Koordinat: 1°29′14″N, 103°46′52″E

Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
نڬري٢ دمليسيا
جوهر دارالتّعظيم
Johor Darul Ta'zim
Bendera Johor Lambang Johor
Bendera Lambang
Cogan kata: Kepada Allah Berserah
كڤدالله برسراه
(Unto God Resigned)
Lagu negeri: Lagu Bangsa Johor لاڬو بڠسا جوهر
Ibu negeri Johor Bahru[1]
Bandar diraja Muar
Parti memerintah Pakatan Harapan (PPBM)
 - Sultan Sultan Ibrahim Ismail
 - Pemangku Raja Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
 - Menteri Besar Osman Sapian
Sejarah  
 - Kesultanan Johor kurun ke-14 
 - Pengaruh British 1914 
 - Zaman Pendudukan Jepun 1942 
 - Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 19,984 km²
Populasi
 - banci 2010 3,348,283 [1]
 - Kepadatan 174/km²
Kod panggilan kebangsaan 072
06 (Muar)
Poskod kebangsaan 79xxx to 86xxx
Huruf pertama plat kenderaan J
Laman sesawang: www.johor.gov.my
  1. Johor Bahru merupakan ibu negeri dan menjadi pusat perniagaan dan kawasan perindustrian terbesar bagi Negeri Johor. Manakala Kota Iskandar di Iskandar Puteri pula menjadi pusat pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Johor.
Daerah-daerah lama negeri Johor Darul Takzim

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Johor di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor.

Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-2 termaju di Malaysia. Johor juga negeri ke-5 mempunyai keluasan terbesar dalam Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.

Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Iskandar Puteri, Batu Pahat, Muar dan Kluang. Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud tempat perlindungan yang bermaruah.

Sejarah

Sebelum kedatangan Barat

Kawasan Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor di mana beliau mengasaskan Kesultanan Johor.

Kesultanan Johor pada akhir abad ke-16 dan ke-17 mengalami perjuangan pewarisan yang berturut-turutan. Ia juga sering mengalami serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Pada 1641, Johor menyokong pihak Belanda menewaskan pihak Portugis di Melaka dan pada 1660, Johor telah menjadi sebuah entrepot yang maju.

Johor mempunyai tiga dinasti kesultanan yang bermula pada tahun 1511 selepas kejatuhan Melaka. Pada fasa pertama, Johor diperintah oleh keturunan kesultanan Melayu Melaka yang dinisbahkan kepada Sultan Mahmud Shah. Ibu kota yang menjadi pusat pemerintahan dinasti ini terletak di daerah Kota Tinggi dan mempunyai tujuh kawasan yang sering berpindah randah. Hal ini disebabkan kota pemerintahan ini sering mendapat ancaman penjajah asing iaitu Portugis. Antara kota tersebut ialah Kota Kara (1528 - 1535 M), Kota Sayong (1535 - 1540 M), Johor Lama (1540 - 1564 M), Kota Seluyut (1564 - 1573 M), Batu Sawar (1587 - 1618 M) dan Makam Tauhid (1641 - 1642 M).

Selepas dinasti bendahara berkuasa, Sultan Abdul Jalil IV menukar pusat pemerintahan ke Kota Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1708, baginda berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor dan pada tahun 1716 M, baginda berpindah semula ke Johor dan bersemayam semula di Kota Panchor. Selepas itu, banyak pusat pemerintahan Johor berpusat di Riau sehingga munculnya dinasti Temenggung pada tahun 1800-an.

Johor Moden

Semasa Sir Stamford Raffles tiba di Singapura pada 1818, pulau itu ditadbir oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Hussein, abang sulung Sultan Abdul Rahman, telah digugurkan sebagai sultan kerana tidak berada di sisi ayahandanya semasa kemangkatan. Raffles mengambil kesempatan dalam keadaan ini untuk menyokong Tengku Hussein menjadi sultan dan sebagai ganti, satu perjanjian dimeterai pada 6 Februari 1819 yang mana Tengku Hussein menyewa Singapura kepada pihak British untuk pembukaan pelabuhan di Singapura.

Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim. Temenggung Ibrahim membuka Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama.

