Idris Md Diah
Kelahiran
Mohd Idris bin Mohd Diah

1959
Meninggal dunia14 September 2020 (umur 60–61)
Putrajaya, Malaysia
Nama lainIdris Mat Diah
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1980–2020
PasanganChe Hawa Abu Bakar
Anak2

Mohd Idris bin Mohd Diah (1959 – 14 September 2020), sering dikreditkan sebagai Idris Mat Diah atau Idris Md Diah ialah pelakon lelaki Malaysia.[1] Sepanjang kerjaya lakonan, beliau dikenali menerusi watak sebagai bapa dan datuk dalam kebanyakan drama lakonannya.[2]

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Selepas menamatkan kerjayanya di FINAS, beliau memulakan kerjaya lakonan sepenuh masa dan sejak itu beliau terus aktif berlakon kebanyakannya di televisyen.[2]

Kematian

Idris meninggal dunia pada 14 September 2020 pada usia 61 tahun di kediamannya di Presint 9, Putrajaya.[2] Beliau meninggalkan balu, Che Hawa Abu Bakar dan dua anak. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong.[3]

Filemografi

Filem

    • Anak Emak Merdeka (2001)
    • Indera Joned (2012)
    • Cinta Qaseh (2013)
    • Dalam Setiap Sujud (2013)
    • Love You Mr. Arrogant (2013)
    • Kifarah 2: Durian Oh Durian (2014)
    • Kifarah 2: Zuriat (2014)
    • HidayahMu Ramadan (2015)
    • Wadi (2015)
    • Cinta Si Wedding Planner (2015)
    • 7 Hari Mencintaiku (2016)[4]
    • Cucu Tauke Beras (2017)
    • Menantu Bilal (2017)
    • Andainya Takdir (2017)
    • Zahir Tak Terucap (2018)
    • Andainya Takdir 2 (2018)
    • 7 Hari Mencintaiku 2 (2020)
      1. ^ "100 artis sertai pertandingan memancing di UPM 11 Nov". Utusan Melayu. 20 Oktober 2001.
      2. ^ a b c "Dramatis veteran Idris Mat Diah meninggal dunia". Kosmo!. 14 September 2020. Dicapai pada 14 September 2020.
      3. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (14 September 2020). Pelakon watak Pak andak dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 15 September 2020.
      4. ^ "Syukri Yahya Bukan Kaki Pukul Bini". Media Hiburan. 8 Jun 2018.

      Pautan luar