Bukit Kwong terletak di Rantau Panjang, Kelantan, berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand. Sempadan negara hanya kira-kira 2 km sahaja.Kawasan yang berdekatan ialah Waeng Thailand, Felda Kemahang, Batang Merbau, Kampung ipoh, Kampung Gual, Bukit Nangka, Ayer Lanas, Kampung Gertak Nombor Tiga, Gual Kulim, Kampung Pusu Empat Puluh . Empangan Bukit Kwong membekalkan air tawar kepada penduduk di sekitarnya . Empangan Pasir Mas Kangkong terletak berhampiran dengan Pasir Mas.

Kawasan ini terletak di DUN Gual Periuk yang diwakili oleh Adun Mohamad Awang. Di sepanjang sempadan terdapat sebatang jalan raya dari Rantau Panjang ke Bukit Nangka , Ayer Lanas dan terus ke Jeli.

Penemuan bijih besi

Aktiviti perlombongan bijih besi dijalankan Bukit Kwong khususnya di Kampung Gual Dalam, kira-kira 13 km dari Rantau Panjang. Aktiviti perlombongan dijalankan sejak 2010 oleh syarikat Perfect Mining Sdn Bhd dan penduduk kampung .Penolong Pengurus , Halim Deraman menyatakan bahawa bijih besi yang dilombong sekitar 4,000 ke 5,000 tan sehari. Tanah-tanah yang mengandungi bijih besi disodok mengggunakan jentera dan dibawa ke pelabuhan Tok Bali sebelum dieksport ke China.Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan Jun 2012, kerajaan negeri memberitahu bijih besi seberat 40,000 tan seminggu dihantar ke China.

Kebanyakan tanah lombong dimiliki oleh penduduk tempatan. Ada penduduk yang sanggup menjual tanah-tanah itu pada harga RM120,000 seekar.[1]

Rujukan