Galeri Ilmu Sdn Bhd
Galeri Ilmu Sdn Bhd.jpg
Diasaskan pada20 Januari 1997; 23 tahun yang lalu (1997-01-20)
Negara asalMalaysia
Lokasi ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor
Topik bukan fiksyenMajalah
Buku
Laman web rasmiGaleri Ilmu Sdn Bhd

Galeri Ilmu Sdn Bhd (atau Galeri Ilmu sahaja; No. Syarikat : 417643-K) ialah sebuah syarikat penerbitan bahan bercetak di Malaysia yang ditubuhkan pada 20 Januari 1997. Galeri Ilmu Sdn Bhd mempunyai matlamat bagi menambah khazanah pendidikan dengan bahan-bahan bacaan berkualiti yang menarik, selain mendidik khususnya dengan memperkukuhkan institusi kekeluargaan demi keutuhan Negara dan ummah.

Galeri Ilmu Sdn Bhd turut terbabit dengan pengeluaran majalah berkala seperti:- Penerbitan Majalah Berkala

  • Majalah Anis : Majalah Khusus untuk wanita kontemporari yang padat dengan ilmu dan kefahaman agama, tips panduan, kemahiran keibubapaan dan contoh pengalaman dalam mebina rumahtangga Impian dan keluarga bahagia.
  • Majalah Asuh : Majalah khusus untuk kanak-kanak yang kaya dengan ilmu pengetahuan agama, kisah dan tauladan, komik dan asah minda sebagai bahan asuhan dan bimbingan menjadi anak-anak soleh yang berbakti kepada ibu bapa.
  • Majalah Q & A : Majalah khusus untuk orang dewasa yang mencari pengisian ilmu dan didikan Islam dalam membaiki diri dan keluarga untuk membentuk sendi-sendi masyarakat Islam Khaira Ummah.

Selain itu Galeri Ilmu Sdn Bhd turut menerbitkan buku-buku bacaan dalam pelbagai bidang seperti:-

  • Siri Motivasi
  • Siri Pengetahuan Islam
  • Siri Novel Tarbiah
  • Siri Panduan
  • Siri Fardhu Ain
  • Siri Komik
  • Siri Kanak-kanak

Alamat

GALERI ILMU SDN BHD
44, JLN PEKAKA 8/3, SEKSYEN 8
KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA
SELANGOR D.E.
No. Tel : 03-614 21 614
No. Faks : 03-614 21 611/2

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Rujukan

Pautan luar