Hikayat Raja-raja Pasai

Hikayat Raja-Raja Pasai atau juga Hikayat Raja Pasai menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara kini yang bernama Pasai. Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi). Tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan bahagian awal petikan Hikayat Raja Pasai yang berikut ini:

Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga.

Artifak seperti makam Sultan Malik al Salih menunjukkan Pasai terletak di Kampung Geudong, Lhokseumawe, utara Aceh, pulau Sumatera, Indonesia.

Teks ini ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huruf jawi pada lembaran - lembaran berbentuk buku. Penyelidik menyatakan teks asal ditulis sekitar 1360 m kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum / Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak.

Genre

Hikayat Raja-Raja Pasai tergolong dalam genre sastera sejarah juga disebut sekarang sebagai karya agong. Karya sastera sejarah biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi pentadbiran , keadaan sosial budaya dan corak politiknya. Cerita ini termasuklah kewujudan sesebuah negeri, perkembangannya, zaman keemasan , zaman kekalahan dan keruntuhan.

Jadi Hikayat Raja-Raja Pasai bukanlah sebuah buku teks sejarah yang murni. Sebaliknya telah dibumbui dengan unsur-unsur sejarah. Unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan sejarah yang memerlukan interpretasi yang mendalam untuk mengetahui objektif dan tujuan pengarang istana ini.

Pembukaan dan PengIslaman Pasai

  • Pasai merupakan negeri pertama menerima agama Islam. Raja Ahmad dan Raja Muhammad hendak membuka negeri
    • Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai telah kematian Sultan Malikul Mahmud. Seorang jogi dari
      • Tuan Puteri Gemerencang anak Ratu Majapahit telah menyuruh Tun perpatih melukis potret anak-anak raja , termasuk Tun Abdul Jalil. Melihat potret itu, tuan puteri rasa berahi amat dan mahu menemuinya. Ayahnya menghantar Tuan Puteri Gemerencang ke Pasai untuk menemui Tun Abdul Jalil. Tetapi Sultan Ahmad cemburu mendengar hal itu lalu membunuh Tun Abdul Jalil. Tuan Puteri Gemerencang mendapat malumat Sultan Ahmad telah membunuh Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Dia meomohon pada allah agar karamkan ghurabnya di Jambu air supaya dia dapat bertemu dengan Tun Abdul Jalil. Doanya dimakmulkan Allah.
      • Ratu Majapahit marah tidak terkira apabila mendapat tahu puterinya Puteri Gemerencang mati lemas di Jambu Air, negara Pasai. Ratu Majapahit mengerah pendekar-pendekar menyerang Pasai dan Pasai pun kalah. Sultan ahmad Perumudal Perumal lari ke Menduga, 15 hari perjalanan di hujung Pasai. Dalam perjalanan balik ke Majapahit, askar Majapahit menawan Jambi dan Palembang serta membawa balik ramai tawanan perang dan para ulama.
      • Ratu Majapahit mengerah Perdana Menteri , Patih Gajah Mada menakluk semua negara jiran , tunduk dan membayar ufti ke Majapahit. Kerajaan Periaman enggan berbuat demikian Ratu Majapahit mahu berlaga kerbau dengan kerbau Periaman dengan pertaruhan ' Jika kerbau Majapahit kalah orang Jawa akan memakai kain cara perempuan. Sebaliknya jika kerbau Periaman kalah , kerajaan Periaman takluk di bawah Majapahit'.
      • Patih Suatang dan Patih Ketemenggungan menggunakan taktik kotor bagi menewaskan Majapahit dalam laga kerbau itu. Mereka mempertaruhkan anak kerbau kecil yang lapar susu berhari-hari lamanya. Semasa hari laga kerbau, kerbau Periaman menghisap pelir kerbau Majapahit kerana ia lapar susu. Majapahit diisytiharkan kalah dan dijamu dengan air buluh rencong. Semasa pesta jamuan perpisahan itu, ramai askar Majapahit telah ditikam dengan buluh rencong .
      • Kerajaan Periaman ditukar nama menjadi Minangkabau yang bermaksud 'menang laga kerbau'.