Pada tahun 1866, Temenggung Abu Bakar, anakanda Temenggung Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Johor secara rasmi dan menamakan Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar memperkenalkan perlembagaan dan menubuhkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar digelar sebagai "Bapa Johor Moden".Baginda ditauliahkan gelaran terhormat "Maharaja" johor oleh yang Diraja Britian.

Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar telah menerima seorang Penasihat Am British. Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang menaungi Johor telah dikalahkan oleh tentera Jepun yang kemudian menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union.

Malayan Union kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pada tahun 1963, Johor menjadi salah sebuah daripada 14 negeri yang menyertai Malaysia.

Geografi

Rencana utama: Geografi Johor

Kedudukan daerah-daerah negeri Johor

Johor ialah negeri tunggal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai pantai di sempadan timur dan barat. Kebanyakan tanahnya rendah dengan bukit-bukau yang bercerun landai. Lokasi tertingginya ialah Gunung Ledang yang berada di paras ketinggian 1,276 meter.

Daerah

Negeri Johor terbahagi kepada 10 daerah (merujuk kepada portal rasmi kerajaan negeri Johor) seperti berikut:[2]

No Bendera Daerah
01 Bendera Johor Bahru Johor Bahru Bukit IndahSkudaiMasaiTebrauPlentongPasir GudangGelang PatahTampoiUlu TiramKempasKangkar PulaiUlu ChohIskandar Puteri
02 Bendera Kulaijaya Kulai Bandar KulaiAyer BembanBukit BatuKangkar PulaiKelapa SawitSalengSedenakSeelongSenai
03 Bendera Pontian Pontian Pontian BesarPekan NenasBenutSanglangAyer BaloiPulai SebatangApi-api
04 Bendera Kota Tinggi Kota Tinggi Bandar Kota TinggiKuala SediliSungai RengitPengerangSungai RengitTeluk RamuniaFelda Bukit EasterFelda Lok Heng TimurFelda Lok Heng BaratFelda Lok Heng SelatanFelda Gugusan AdelaMawaiFelda Bukit WahaFelda Air Tawar 5Felda Air Tawar 4Felda Air Tawar 3Felda Air Tawar 2Felda Air Tawar 1Felda LinggiuFelda PasakFelcra Kota TinggiFelcra Sungai AraBandar PenawarTelok SengatFelda Bukit Aping TimurFelda Bukit Aping BaratSediliFelda Papan TimurFelda Sungai MasBandar MasFelda SemenchuFelda Simpang Waha
05 Bendera Kluang Kluang Simpang RenggamMengkibolPalohKahangMachapLayang-LayangRenggam
06 Bendera Segamat Segamat LabisJementahBuloh KasapChaahBekokBatu AnamPekan Air PanasGemas BaharuSungai KarasGemerehBatu Badak
07 Bendera Muar Muar Parit Bakar Parit RajaParit JawaParit UnasBakriPagohBukit PasirPanchorBukit MorBukit TrehSungai AbongSungai BalangBukit KepongLenga
08 Bendera Batu Pahat Batu Pahat RengitYong PengSemerahParit SulongSri GadingParit YaaniParit RajaAyer HitamSenggarangTongkang PechahPeseraiSri MedanParit BesarPura KencanaKampung Istana
09 Bendera Mersing Mersing TriangTengluPenyabongTenggarohJemaluangPulau-PulauPadang EndauSembrongLenggor
10 Bendera Ledang Tangkak Bukit SerampangSungai MatiBandar TangkakKundang UluSeromKesangSagilTanjung AgasBukit GambirSungai MatiBukit KangkarPekan RawangParit BungaKebun BaharuGerisek

Hutan Simpan

Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:

  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
  • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.

Gunung-gunung di Negeri Johor

Johor merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam semulajadinya. Hutan adalah salah satu daripada sumber alamnya. Ia dikenali sebagai Hutan Hujan Tropika. Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia adalah hutan yang tertua di dunia yang mana ia hanya boleh ditemui di kawasan Khatulistiwa. Hutan hujan tropika adalah satu khazanah yang berharga kerana menyokong kepelbagaian organisma hidup yang terbesar di atas bumi. Keindahan flora dan fauna di negeri Johor ini masih terpelihara. Terdapat beberapa gunung ganang di negeri ini yang amat sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi perkelahan, perkhemahan dan aktiviti mendaki.