(Kapten) James Cook
Captainjamescookportrait.jpg
Potrait James Cook oleh Nathaniel Dance, sekitar 1775, National Maritime Museum, Greenwich
Kelahiran(1728-10-27)27 Oktober 1728
Meninggal dunia14 Februari 1779(1779-02-14) (umur 50)
WarganegaraBritish
PendidikanPostgate School, Great Ayton
PekerjaanPenjelajah, ahli pelayaran, ahli kartografi
PangkatKapten
PasanganElizabeth Batts
AnakJames Cook, Nathaniel Cook, Elizabeth Cook, Joseph Cook, George Cook, Hugh Cook
Ibu bapaJames Cook, Grace Pace

Kapten James Cook (27 Oktober 1728 (T.J.) – 14 Februari 1779) adalah penjelajah, ahli pelayaran dan ahli kartografi Inggeris. Dia melakukan tiga pelayaran ke Lautan Pasifik, sambil memetakan banyak kawasan dan merekod beberapa pulau dan pantai dalam peta Eropah untuk kali pertama. Dia terkenal sebagai orang Inggeris yang menemui pantai timur Australia, Pulau Hawaii dan orang pertama memetakan Newfoundland dan New Zealand.

Semasa hidupnya, Cook belayar sebanyak dua kali mengelilingi dunia. Dia merentasi Bulatan Antartika dan menemui pulau-pulau baru dan landskap di Amerika Utara dan Pasifik Selatan. Semasa perjalanannya, dia menghabiskan banyak masa melakukan eksperimen sains dan memeta kawasan baru. Dia juga menulis buku tentang apa yang ditemuinya. Cook meninggal dunia di Hawaii dalam satu pertempuran dengan penduduk asal Hawaii atas percubaan menculik raja mereka semasa pelayaran penjelajahan ketiganya di Pasifik pada 1779.

Awal hidup

James Cook ducatat lahir pada lahir pada 27 Oktober 1728[nota 1] di kampung Marton, Yorkshire - dia dibaptiskan dan didaftarkan di gereja St Cuthbert seminggu kemudian[nota 2].[1][2] Beliau anak kedua lapan adik-beradik kepada seorang peladang Ednam, Scotland turut bernama James Cook (1693–1779) dan Grace Pace (1702–1765) kelahiran Thornaby-on-Tees.[1][3][4] Keluarganya berpindah ke 1736 mengikuti majikan ayahnya, Thomas Skottowe, yang memberi biaya kepada Cook bersekolah - di sinilah beliau mempelajari matematik, astronomi dan pemetaan yang menjadi asas kerjayanya nanti.[5] Beliau menamatkan persekolahannya lima tahun kemudian bekerja untuk ayahnya.

Cook semasa berusia 16 tahun berpindah jauh 20 batu (32 km) ke perkampungan Staithes, Yorkshire Utara sebagai pembantu runcit kedai barang jahitan (haberdasher) William Sanderson.[1] Cook dikatakan tertarik kepada laut sambil menjenguk pemandangan laut kedai mereka.[4] 18 bulan kemudian, Cook berpindah kerja ke Whitby atas cadangan Sanderson yang memperkenalkan beliau kepada syarikat dagang arang batu John dan Henry Walker.[6] Beliau diberi peluang menakhodakan kapal-kapal dagang antara Tyne dan London sambil mempraktikkan ajaran algebra, geometri, trigonometri dan pengemudian.[4]

Kerjaya ketenteraan