Jawa
ꦗꦮ
جاوا، جاوه
Nama asli:
Pulau Jawa
Gunung Merapi 2006-05-14, MODIS.jpg
Pemandangan pulau
dari satelit MODIS 2005
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Koordinat 7°30′10″S, 111°15′47″T
KepulauanKepulauan Sunda Besar
Pentadbiran
Indonesia
Demografi
Populasi146 946 638 Juta (2016)

Jawa (bahasa Jawa:ꦗꦮ Jåwå, tulisan Jawi: جاوا, Pegon: جاوه, bahasa Sunda: ᮏᮝ, bahasa Madura: Jhâbâ) ialah nama sebuah pulau di Indonesia, sekaligus nama bagi semua yang berkait dengan pulau Jawa seperti etnik majoriti, bahasa Jawa, dan sastera Jawa.

Pulau Jawa di Indonesia yang mempunyai kawasan seluas 126,700 km persegi mempunyai 146 juta penduduk dan merupakan pulau paling padat penduduknya di Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 1 160 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa ialah sebuah negara, ia menjadi negara kedua paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh).

Pentadbiran

Jawa terbahagi kepada 4 provinsi, 1 daerah istimewa, dan 1 daerah khusus ibu kota: