Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Rencana ini adalah mengenai seseorang yang baru meninggal dunia. Beberapa maklumat seperti keadaan kematian orang itu dan peristiwa sekelilingnya mungkin berubah apabila lebih banyak fakta diketahui. Laporan berita awal mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini mungkin tidak menggambarkan maklumat yang terkini. |
Yang Hormat Dato' Jamali Shadat DIMP (Phg) | |
---|---|
Kelahiran | Jamali bin Shadat 18 September 1941 |
Meninggal dunia | 3 Februari 2021 | (umur 79)
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Klang, Selangor |
Nama lain | Atan |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1970–2020 |
Pasangan | Datin Lela Yacob (meninggal dunia 2018) |
Anak | 8 |
Dato' Jamali Shadat atau nama penuhnya Jamali bin Shadat, (18 September 1941 - 3 Februari 2021) merupakan pelawak yang terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini.
Pak Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan beliau seorang Melayu berketurunan Jawa.[1]
Pelakon, Pelawak, Pengacara Kemahiran : Berlakon, Komedi, Mengacara
Beliau sering beraksi dengan keletah 'Atan', budak lelaki yang sering membuli datuknya, masih mencuit hati penonton walaupun selepas lebih 46 tahun pelawak terkenal Datuk Jamali Shadat menggayakan serta melontarkan suara kanak-kanak itu.
Sepanjang 46 tahun penglibatannya dalam komedi lawak, Jamali banyak membudayakan lawak keharmonian hubungan antara kaum malah menyatukan mereka dalam jenakanya.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1983 | Aku Yang Berhormat | Filem pertama | |
1986 | Hantu Siang | Tuan Kadi | |
2003 | Mr. Cinderella 2 | Pak Samad | |
2009 | Senario The Movie Episode 2: Beach Boys | En. Mansor | |
2010 | Semerah Cinta Stilleto | Pak Wan | |
2012 | Sun Sun Thatha | Mr. Sun Sun | Filem Tamil, filem terakhir |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Raja Lawak Astro | Mentor Musim Pertama | Astro | |
2012 | Sugeh | Pak Hamid | Telefilem | |
2016 | Upin & Ipin | Atan (suara) | TV9 | Tampil dalam 3 episod |
Penampilan televisyennya yang lain termasuklah Atan Oh Atan Oi (2000) dan Jamali Shadat Show (2001).
Anugerah | Tahun | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
Anugerah Lawak Warna 2014 | 2014 | Anugerah Khas Juri - Artis Veteran | Menang |