Gempa bumi Cotabato 2019
Koordinat6°45′N 125°00′E / 6.75°N 125.00°E / 6.75; 125.00Koordinat: 6°45′N 125°00′E / 6.75°N 125.00°E / 6.75; 125.00
22 km tenggara Tulunan, Cotabato
JenisSesar
Kawasan terjejasSoccsksargen, Kawasan Davao Region, Bangsamoro, Caraga
Keamatan maksimumVIII (Parah) – MMS
VII (Musnah) – PEIS[1]
TsunamiTidak
Tanah runtuhYa[2]
Korban
  • 26 Oktober: 7 meninggal, 215 cedera
  • 29 dan 31 Oktober: 21 meninggal, 2 hilang, 424 cedera

Gempa bumi Cotabato 2019 ialah gempa bumi yang melanda wilayah Cotabato di pulau Mindanao, Filipina pada Oktober 2019.[3] Pada ketika itu, ttiga gempa berkekuatan lebih dari 6,0 dalam skala magnitud dengan intensiti VIII berlaki. Gempa pertama berlaku pada 16 Oktober, berkekuatan 6.3 Mw dengan pusat gempa dekat Tulunan.[4] Akibat gempa itu, 7 orang maut dan 215 lainnya cedera.[5] Yang kedua terjadi pada 29 Oktober dengan skala 6,6 dan pusat gempa dekat Bual, timur laut pusat gempa 16 Oktober. Gempa terakhir pada 31 Oktober berkekuatan 6,5 dan pusat gempa kembali dekat Tulunan. Gempa ketiga tidak dianggap sebagai gempa susulan dari gempa pada 29 Oktober.[6] Akibat dari dua gempa terakhir, 21 orang meninggal dan 424 lain cedera.[7]

Gempa-gempa dengan M≥5.0

Gempa berkekuatan Mw  5,0 atau lebih yang berkaitan dengan gempa bumi Cotabato 2019
Tarikh Masa (UTC) Magnitud Mw Kepadatan Kedalaman Lokasi Ruj.
16 Oktober 11:37:06 6.3 &0000000000000007.000000 VIII 14.1 km (8.8 bt) 7 km (4.3 bt) TTL Columbio [8]
16 Oktober 12:09:30 5.3 &0000000000000007.000000 VII 9.9 km (6.2 bt) 8 km (5.0 bt) TTL Columbio [9]
18 Oktober 22:52:18 5.0 &0000000000000003.000000 III 28.1 km (17.5 bt) 7 km (4.3 bt) B Magsaysay [10]
19 Oktober 11:44:28 5.2 &0000000000000003.000000 III 10.0 km (6.2 bt) 4 km (2.5 bt) S Magsaysay [11]
20 Oktober 08:55:32 5.2 &0000000000000005.000000 V 10.0 km (6.2 bt) 7 km (4.3 bt) U Lambayong [12]
21 Oktober 11:59:43 5.1 &0000000000000005.000000 V 10.0 km (6.2 bt) 6 km (3.7 bt) BL Kiblawan [13]
29 Oktober 01:04:44 6.6 &0000000000000008.000000 VIII 14 km (8.7 bt) 15.3 km (9.5 bt) T Bual [14]
29 Oktober 02:22:35 5.0 &0000000000000005.000000 V 10.0 km (6.2 bt) 1 km (0.62 bt) TG Saguing [15]
29 Oktober 02:42:39 5.8 &0000000000000005.000000 V 10.0 km (6.2 bt) 10 km (6.2 bt) T Bagontapay [16]
29 Oktober 08:33:12 5.3 &0000000000000003.000000 III 10.0 km (6.2 bt) 11 km (6.8 bt) T Bagontapay [17]
29 Oktober 08:46:03 5.2 &0000000000000005.000000 V 10.0 km (6.2 bt) 2 km (1.2 bt) BD Dolo [18]
31 Oktober 01:11:19 6.5 &0000000000000008.000000 VIII 10.0 km (6.2 bt) 1 km (0.62 bt) S Kisante [19]

Maklum balas antarabangsa

Berikutan gempa di Mindanao, Menteri Luar Negeri China, Wang Yi, menghulurkan simpatinya kepada Menteri Luar Negeri Filipina Teodoro Locsin Jr. Kerajaan China menyumbangkan 3 juta yuan (kira-kira setara dengan 22 juta peso) untuk bantuan bencana di Mindanao. Selain itu, Duta Besar Amerika Syarikat ke Filipina, Sung Kim, dan delegasi Kesatuan Eropah untuk Filipina sama-sama mengucapkan takziah kepada rakyat Filipina.[20]

Lihat juga