      Komentar / Catatan tambahan

      • Zaman gemilang kerajaan Pasai semasa Tun Beraim Bapa menjadi pahlawan. Keruntuhan Pasai kerana faktor peribadi Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang bernafsu serakah hingga sanggup menodai anaknya sendiri.
      • Kematian Tun Abdul Jalil membuat tunangnya Puteri Gemerencang membunuh diri di Jambu Air, Pasai. Ratu Majapahit menyerang dan menewaskan Pasai kerana menuntut bela. Jika Tun Beraim Bapa masih ada, tentu Pasai dapat dipertahankan. Kehebatan Tun Beraim Bapa disebut dalam ungkapan:
      Wah anakku Beraim Bapa, jikalau ada ia, jika Jawa se Jawanya, jika Cina se Cinanya, jika Keling se Kelingnya , tiada mau melawan si Beraim Bapa.
      • Dalam Seminar Sejarah masuknya Islam ke Indonesia, pada 17-20 Mac 1963 A Hashmy mencatatkan ketetapan telah dibuat bahawa Islam masuk ke Indonesia oleh pedagang/ pendakwah dari Arab sekitar 7-8 masehi . Negara pertama memeluk Islam ialah Pasai / Pase / Aceh Utara kerana persamaan mazhab shafie.
      • Hikayat Raja-Raja Pasai terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai dibawah pemerintahan Sultan ahmad Perumudal perumal dan Peluasan Kekuasaan Majapahit.
      • Negeri Pasai / Samudera dan Perlak yang terletak di Sumatera Utara ( Acheh) digelar Serambi Mekah kerana orang yang hendak mengerjakan haji terlebih dahulu singgah di Acheh dan belajar di madrasah dan masjid di Acheh.
      • Sultan Malikul Salih memerintah Samudera-Pasai mulai 1267 . Nama lainya ialah Malik al Salih , Merah Silu , Merah Silau , Mara Silu, Muerah Silu .
      • Kerajaan Samudera Pasai dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan Samudera Darussalam atau Sumatera. Lokasi kerajaan ini ialah di sekitar Kampung Geudong, Lhokseumawe, Aceh.
      • Ahli Pelayaran Maghribi bernama Ibnu Batutah sempat mengunjungi Pasai pada 1346 masehi. Ketika di China, Ibnu Batuta mendapati kapal Pasai berlabuh di China untuk membayar ufti.
      • Inskripsi Cina mencatatkan kerajaan Pasai menghantar ufti ke China setiap tahun.
      • Sultan Pasai pernah mengirim utusan ke Quilon , benua kecil India ( Keling) pada 1282 kerana urusan diplomasi dan perdagangan.

      R.O. Winstedt menjangka Hikayat Raja Pasai selesai ditulis pada abad ke-15, Amin Sweeney berpendapat abad ke-14, dan A.H. Hill mengatakan di antara tahun 1383 M hingga 1390 M manakala Hooykaas mendakwa bahawa Hikayat ini seawal-awalnya dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir Hikayat Raja Pasai yang diusahakan oleh R. Jones (1987) tercatat:

      Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.
      Tamat hari Isnin, kepada hari
      dua puluh sa, kepada bulan
      Muharam, sanat za
      Hijratul Nabi
      1230
      Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapu (pu) nagari Demak nagari Bagor, warsa 1742.

      Tarikh yang tercatat pada bahagian akhir Hikayat Raja Pasai ini bukanlah bermakna penulisan pertama cerita tersebut, melainkan merupakan salinan daripada beberapa salinan cerita yang terdahulu. Penyalinan ini juga memperlihatkan bahawa ketika itu kesusasteraan Melayu tersebar luas di seluruh Nusantara.


      Rujukan


      Senarai Kesusasteraan Melayu
      A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z