Bukit Sadok merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Sarawak, Malaysia. Tingginya 831 meter.

Bukit Sadok mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas.

Kawasan Bersejarah

Bukit Sadok adalah sebuah kawasan yang bersejarah, bukit ini pernah menjadi tempat pertempuran Panglima Rentap melawan Rajah Putih James Brooke tahun 1863. Sewaktu itu kubu Bukit Sadok dikawal oleh sebuah meriam besi bernama Bujang Timpang Berang.