Johor dalam kancah Liga Malaysia. Pada musim 2010, pasukan ini bermain berjaya mendapat tempat dalam Liga Super Malaysia bersama jurulatih iaitu Nasir Yusof. Namun tugas bekas pemain kebangsaan ini telah digantikan dengan Edres Selamat yang juga bekas pemain Johor.

Johor yang terkenal dengan nama gelaran Jengking telah memenangi dua Piala Malaysia pada 1985 dan 1991 serta berjaya memenangi liga tahap satu Malaysia iaitu Liga Malaysia 1991. Bagi piala FA, Johor berjaya mejulang Piala FA pada 1998.

Pada musim 2006/07, Johor menggabungkan nama pasukan dengan nama penaja dan membentuk nama Johor PBT Pasir Gudang (atau Johor Pasir Gudang). Namun pada tahun 2009, pasukan ini telah menukar semula kepada Johor. Bermula musim 2014, pasukan ini dikenali sebagai Johor Darul Takzim II FC serta kini bermain dalam Liga Premier Malaysia 2016. Johor DT II berjaya layak ke Piala Malaysia 2014 dan 2015, namun tersingkir awal.

Perubahan Nama

  • 1955–2006 : Persatuan Bolasepak Negeri Johor (Johor FA)
  • 2007 : Johor Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (Johor PBT Pasir Gudang)
  • 2008–2013 : Johor Football Association (Johor FA)
  • 2014–kini : Johor Darul Takzim II FC (Johor Darul Takzim II)

Logo Pasukan

Penaja Pasukan

Penaja Utama

Penaja Jersi

Penaja Rasmi

Tempoh Sportswear Penaja Utama
2013 Itali Kappa Johor Corporation
2014–2015 Amerika Syarikat Nike Country Garden
2016 Jerman Adidas

Forest City

2017–kini Amerika Syarikat Nike

Forest City


Stadium

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos
Stadium Larkin
Stadium Larkin.jpg
LokasiJalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pecah tanah1964
PemilikJohor Stadium Corporation
PengendaliJohor Stadium Corporation
Kos pembinaanRM 50 juta (kos ubahsuai)
Kapasiti
  • 15,000 (1964-1991)
  • 30,000 (1991-sekarang)
Penyewa
Johor Darul Takzim FC (2013-2019)
Johor Darul Takzim II FC (2013-kini)

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[1]

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos memiliki keupayaan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk.[2]

Bermula era baru penamaan Johor Darul Takzim FC yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan dinaikkan ke Liga Super, peminat sudah mula menyokong dan membanjiri stadium setiap kali perlawanan yang diadakan. Penyokong ekstrim yang menggelarkan diri mereka sebagai Boys Of Straits (B.O.S.) mula mengorak langkah dan membawa gerakan Ultras disetiap perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Takzim FC. Bermula musim 2020, stadium ini akan menjadi gelanggang rasmi untuk JDT II sahaja.

Pencapaian

Domestik

Pertandingan Juara Naib Juara
Divisyen 1/ Perdana 1 / Liga Super
1991
1985
Piala FA Malaysia
1998
Piala Malaysia
1985, 1991
1986
Piala Cabaran Malaysia
2019
Piala Sumbangsih Malaysia
1986
1992, 1999
Divisyen 2/ Perdana 2 / Liga Premier
1999
2019
Divisyen 3/ Liga FAM
1959, 1966, 1973
Piala Tunku Mahkota Johor*
2012

Antarabangsa

Pertandingan Juara Naib Juara
Piala Sultan Hassanal Bolkiah*
1987

Pemain

Skuad utama

Sehingga 10 Januari 2020
No. Posisi Pemain
2 Malaysia DF Che Rashid Che Halim
4 Malaysia DF Adib Zainudin
8 Malaysia DF Nurfikry Razali
10 Argentina MF Nicolás Fernández
13 Malaysia MF Yogaraj a/l Murugan
18 Malaysia MF Firdaus Abdul Jabar
19 Malaysia MF Khairullah Abdul Halim
21 Malaysia DF Izzafiq Ruzi
22 Lubnan FW Mohammed Ghaddar
23 Malaysia DF Hasbullah Abu Bakar
24 Malaysia DF Hafiy Haikal
25 Malaysia DF Hariz Kamarudin
26 Malaysia DF Mohd Alfi Rasid
27 Malaysia MF Fahmi Faizal
No. Posisi Pemain
Malaysia FW Amirul Husaini Zamri
28 Malaysia MF Shahwan Shaharuddin
29 Malaysia DF Azrul Haziq
30 Malaysia GK Rozaimi Rahamat
51 Malaysia MF Ramadhan Saifullah
Malaysia DF Nashrul Eiman Hamdan
Malaysia DF Ghaffar Abdul Rahman
Malaysia MF Nur Aqmal Mat Nayan
Malaysia FW Awang Muhd Faiz Haziqq Awang Fathi
Sepanyol FW Fernando Rodríguez
Jepun MF Kei Hirose

Pegawai Kejurulatihan Pasukan

Organisasi Pasukan

Posisi Nama
Pengurus Malaysia Mohd Za'nal Misran
Ketua Jurulatih Sepanyol Rafa Gill
Pembantu Jurulatih Malaysia Mohd Hamzani Omar
Malaysia Ramlan Rashid
Malaysia Amirul Hadi Zainal
Malaysia Shakir Shaari
Jurulatih Kecergasan Malaysia Azmi Ibrahim
Jurulatih Penjaga Gol Malaysia Jalil Man
Fisioterapi Malaysia Muhammad Lifizan Haili

Sejarah Pengurus

Ketua jurulatih pada tahun (2014–kini)

Years Name Nationality
28 Februari 2014 Azmi Mohamed  Malaysia
1 March 2014 – 8 April 2014 Rajko Magić  Croatia
5 November 2014 – 10 Mei 2015 Goran Paulić  Croatia
11 May 2015 – 30 November 2015 Nenad Baćina  Croatia
1 Januari 2016 – 17 Januari 2017 Benjamin Mora  Mexico
18 January 2017 – 19 June 2017 Mohd Hamzani Omar  Malaysia
20 Jun 2017 – 9 Ogos 2018 Benjamin Mora  Mexico
9 Ogos 2018 – 23 Oktober 2019 Ervin Boban  Croatia
6 November 2019 – kini Rafa Gill  Spain

Persatuan yang menyelia