Fisiografi dilencongkan ke sini. Fisiografi juga merupakan istilah lapuk untuk "geomorfologi"
Imej warna benar permukaan dan atmosfera Bumi. Imej Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA.

Geografi fizikal (juga dikenali sebagai geosistem atau fisiografi) ialah salah satu daripada dua subbidang utama geografi.[1] Geografi fizikal ialah cabang sains semula jadi yang berkenaan dengan proses dan corak dalam persekitaran semula jadi seperti atmosfera, hidrosfera, biosfera, dan geosfera, bertentangan dengan persekitaran budaya atau persekitaran terbina, domain geografi manusia.

Dalam geografi fizikal, Bumi kerap dipisahkan sama ada kepada sfera atau persekitaran, dengan sfera utama merupakan atmosfera, biosfera, kriosfera, geosfera, hidrosfera, litosfera dan pedosfera. Penyelidikan dalam geografi fizial kerap bersifat antara disiplin dan menggunakan pendekatan sistem.

Lihat juga

Templat:Buku Wikipedia