Bukit Larut
Blarut41.jpg
Pemandangan dari atas Bukit Larut
Titik tertinggi
Ketinggian1,200 m (3,900 ka)
Geografi
LokasiNegeri Perak, Malaysia


Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak, dengan ketinggian 1,200 m [1], [2]. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.

Latarbelakang

Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.

Fakta

  • Bukit Larut adalah kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.
  • Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.
  • Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.


  • Tea Garden (Kebun Teh) - dibina pada 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang

    Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM10 bagi dewasa dan RM5 (kanak-kanak bawah 10 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit. Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun).Kapasiti Land Rover: 8 orang dewasa. Maklumat dan tempahan penginapan boleh diperolehi dengan menghubungi Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut di talian 05-8077241/243

    Zon Waktu Berbuka Puasa dan Imsak

    Apabila bulan Ramadhan, kawasan Bukit Larut dikategori dalam Zon 3, bagi waktu imsak dan berbuka di negeri Perak.

Pembiakan Bunga

Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut, ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.Benih bunga tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Diantara jenis bunga tulip yang disemai adalah berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu. Bunga tulip yang telah dipetik dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.[3]

Jenis Tulip

Pandangan panorama dari rumah rehat Beringin


Berikut adalah jenis bunga-bunga tulip yang ditanam didalam inkubator di Bukit Larut:

Media

Bukit Larut mempunyai pemancar-pemancar TV, dan Radio yang boleh meliputi kawasan Perak Utara (Taiping, Parit Buntar, Gerik), Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan) dan bahagian selatan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu).

TV