Gerhana bulan penuh

Suatu gerhana bulan pernuh berlaku pada 27 Julai 2018. Bulan melalui pusat bayangan Bumi pada gerhana bulan pusat pertama sejak 15 Jun 2011.

Disebabkan gerhana berlaku ketika Bulan berada dalam keadaan hampir paling jauh dari Bumi dalam orbitnya, ia kelihatan lebih kecil daripada biasa,[1] menjadikannya gerhana paling lama yang akan terjadi pada abad ke-21.[2] Kepenuhan berlangsung selama kira-kira satu jam 43 minit,[3][4][5][6] suatu tempoh yang "hanya pendek sedikit daripada had teori gerhana bulan (sejam 47 minit)".[7] Sebahagian Bulan kekal berada dalam bayang-bayang Bumi selama kira-kira empat jam.[7]

Ini merupakan gerhana bulan penuh kedua pada 2018, selepas gerhana 31 Januari. Gerhana bulan Julai ini berbetulan dengan Marikh dalam keadaan terdekat dengan Bumi, suatu keserentakan yang hanya berlaku 25,000 tahun sekali.[5]

Nota

  1. ^ Mosher, Dave; Gal, Shayanne (26 Julai 2018). "The longest total lunar eclipse in a century is about to happen — here's how Earth will color the moon blood-red". Business Insider. Dicapai 1 August 2018. 
  2. ^ McClure, Bruce (27 July 2018). "Century's Longest Lunar Eclipse July 27". EarthSky. Dicapai 1 Ogos 2018. 
  3. ^ Space (29 December 2017). "In 2018 the longest lunar eclipse will take place in 100 years". Earth Chronicles. Dicapai 1 Ogos 2018. 
  4. ^ Resnick, Brian (27 Julai 2018). "Watch: The longest 'blood moon' lunar eclipse of the century". Vox. Dicapai 1 August 2018. 
  5. ^ a b Nunamaker, Susan Sun (27 Julai 2018). "Century's Longest Lunar Eclipse, Blood Moon 2018, Today, Will Last 103 Minutes". Windermere Sun. Dicapai 1 Ogos 2018. 
  6. ^ "Два редких астрономических явления можно будет наблюдать 27 июля". TASS (dalam bahasa Russian). 26 Julai 2018. Dicapai 1 Ogos 2018. 
  7. ^ a b Lyons, Kate (25 Julai 2018). "Blood moon: All you need to know about this week's lunar eclipse". The Guardian. Dicapai 1 Ogos 2018. 

Pautan luar