Datuk
Fizz Fairuz
FIZZFAIRUZ.jpg
Fizz pada 2015.
Kelahiran Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin
(1979-10-22) 22 Oktober 1979 (umur 38)
Raub, Pahang, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, pengacara
Tahun aktif 2006–kini
Pasangan Datin Almy Nadia (berkahwin 2014)
Anak Nur Afrina Arianna

Dato' Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin atau dikenali sebagai Fizz Fairuz (lahir 22 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelagak ngeri, kemudiannya memulakan kerjaya lakonan profesional dengan Dua Hati. Fizz mula meraih kejayaan komersial menerusi watak Aidil dalam Nur Kasih. Selain peranan lakonan di televisyen, Fizz juga terkenal dengan peranan filem termasuk Anak Halal (2007), Syurga Cinta (2011), Hantu Kapcai (2012), Gila-Gila Remaja 2 (2013), Cicakman 3 (2015) dan Munafik (2016).

Kehidupan awal

Fizz dilahirkan pada 22 Oktober 1979 di Raub, Pahang dan mempunyai adik-beradik seramai 9 orang, beliau merupakan anak keempat.

Kerjaya

Beliau mula memasuki bidang seni bermula dengan menjadi pelakon lagak ngeri dalam beberapa produksi drama dan filem. Dari situ, beliau diangkat menjadi pelakon terkenal dan membintangi drama popular TV3 Nur Kasih. Beliau juga banyak melakonkan watak protagonis seperti drama Restu Mentua, Sama tapi tak Serupa dan banyak lagi. Fizz juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, setelah 3 kali tercalon sejak 2009 lagi.

Suatu ketika dahulu, Fizz ialah salah seorang pelakon yang membintangi pelbagai drama, telefilem serta filem-filem popular tempatan. Setiap watak dan lakonan yang dibawanya sangat mantap dan menjadi. Namanya mula diangkat dan dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah.

Beliau kemudian muncul dalam filem Mat Tudung arahan Waan Hafiz yang dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Izzue Islam, Fizz melakonkan watak Johari/Johana, ia mengisahkan seorang mat rempit bernama Johari yang telah jatuh cinta kepada gadis bertudung yang sukar didekati bernama Zizie. Filem ini ditayangkan pada 28 Julai 2014, diterbitkan oleh Showbiz Productions.[1]

Bersama pelakon berbakat, Lisa Surihani, beliau membintangi filem seram suspens-thriller arahan Jason Chong, Dendam Orang Mati, memegang watak sebagai Shahrul.[2]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Fizz memegang watak Ustaz Azman, rakan karib Ustaz Adam lakonan Syamsul dalam filem seram pecah panggung Munafik yang ditayangkan pada 25 Februari 2016.[3] Filem ini menyaksikan beliau digandingkan bersama Nabila Huda selepas berlakon bersama dalam filem Bisikan Syaitan (2013).[4] Beliau kembali menjayakan peranannya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018.[5]

Fizz memegang watak sebagai Raizal dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[6]

Kehidupan peribadi

Fizz mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang juga pelakon iaitu Almy Nadia pada 26 April 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Afrina Arianna.[7][8]

Majlis akad nikah yang diadakan dalam majlis sederhana tetapi meriah itu berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh.[9] Pasangan merpati dua sejoli itu selamat bergelar suami isteri setelah dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Norzli Mat kira-kira jam 5 petang.[10]

Filemografi

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2006 Castello Bade Hj. Azmi Filem pertama
2007 Anak Halal Lut Osman Ali
Orang Minyak Munir Jamal Maarif
C.K. Karan
2009 Syurga Cinta Zainal Ahmad Idham
2010 Niyang Rapik Zack
2011 Nur Kasih The Movie Ustaz Aidil Kabir Bhatia
2012 Cinta Kura Kura Fadzly Nizam Zakaria
Jiwa Taiko Freez Osman Ali
29 Februari Johan Edry Abdul Halim
Hantu Kapcai Ibrahim Ghaz Abu Bakar
Kahwin 5 Rahim Nizam Zakaria
2013 Bisikan Syaitan Kamil Faizul A. Rashid
Gila-Gila Remaja 2 Haikal V. Nagaraj
Pecah Inspektor Haikal Asrul Hisham Ahmad
Tanda Putera Arshad Ayub Shuhaimi Baba Pelakon undangan
2014 Mat Tudung Johari Waan Hafiz
2015 Cicakman 3 Inspektor Adam/Super-Bro Yusry Abdul Halim
Ghaz Abu Bakar
2016 Munafik Ustaz Azman Syamsul Yusof
2017 Hospital Dr. Farid Azaromi Ghozali
2018 Munafik 2 Ustaz Azman Syamsul Yusof

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Dua Hati Feroz TV3 Slot Lestary
2007 Kaizer Zack TV3 Slot Samarinda
2008 Kekasihku Seru Rashad TV3 Slot Seram
Akukah Tanggang? Umar TV3 Slot Lagenda
2009 A.D.A.M. Akmal TV2
Anum Khir TV2
Anak Betong Jagat TV3 Slot Lagenda
Cucu Betong
2010 Gerak Khas TV2 Episod: "Parti Liar"
Nur Kasih Aidil TV3 Slot Zehra
Ayoub Wan Aidil TV3 Slot Samarinda
Pasukan Gerakan Marin DSP Haikal TV9
2011 Karma Ustaz Haikal TV9 Slot Ratu
Stanza Cinta Taufiq TV3
2012 Hotel Hasanah Omar TV AlHijrah
Waris Rashad TV3 Slot Seram
2013 Cinta Kau Dan Aku Farish Hakimi TV1 Slot Arca
Sedetik Cinta Iskandar TV3 Slot Akasia
Nur Kasih Di Jabal Rahmah Ustaz Fikri TV Al-Hijrah
2014 Mencari Cinta Razlan TV1 Slot Arca
Menantu Sepuluh Ribu Ikhwan TV3 Slot Azalea
Tanah Kubur (Musim 9) Samad Astro Oasis Episod: "Isteri Mithali"
2015 Kasih Jasmin Zamir TV1 Slot Bidadari
Kasih Malisa Adib TV1 Slot Bidadari
Janda Muslimah Ustaz Raikal TV2
2016 Inikah Cinta Mizan TV3 Slot Dahlia
Singgahsana Cinta Taufiq TV1 Slot Arca
2017 Ku Kirim Cinta Nordin TV3 Slot Akasia
2018 Kekasih Paksa Rela Yusman TV3 Slot Akasia
Kamar Kamariah Murad TV3 Slot Zehra
Cinta Tiada Ganti Raizal Astro Prima Adaptasi drama Filipina
2019 Jodoh-Jodoh Anisa Filem dan drama yang belum dikeluarkan Raikal Astro Prima

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Kenangan Semalam Izwan Astro Prima
2008 Demi Masa Zahid TV3
2009 Sonata Labu dan Labi Labi Astro Prima
Tak Serupa Tapi Sama Nusri TV3
Restu Mentua Asri TV3
Mabuk Estrogen Awang Astro Ria
Kontrak Cinta Rashid TV3
Tuntutan Maut Inspektor Razlan TV3
2010 Selamat Datang Anak-anak Suamiku Elyas TV3
Kebun Getah Tok Ayah Joey TV2
Donut Syakir Astro Ria
Cinta D'Butt Badrul TV3
Ranjau Berduri Johan TV2
Dunia Batinku Zainal TV3
Serapuh Arang Farid TV3
2011 Mencari Bidadari Hakim TV1
Mesej Terakhir Adam TV3
Harapan Azman Astro Prima
Langkah Bendul Nash Astro Warna
Banyak Songeh Nik Astro Warna
2012 Sejadah Putih Musa Astro Oasis
Menantu B+ Anas TV9
Tiga Jumaat Terakhir Aril TV3
Perempuan Neraka Hashim TV3
Pelita Buluh Tok Wan Azman TV3
2013 Takbur Mama Sani TV3
Artis Pun Bertuhan TV9
Mulut Murai Tempayan Farid Astro Prima
2014 Pintu Lain Ke Syurga Nasir TV3
Luth Mahfuz Haziq TV3
Baju Raya Yaya Omar TV3
Insaf TV1
2015 Firdaus Kamarul TV3
Along Taufiq TV3
Hantu Mertuaku Halim Astro Ria
Khilaf Seorang Isteri Jimmy TV9
Kecoh Kecoh Raya Hisham TV1
Mama Zoomba Zack Astro Ria
2016 Kulit Fadhil Astro Citra
Anak Arman TV2
Antara Dua Hari Raya Rafidi TV1
Karlisa Tuan Bahrin TV3
2017 Musafir Lalu Chon TV9
Anak Kerak ASP Ashraf Astro Citra
Selimut Merdeka Mohd Merdeka Muda TV3
2018 Bebaskan Anak Kita Sidek TV3

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Anugerah Skrin 2009 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Dicalonkan
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
2014 Festival Filem Malaysia ke-27 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan

Darjah kebesaran

Pada 27 Januari 2018, Fizz menjadi antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar yang dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.[11][12]

Penghargaan Malaysia