Bom Molotov atau bom petrol ialah sejenis senjata buatan sendiri yang mudah, terdiri daripada bekas kecil berisi minyak petrol serta sering digunakan dalam rusuhan.

Istilah asal untuk bom jenis ini iaitu "koktel Molotov" (Bahasa Finland: polttopullo atau Molotovin koktaili) diberikan oleh warga Finland semasa Perang Musim Sejuk[1] sebagai suatu penghinaan ke atas Vyacheslav Molotov, Menteri Luar Soviet, atas rancangan pakatannya bersama wakil sepangkatnya dari Jerman Nazi, Joachim von Ribbentrop yang membahagikan pengaruh dalam negara tersebut serta kawasan berjiranan; terutamanya ke atas propaganda yang disiar menyokong rancangan tersebut.[2]

Mekanisme

Bentuk bom petrol paling asas terdiri daripada botol kaca berisi bahan api petrol dengan sumbu yang biasanya diperbuat daripada kain buruk yang direndam di dalam minyak petrol (atau apa jua bahan mudah terbakar yang lain) yang dilekatkan pada botol menggunakan gabus atau penutup botol.

Untuk menggunakannya, sumbu dinyalakan dan seterusnya botol tersebut dilemparkan kepada sasaran seperti kenderaan ataupun kubu.

Apabila botol tersebut pecah akibat hentakan, titisan dan wap minyak petrol seterusnya dinyalakan oleh sumbu, menyebabkan berlakunya bebola api diikuti api yang marak menyala.

Selain petrol, cecair mudah terbakar lain seperti metanol dan turpentin juga boleh digunakan. Agen pemekat seperti tar dan minyak pelincir juga boleh ditambah pada minyak petrol untuk membantu cecair terbakar pada sasaran serta untuk menghasilkan kepulan asap yang melemaskan.

Rekaan asal Molotov cocktail oleh syarikat alkohol Finland ALKO semasa Perang Musim Sejuk pada 1939-40. Botol ini menggunakan mancis khas selain daripada kain buruk sebagai sumbu.

Kegunaan dalam rusuhan awam

Fail:Mural - Battle of the bogside 2004 SMC.jpg
Sebuah mural di Derry, Ireland Utara mengenai seorang budak lelaki bertopeng memegang bom petrol semasa Pertempuran Bogside, Ogos 1969.
  • Bom petrol memainkan peranan penting semasa

    Di kebanyakan kawasan, penghasilan bom petrol adalah diharamkan. Penggunaannya terhadap orang awam boleh didakwa di bawah beberapa kesalahan seperti keganasan, pembunuhan, kemusnahan harta benda dsb. di bawah undang-undang. Di Amerika Syarikat, bom petrol dianggap sebagai "senjata pemusnah" seperti yang dikuatkuasakan oleh ATF.

    Rujukan

    1. ^ Online Etymology Dictionary: Molotov cocktail. Douglas Harper, 2010.
    2. ^ The Second Book of General Ignorance. Faber and Faber. 2011. m/s. 76. ISBN 978-0-571-26965-5.
    3. ^ BBC News, Tuesday, 10 April 2007, 'Petrol bomb is thrown at officers'. BBC News, Wednesday, 28 June 2006, Petrol bomb 'landed outside home'. BBC News, Monday, 21 November 2005, 'Petrol bomb attack during alert'

    Bacaan tambahan