Briullov melawat Pompeii pada tahun 1828 dan membuat lakaran yang menggambarkan letusan Gunung Vesuvius pada 79 SM. Lukisan ini menerima pujian semasa pamerannya di Rom dan menjadikan ia sebagai kerja Briullov yang menerima banyak pujian berbanding kerja-kerjanya yang lain sepanjang hayatnya. Menjadi hasil seni Rusia pertama yang mendapat minat luar, lukisan ini menjadi inspirasi untuk sajak Alexander Pushkin dan novel Edward Bulwer-Lytton.

Hari Terakhir Pompeii (Inggeris: The Last Day of Pompeii) merupakan sebuah lukisan sejarah yang besar oleh Karl Bryullov pada tahun 1830–1833 mengenai subjek letusan Gunung Vesuvius pada 79 SM. Lukisan ini menerima pujian antarabangsa dan menjadikan Bryullov sebagai pelukis Rusia pertama mendapat reputasi antarabangsa.

Subjek dan komposisi

Subjek lukisan adalah letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 SM yang menyelubungi kota Pompei dengan abu gunung berapi yang membunuh sebahagian besar penduduknya. Sebagai pemandangan dari dunia purba, ia merupakan subjek bersesuaian untuk lukisan sejarah, kemudian dianggap sebagai genre lukisan yang paling tinggi, dan magnitud acara itu menjadikannya sesuai untuk kanvas besar yang akan membolehkan Bryullov mempamerkan semua kemahirannya.[1]

Bryullov berkata bahawa beliau hanya boleh menyelesaikan kerja dengan contoh kerja Raphael yang besar dan kompleks, Sekolah Athens (1509–1511) sebagai modelnya,[2] dan beliau menggunakan bentuk-bentuk klasikal yang dikenali seperti yang digunakan oleh pakar-pakar Renaissance, tetapi menggabungkannya dengan ciri-ciri yang terdapat dalam lukisan Romantik seperti pewarnaan dramatik, penggunaan chiaroscuro dan kandungan emosi tinggi. Kerja-kerja lain yang mempengaruhi Bryullov adalah Kebakaran di Borgo (1514-17) dan lukisan Nicolas Poussin, Tenggelam di Asdod (1630).[1][3]

Pemilikan

Pada tahun 1834, Anatole Demidov telah mempersembahan lukisan ini yang mana dia telah membayar 25,000 rubel, kepada Tsar Nicholas dalam usaha untuk memenanginya. Ia merupakan pameran pertama di Winter Palace namun pada tahun 1836, Nicholas telah mendermakannya kepada Akademi Kesenian Imperial dimana ia kekal di sana sehingga ia dipasang di New Hermitage pada tahun 1851.[1] Kini, ia merupakan sebahagian koleksi Muzium Rusia di Saint Petersburg.

Rujukan

  1. ^ a b c Blakesley, Rosalind P. (2016) The Russian Canvas: Painting in Imperial Russia, 1757–1881. New Haven: Yale University Press. pp. 143–149. ISBN 9780300184372
  2. ^ Leontyeva, p. 20.
  3. ^ Gardner Coates, Victoria C., Kenneth Lapatin & Jon L. Seydl. (2012) The Last Days of Pompeii: Decadence, Apocalypse, Resurrection. Los Angeles: The J. Paul Getty Museum. pp. 140-143. ISBN 978-1606061152

Pautan luar

Kategori berkenaan The Last Day of Pompeii (Karl Briullov) di Wikimedia Commons