Embun
Embun.jpg
PengarahEirma Fatima
Penulis
  • Rohiman Haroon
  • Eirma Fatima
Dibintangi oleh
Muzik olehAnt Bohun
SinematografiGay Hian Teoh
Disunting olehKamaruddin Abu
PengedarFilem Negara Malaysia
Mula ditayangkan
1 Ogos 2002 (2002-Ogos-01)
Tempoh tayangan
135 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu, Jepun
PerbelanjaanRM 3 Juta

Embun ialah tajuk bagi sebuah filem Malaysia berunsurkan drama, peperangan dan romantis yang pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2002 (iaitu dibuka pada 1 Ogos, kebetulannya menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara ketika itu). Filem arahan Eirma Fatima ini yang panjangnya 135 minit ini dibintangi Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin dan Izi Yahya dan diterbit oleh Filem Negara Malaysia. Dialog filem Embun berbahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Filem ini merupakan usahasama Filem Negara Malaysia dan FINAS.

Sinopsis

Kisah kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun (Umie Aida), bersama abangnya Bayu (Hani Mohsin) serta kekasihnya, Leftenan Koishi (Aqasha). Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat pembebasan dan daya juang yang tinggi. Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki. Seperti abangnya yang menjadi penggerak utama Kesatuan Melayu Muda di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Embun berpendapat bahawa kedatangan Jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris. Bayu adalah seorang lepasan sekolah Arab dan menjadi pengikut setia pengasas KMM, Ibrahim Haji Yaakob serta anak asuhan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Mereka dengan senangnya mempercayai slogan "Asia Untuk Asia" dan "Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya" yang dilaungkan pemerintah Jepun.

Suatu hari, setahun selepas kedatangan pihak Jepun, Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa (Ahmad Tarmimi Siregar) untuk memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenan Akishi (Izi Yahya) dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai. Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian penyeksaan itu lalu menyelamatkan Embun. Embun semakin sedih apabila ayahnya, Pak Harun (Dato' Haji Rahim Razali) dibunuh. Sejak kejadian itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun. Dengan bantuan Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas.

Hubungan Embun dan Koishi kian erat bagai orang yang bercinta, sehingga merunsingkan Akishi yang kemudiannya mendapati bahawa Koishi mengkhianati penjajah dengan membantu orang Melayu menentang penjajah lalu mengehendaki Koishi dan Embun dihukum mati.

Pelakon

Umie Aida (gambar di atas), memegang watak sebagai Embun, dan Hani Mohsin (gambar di bawah), memegan watak sebagai Abang Bayu.
  • Umie Aida sebagai Embun
  • Aqasha sebagai Leftenan Koishi
  • Hani Mohsin sebagai Abang Bayu
  • Izi Yahya sebagai Leftenan Akishi
  • Dato' Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Jeneral Kurugawa
  • Khatijah Tan sebagai Mak Temah
  • Datuk Aziz Sattar sebagai Pak Mail
  • Mak Kwai Yuen sebagai Aaito
  • Riezman Khuzaimi sebagai Majid
  • Razak Ahmad sebagai Hassan
  • Ropie Cecupak sebagai Kadir
  • Zul Huzaimy sebagai Rashid
  • Loloq sebagai Non Cabai
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Amin
  • Dato' Rahim Razali sebagai Pak Harun
  • Ellie Suriati sebagai Melati
  • Ismail Din sebagai Pak Melati
  • Khatijah Tan memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia Pasifik di Festival Filem Asia Pasifik yang ke-45
    Anugerah Tarikh Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
    Anugerah Bintang Popular Berita Harian 13 Oktober 2002 Pelakon Filem Lelaki Popular Aqasha Tercalon
    Hani Mohsin Tercalon
    Pelakon Filem Wanita Popular Umie Aida Tercalon
    Ellie Suriati Tercalon
    Anugerah Skrin 24 Ogos 2003 Filem Terbaik Embun Menang
    Skrip Terbaik Rohiman Harun Menang
    Sinematografi Terbaik Teo Gay Hian Menang
    Suntingan Terbaik Kamaruddin Ali Menang
    Pengarah Terbaik Eirma Fatima Tercalon
    Pelakon Lelaki Terbaik Hani Mohsin Tercalon
    Pelakon Wanita Terbaik Umie Aida Menang
    Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Izi Yahya Tercalon
    Rahim Razali Tercalon
    Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Khatijah Tan Menang
    Ellie Suriati Tercalon
    Festival Filem Asia Pasifik 1–4 Oktober 2002 Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik Umie Aida Tercalon [1]
    Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia Pasifik Khatijah Tan Menang
    Pemilihan Filem Rasmi Embun Menang
    Festival Filem Malaysia 19 April 2003 Filem Terbaik Embun Tercalon [2]
    Pengarah Terbaik Eirma Fatima Tercalon
    Pelakon Lelaki Terbaik Hani Mohsin Tercalon
    Pelakon Wanita Terbaik Umie Aida Menang
    Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Izi Yahya Menang
    Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Khatijah Tan Tercalon
    Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Aqasha Tercalon
    Penataan Seni Terbaik Yee I-Lan & Fadzil Idris Menang
    Skor Muzik Terbaik Datuk Mokhzani Ismail Menang
    Sinematografi Terbaik Teo Gay Hean Menang
    Anugerah Khas Juri FINAS & Filem Negara Malaysia Menang
    Poster Terbaik Menang

    Rujukan

    1. ^ "#SPOTLIGHT: Data Pencapaian Filem Cereka Tempatan Di Peringkat Antarabangsa (1950-Terkini)" (PDF) (Berita). Perbadanan Kemajuan Filem Nasional. 2018. Dicapai pada 5 Jun 2020.
    2. ^ "INISIATIF PEMBANGUNAN DATA INDUSTRI DATA PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)" (PDF) (Berita). FINAS. 2018. Dicapai pada 15 November 2020.

    Pautan luar