Kilat menyambar tatkala hujan lebat pada waktu malam. Tenaga tersebar dalam bentuk cahaya apabila aliran arus elektrik yang kuat mengalir menerusi atmosfera Bumi.

Elektrik (Tulisan Jawi: ايليكتريق) ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.

Konsep-konsep elektrik

Dalam penggunaan biasa, istilah elektrik dikaitkan dengan beberapa konsep biasa yang sebaik-baiknya dirujuk menggunakan istilah-istilah yang lebih tepat: