Koordinat: 5°22′N 100°28′E / 5.367°N 100.467°E / 5.367; 100.467

Bukit Mertajam
بوکيت مرتاجم
Gereja St Anne, Bukit Mertajam
Gereja St Anne, Bukit Mertajam
Nama panggilan: 
BM
Negara Malaysia
Negeri Penang
DaerahSeberang Perai Tengah
Kerajaan
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Seberang Perai
 • Yang di-Pertua MPSPRozali Mohamud
 • Ahli Parlimen Bukit MertajamSteven Sim Chee Keong (DAP)
Luas
 • Jumlah97.2 km2 (37.5 batu persegi)
Populasi
 (2010[1])
 • Jumlah227,972
 • Kepadatan2,300/km2 (6,100/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada
Poskod
14xxx
Awalan kod panggilan antarabangsa+6045XXXXXX (talian tetap sahaja)
Laman webmpsp.gov.my
Majlis Perbandaran Seberang Prai di Bandar Perda
Gereja St Anne Bukit Mertajam
Aeon Jusco Seberang Prai di Bandar Perda

Bukit Mertajam atau singkatannya BM merupakan satu bandar yang terletak di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Bukit Mertajam juga terletak berhampiran dengan Butterworth dan Kulim dengan keluasan 97.2 km persegi

Bukit Mertajam terletak di daerah Seberang Perai Tengah. Kedudukan Bukit Mertajam adalah di lokasi Kulim di timur, Jambatan Pulau Pinang dan Butterworth di utara dan Nibong Tebal di selatan. Mengikut arah ke timur, Bukit Mertajam juga merupakan bandar tengah Seberang Perai.

Bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah terletak di Bukit Mertajam. Semua jabatan adalah diberi perkhidmatan di dalam.

Demografi

Bukit Mertajam juga merupakan bandar yang berkependudukan ramai di Seberang Perai selain Butterworth. Kaum majoriti di Bukit Mertajam ialah kaum Cina 75% dan kaum lain 25%.[perlu rujukan]. Etnik yang paling banyak bilangannya dalam kaum Cina merupakan orang Teochew, seterusnya Hokkien dan sebagainya. Penduduknya kian bertambah daripada cuma 28,675 orang dari tahun 1970 kepada 122,044 orang (1980), kemudian meningkat menjadi 165,422 orang (1990), 235,319 orang (2000) dan lagi sekali meningkat kepada 227,972 orang (2010).[perlu rujukan].

Kedudukan

Antara lokasi berhampiran ialah Kulim, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh, Penanti, Simpang Ampat, Kubang Semang, Lunas, Perai, Butterworth dan lain-lain.

ETS di Stesen Bukit Mertajam

Jajaran Lebuh raya Utara - Selatan terletak di sebelah Barat, kira-kira 5 km. Stesen kereta api yang terletak di tengah bandar untuk kemudahan penduduk iaitu Stesen keretapi Bukit Mertajam yang kini mengadakan servis KTM Zon Utara.Syarikat Rapid Penang Sdn Bhd menyediakan kemudahan bas berhenti-henti dari satu tempat ke satu tempat sejak 31 Julai 2007. Lebuh raya Butterworth-Kulim berhubung terus dengan Bukit Mertajam menerusi susur keluar Permatang Nibong.

Pentadbiran

Bukit Mertajam ditadbir oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. MPSP mentadbir tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara,Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Bukit Mertajam sebuah bandar yang berkembang pesat di Seberang Perai Tengah dan telah memperluas kawasannya ke hampir seluruh Seberang Perai Tengah kecuali Perai, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. Alma, Bukit Minyak, Bukit Tengah dan Juru, Berapit, Cherok To'kun, Kubang Semang, Machang Bubok dan Permatang Tinggi merupakan kawasan utama di Bukit Mertajam.

Kemudahan awam

Gereja St. Anne yang bersejarah terletak di Bukit Mertajam. Gereja ini dibina pada 1846 oleh paderi Adolphe Couellan yang didedikasikan kepada Saint Anne.

Hospital Bukit Mertajam terletak di Jalan Kulim. Hospital Pakar Bukit Mertajam terletak di Jalan Manggis.[2] Pejabat Jabatan Agama Islam Bukit Mertajam terletak di Jalan Sungai Rambai. Untuk agama Buddha, tenpat ibadat dan juga pusat perniagaan kaum Cina yang terkenal di Bukit Mertajam merupakan Pek Kong Cheng di Pekan Bukit Mertajam.[3]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam yang ditubuhkan pada 18 Januari 1927 ialah salah satu sekolah yang tertua di Malaysia. Beberapa tokoh penting bersekolah di sini seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Wira Lee Chong Wei, pemain badminton nombor satu negara juga berdiam di sini (lahir di Bagan Serai)[4] dan merupakan bekas pelajar bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit.

Sekolah Tinggi Jit Sin yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia juga terletak di Bukit Mertajam. Bukit Mertajam juga merupakan kawasan tumpuan pelancong. Kampung Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam merupakan kampung asal mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) setelah dipecat, iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.

Alma di Bukit Mertajam merupakan sebuah kawasan yang sedang berkembang maju di Bukit Mertajam. AEON Bukit Mertajam Mall juga terletak di kawasan ini dengan Tesco di sekelilingnya. Tempat reakreasi di Bukit Mertajam merupakan Taman D.o. dan Hutan Lipur Bukit Mertajam.

Senarai institusi-institusi pendidikan

Pendidikan Tinggi

  • Kolej Komuniti Cawangan Bukit Mertajam
  • Institute Bukit Mertajam (SM IBM)
  • IPG Tuanku Bainun
  • Two Studio
  • Ipk College
  • DIY Collage

Sekolah Menegah

Nama Sekolah Koordinat
Jit Sin High School 5°20′37″N 100°26′47″E / 5.343491°N 100.446257°E / 5.343491; 100.446257 (SMJKJS)
Jit Sin Persendirian 5°21′50″N 100°27′51″E / 5.363825°N 100.464257°E / 5.363825; 100.464257 (JSP)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam 5°21′32″N 100°27′37″E / 5.358792°N 100.460381°E / 5.358792; 100.460381 (SMKT)
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam 5°20′37″N 100°26′47″E / 5.343491°N 100.446257°E / 5.343491; 100.446257 (Convent)
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin 5°20′32″N 100°28′34″E / 5.342194°N 100.476126°E / 5.342194; 100.476126 (Sains)
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai 5°20′27″N 100°28′24″E / 5.340819°N 100.473377°E / 5.340819; 100.473377 (JD)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam 5°21′02″N 100°28′18″E / 5.350548°N 100.47155°E / 5.350548; 100.47155 (BM)
Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit 5°22′37″N 100°28′18″E / 5.37694°N 100.471719°E / 5.37694; 100.471719 (Brp)
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perwira 5°17′53″N 100°28′19″E / 5.298088°N 100.471912°E / 5.298088; 100.471912 (TP)
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera 5°20′04″N 100°29′29″E / 5.334341°N 100.491263°E / 5.334341; 100.491263 (TS)
Sekolah Menengah Kebangsaan Permai Indah 5°19′49″N 100°26′35″E / 5.330332°N 100.442947°E / 5.330332; 100.442947 (PI)
Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa 4°37′03″N 101°06′23″E / 4.617483°N 101.106475°E / 4.617483; 101.106475 (RW)
Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk 5°19′42″N 100°30′03″E / 5.328398°N 100.500765°E / 5.328398; 100.500765 (MB)
Sekolah Menengah Kebangsaan Alma 5°20′00″N 100°27′32″E / 5.333373°N 100.458925°E / 5.333373; 100.458925 (ALMA)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda 5°22′23″N 100°25′51″E / 5.372937°N 100.430912°E / 5.372937; 100.430912 (BBP)
Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti 5°24′17″N 100°28′07″E / 5.404832°N 100.468667°E / 5.404832; 100.468667 (PT)
Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang 5°24′11″N 100°29′25″E / 5.403166°N 100.490328°E / 5.403166; 100.490328 (MK)
Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu 5°25′15″N 100°28′05″E / 5.4207°N 100.4680°E / 5.4207; 100.4680 (GP)
Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah 5°25′36″N 100°28′16″E / 5.4267°N 100.4710°E / 5.4267; 100.4710 (GPI)

Senarai taman perumahan di Bukit Mertajam

Penduduk terkenal

  • Dato' Seri
    1. ^ Helders, Stefan. "Malaysia: largest cities and towns and statistics of their population". World Gazetteer. Diarkib daripada yang asal pada 2012-05-09. Dicapai pada 2010-10-31. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
    2. ^ (dalam bahasa Inggeris) http://www.loinfocentre.com/component/content/article/121-hospital-government/1808-penang-hospital-bukit-mertajam-bospbm.html. Missing or empty |title= (bantuan)
    3. ^ http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/6/7/sundaymetro/4051290&sec=sundaymetro Diarkibkan 14 Jun 2009 di Wayback Machine
    4. ^ "A Sky of Stars: Penang Shines as a Sporting State". Penang Monthly (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2016. Dicapai pada 18 October 2016.