Cerpelai Makan Ketam
Status pemuliharaan: Berisiko rendah (lc)
Pengelasan saintifik


Cerpelai Makan Ketam (bahasa Inggeris: Crab-eating Mongoose) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Herpestes urva.

Sungguhpun nama biasa mereka Cerpelai Makan Ketam, permakanannya bukah khusus kepada ketam, tetapi juga kepada semua yang dapat ditangkap mereka, termasuk ikan, siput, katak, tikus, burung, reptilia, dan serangga.

Mereka adalah haiwan nocturnal, perenang yang baik, dan menghabiskan banyak masa dalam atau berhampiran air atau tanah lembab.

Taburan

Cerpelai Makan Ketam (Herpestes urva) merupakan spesies cerpelai yang terdapat di barat laut India, Nepal, Myanmar, selatan China, dan sepanjang Asia Tenggara, termasuk negara Malaysia, Taiwan, Laos, Thailand dan Vietnam.

Ciri-ciri

Cerpelai Makan Ketam adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturanĀ : Carnivora, tergolong dalam keluarga :Viverridae. Cerpelai Makan Ketam adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Ia biasanya bewarna kelabu, dengan jalur putih lebar pada leher dari pipi hingga pada bahagian dada. Pada lehernya kelabu logam dengan hujung bewarna putih, memberikan penampilan beruban (garam dan lada sulah). Kaki belakangnya mempunyai tapak yang agak berbulu tebal. Ekornya pendek dengan warna sekata dan hujung lebih putih.

Jantung Cerpelai Makan Ketam terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai mamalia, Cerpelai Makan Ketam berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Cerpelai Makan Ketam akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan

Tidak diketahui.

Rujukan



Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z