Hikayat Siak ialah hikayat yang mengisahkan sejarah kerajaan Siak. Hikayat ini ditulis berdasarkan permintaan salah satu ahli keluarga kerajaan Siak.[1]

Hikayat Siak terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan kutipan daripada Sulalatus Salatin, yang mengisahkan asal usul raja-raja Melayu. Bahagian ini menjelaskan kaitan Siak dengan Melaka. Bahagian kedua mengisahkan kebangkitan Siak dengan melemahnya Johor, yang sebelumnya membawahi Siak[2]

Manuskrip Hikayat Siak dapat ditemui di Perpustakaan Kebangsaan Republik Indonesia, Jakarta. Hikayat ini juga telah diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1992.

Catatan

  1. ^ Barnard, Timothy.
  2. ^ Barnard, Timothy (2004). "Siak and the Transformation of Malay Identity". Dalam Barnard, Timothy (penyunting). Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries. NUS Press.

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.