Dekad (bahasa Inggeris: decade, Ind. dekade) atau dasawarsa merujuk kepada tempoh masa sepuluh tahun. Sepuluh dekad atau dasawarsa bersamaan dengan satu abad.

Etimologi

"Dekad" dan "dekade" asasnya pinjaman bahasa Perancis décade yang berakar daripada bahasa Yunani melalui bahasa Latin decadem.[1]

"Dasawarsa" pula berasal dari bahasa Sanskrit दश dasa "sepuluh"[2] dan वर्ष varṣa "tahun"[3] melalui bahasa Jawa.

Lihat juga