Emmanuel Joseph Sieyès[1] (3 Mei 1748 – 20 Jun 1836), paling dikenali sebagai Abbé Sieyès (IPA Perancis: sjejɛs), ialah seorang abbe (paderi) Roman Katolik dan penulis politik. Beliau seorang daripada ahli teori politik terutama Revolusi Perancis dan juga memainkan peranan penting dalam Konsulat Perancis dan Empayar Perancis Pertama. Pamflet tahun 1789 beliau berjudul Apakah Estet Ketiga? menjadi manifesto de facto buat Revolusi.

Nota

  1. ^ Kadang kala dirangkapkan kepada Emmanuel-Joseph Sieyès.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.