Hikayat Raja Jumjumah atau juga dikenali sebagai Hikayat Tengkorak Kering merupakan sebuah hikayat lama Melayu yang berkaitan dengan kisah pada zaman agama Islam se­dang mulai berkembang.

Ia terdapat dalam bentuk mikrofilem dengan rujukan Hikayat Tengkorak kering [Microfilm: NL 2553]. (1894). Penang: Mercantile Press.

Hikayat Raja Jumjumah menceritakan bagai­mana Nabi Allah Isa memohon kehadrat Tuhan minta supaya sebuah tengkorak kering yang dijumpainya di­sebuah padang negeri Sham itu berkata-kata kapadanya; seterusnya hikayat ini meriwayatkan bagaimana tengkorak itu menceritakan kapada Nabi Allah Isa bahawa ia se­orang raja dinegeri Masir dan Sham yang penuh dengan segala kemewahan dan bersifat adil, tetapi ia tiada menunai­kan fardhu sembahyang lima waktu.

Kemudian di­ceritakannya pula pengalamannya yang dahsyat-dahsyat dideritanya sesudah ia mati, serta berbagai pandangannya bagaimana azabnya orang-orang yang berbuat maksiat kena seksa di akhirat; tetapi bagi dirinya yang ada juga mempunyal ilmu agama dan berbuat kebajikan bersedekah kepada fakir miskin maka akhirnya terlepas juga ia dari­pada neraka walaupun sesudah menderitai, berbagai azab sengsara.

Akhirnya ia memohonkan kiranya Nabi Isa mendoakan kehadrat Tuhan supaya ia dihidupkan sa­mula untuk berbuat amal yang soleh. Apabila permo­honannya itu telah makbul maka ia tiada berkehendak lagi menjadi raja tetapi sentiasa beribadat kepada Allah.


Pautan luar