Ustaz Dato' Haji

Ismail Kamus

DSSA (Selangor)
Ustismailkamus.png
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Gombak Setia
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehRakibah Abdul Manap
Barisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg
Digantikan olehYuszahari Mohd Yusoff Barisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg
Butiran peribadi
Lahir2 Disember 1948
Kampung Batang Rening, Hulu Selangor, Selangor
Meninggal dunia8 Mei 2020(2020-05-08) (umur 71)
Ampang, Selangor
Sebab kematianSakit tua
IbuSiah Leman
BapaKamus Ahmad
Saudara
  • Majid Kamus
  • Karim Kamus
  • Musa Kamus
  • Ismail Kamus
  • Zainab Kamus
  • Syamsiah Kamus
  • Jais Kamus
  • Luai Kamus
  • Alwi Kamus
  • Muhammad Kamus
PekerjaanPendakwah bebas
Laman sesawangDarussalam

Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Ustaz Ismail Kamus [Nota 1]
  1. ^ Fan page rasmi. Sumber untuk laman web: [1].

Ustaz Dato' Ismail Kamus (2 Disember 1948 – 8 Mei 2020)[2] ialah seorang pendakwah bebas Malaysia. Beliau seorang tokoh Ulamak terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei dan bahkan berdakwah di Eropah khususnya di UK dan juga di Amerika Syarikat. Beliau juga berdakwah di Timur Tengah. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) Gombak Setia, Selangor bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1999 hingga 2004. Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Pendidikan

Dato’ Ismail Kamus mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali selama enam tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Disana beliau sempat berguru dengan seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Selepas menamatkan pengajian di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

Kerjaya

Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.

Perubatan Islam

Selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan menubuhkan syarikat perkhidmatan umrah dan haji, Datuk Ismail Kamus menumpukan sepenuh masa kepada rawatan Islam. Ustaz Ismail Kamus mempelajari perubatan Islam daripada Prof. Datuk Dr. Haron Din sekitar tahun 1979 dan mula mengubat pada tahun 1986.

Dato’ Ismail Kamus adalah pengasas dan pakar pengamal perubatan Islam di Darussalam. Beliau juga sebagai penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2003.

Media

Ustaz Ismail Kamus juga sering kali keluar di stesen TV di rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Selain itu beliau juga tampil di rancangan-rancangan TV terpilih seperti di TV3 dan Astro Oasis. Perkembangan beliau juga boleh diikuti di laman sosial Facebook dan Blog kelolaan peminat beliau. Ceramah beliau juga terdapat di dalam bentuk CD, VCD, MP3 dan menerusi laman Youtube.

Buku

Ustaz Ismail Kamus juga menulis beberapa buku ilmiah seperti berikut: