Hari Alaska
هاري الاسكا
Nama rasmiHari Alaska, Alaska Day
Juga dipanggilHari Alaska
Diamalkan padaOrang Alaska
JenisNegeri
KepentinganMemperingati penyerahan negeri Alaska
Tarikh18 Oktober

Hari Alaska merupakan hari cuti negeri yang disambut di Alaska, Amerika Syarikat pada 18 Oktober. Hari Alaska merupakan hari bagi memperingati peristiwa penyerahan secara rasmi Alaska oleh Rusia kepada Amerika Syarikat pada tahun 1867 di Fort Sitka.

Latar Belakang

Pada Mac 30, 1867, Amerika Syarikat membeli Alaska daripada Empayar Rusia dengan jumlah wang sebanyak $7.2 million. Namun begitu, penyerahan kuasa secara rasmi hanya berlaku pada Oktober tahun tersebut apabila ahli-ahli jawatankuasa tiba di Sitka. Upacara menaikkan bendera telah diadakan di Kubu Sitka pada 18 Oktober 1867. Seramai 250 askar Amerika Syarikat telah terlibat dalam upacara ini.


Oleh kerana Rusia masih menggunakan kalendar Julian, di samping dengan perbezaan zon masa antara Sitka dan St. Petersburg, tarikh tersebut juga dikenali sebagai hari Sabtu, 7 Oktober.

Sambutan

Kerajaan tempatan Alaska mengumumkan Hari Alaska sebagai cuti rasmi pada tahun 1917. Sambutan rasmi telah diadakan di Sitka, di mana sekolah akan bertamat lebih awal dan kebanyakan perniagaan akan bertutup pada hari tersebut. Sebuah perarakan dan pembuatan semula upacara menaikkan bendera telah diadakan bersempena dengan Hari Alaska.

Lihat juga