Rencana ini perlu dikemaskini. |
| ||||
Motto: Tidak ada | ||||
![]() | ||||
Bahasa rasmi | Kalaallisut, Denmark | |||
Ibu negara | Nuuk (Godthåb) | |||
Ratu | Margrethe II | |||
Perdana Menteri | Kim Kielsen | |||
Wilayah - Total - % ice | Urutan ke-14 2,166,086 km² 81.1% | |||
Penduduk - Jumlah (2003) - Kepadatan | Urutan ke-210 56,385 0.2/km² | |||
Kemerdekaan | Tiada (Jajahan Denmark. Pemerintahan sendiri sejak 1979.) | |||
Mata wang | Krone Denmark | |||
Zon waktu | UTC 0 sampai -4 | |||
Lagu kebangsaan | Nunarput utoqqarsuanngoravit Nuna asiilasooq | |||
TLD | .gl | |||
Kod negara | 299 |
Greenland dalam bahasa Inggeris atau Tanah Hijau (Nama rasmi: Kalaallit Nunaat, Bahasa Denmark: Grønland) adalah sebuah pulau di sebelah utara Lautan Atlantik dan timur laut Kanada. Luas wilayah adalah 2,175,000 km2 dan merupakan pulau terbesar di dunia. Pulau ini merupakan sebahagian daripada wilayah Denmark. Pada tahun 1979, Greenland diberi kuasa pemerintahan sendiri dan semenjak tahun 1985 tidak lagi termasuk dalam Kesatuan Eropah, akan tetapi Ratu Denmark masih kekal menjadi Ketua Negara. Pada tahun 2008, Greenland telah mengadakan pungutan suara untuk menentukan kemerdekaannya dari Denmark. Ibukota Greenland adalah Nuuk atau Godthab dalam bahasa Denmark.
Dari segi geografi, Greenland merupakan sebahagian dari Amerika Utara. 80% dari seluruh wilayah ini dilitupi dengan ais yang di beberapa tempat setebal 3 kilometer. Hanya daerah pesisir selatan dan barat yang boleh didiami oleh manusia.
Penduduk asli Greenland adalah orang Inuit atau Eskimo. Terdapat juga orang Denmark dan campuran antara orang Inuit dan Denmark yang disebut “Orang Greenland”. Thule pula menempatkan sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat. Penduduk Greenland berjumlah 58,000 orang dengan pecahan orang Greenland sebanyak 80% dan orang Denmark pula 14,5%. Bahasa rasmi Greenland adalah Bahasa Denmark dan Bahasa Inuit.
Agama terpenting adalah Kristian Protestan Luther seperti di Denmark.
Ekonomi Greenland bergantung kepada hasil laut, perlombongan dan perlancongan. Antara keluaran sektor perlombongan termasuk uranium, aluminium, nikel, platinum, tungsten, titanium, tembaga dan delima.