Hari Pencipta ialah sehari dalam setahun yang ditetapkan oleh sesebuah negara bagi mengiktiraf jasa para pencipta.

Argentina

Hari Pencipta (bahasa Sepanyol: Día del Inventor) di Argentina disambut sejak tahun 1986 dan diadakan pada 29 September setiap tahun, iaitu hari jadi pencipta pena mata bulat, László József Bíró[1].

Eropah

Hedy Lamarr, pelakon dan pencipta.

Hari Pencipta (bahasa Jerman: Tag der Erfinder) di negara-negara berbahasa Jerman (Jerman, Austria dan Switzerland) disambut pada 9 November, iaitu tarikh kelahiran pencipta dan pelakon Hollywood kelahiran Austria, iaitu Hedy Lamarr yang terkenal kerana spektrum rebak terloncat frekuensi pada tahun 1942.

Hari Pencipta diisytiharkan oleh pencipta dan usahawan dari Berlin, Gerhard Muthenthaler. Menurut laman sesawang pertubuhan, Hari Pencipta bertujuan mengejar matlamat berikut:

  • Menggalakkan orang ramai memperoleh idea sendiri dan melakukan perubahan demi kesejahteraan
  • Mengingatkan pencipta yang dilupakan di kalangan orang ramai

Moldova

Sejak tahun 1995, Republik Moldova menyambut Hari Pencipta dan Perasional pada hujung bulan Jun setiap tahun[2].

Thailand

Thailand mengiktiraf 2 Februari sebagai Hari Pencipta tahunan. Kabinet Thailand menetapkan tarikh ini untuk memperingati ulang tahun peruntukan paten untuk ciptaan pengudara permukaan berkelajuan rendah (slow speed surface aerator) oleh Raja Bhumibol Adulyadej pada 2 Februari 1993[3].

Amerika Syarikat

Ronald Reagan selaku Presiden Amerika Syarikat mengisytiharkan 11 Februari 1983 sebagai Hari Pencipta Kebangsaan, Pengisytiharan 5013, untuk ..menyeru rakyat Amerika Syarikat agar menyambut hari ini dengan upacara dan kegiatan yang bersesuaian. Sebagai pengiktirafan terhadap jasa para pencipta kepada negara dan dunia, Kongres, menurut Resolusi Bersama Senat 140 (Undang-undang Awam 97 - 198), telah menetapkan 11 Februari, iaitu ulang tahun kelahiran Thomas Alva Edison yang pernah memiliki lebih 1,000 paten, sebagai Hari Pencipta Kebangsaan.

Lihat juga