Běijīng
بيجيڠ

北京
Bandaraya
Kuil Syurga di Beijing
Kuil Syurga di Beijing
Kedudukan dalam China
Kedudukan dalam China
NegaraRepublik Rakyat China
Jumlah Bahagian Peringkat Negara18
Jumlah Bahagian Pekan273
Mula diduduki~ 473 SM
Kerajaan
 • CPC BeijingSetiausaha Jawatankuasa Liu Qi
 • Datuk BandarWang Qishan
Luas
 • Bandaraya16,808 km2 (6,490 batu persegi)
Ketinggian
43.5 m (142.7 ft)
Populasi
 (2004)
 • Bandaraya14,930,000 (ke−26)
 • Kepadatan888/km2 (2,300/batu persegi)
 • Urban
kira-kira 7.5 juta
 • Kedudukan Kepadatan Munisipaliti
4
 • Kaum-kaum
Han - 96%
Manchu - 2%
Hui - 2%
Mongol - 0.3%
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai China)
Poskod
100000 - 102600
Kod kawasan+86/10
Nombor kenderaan京A, C, E, F, H, J, K
京B (teksi)
京G (luar kawasan bandar)
京O (polis dan pihak berkuasa)
京V (ibu pejabat tentera
& kerajaan pusat)
ISO 3166-2cn-11
KDNK (2004)CNY 428.3 bilion
 - per kapitaCNY 28,700
HDI (2005)0.882 — tinggi
Laman webwww.beijing.gov.cn
www.ebeijing.gov.cn
Pokok bandar
Arborvitae Cina (Platycladus orientalis)
Pokok pagoda (Sophora japonica)
Bunga bandar
Kekwa (Chrysanthemum morifolium)
Mawar Cina (Rosa chinensis)

Beijing (bahasa Cina: 北京; pinyin: Běijīng; Wade-Giles: Peiching atau Pei-ching; IPA: [peɪ˨˩ tɕɪŋ˥˥]; maksudnya "ibu kota utara"; Mengenai audio ini sebutan ), dahulunya dipanggil Peking, ialah metropolis di China utara serta juga ibu negara Republik Rakyat China. Diperintah sebagai sebuah wilayah perbandaran di bawah pentadbiran langsung pemerintahan pusat, Beijing bersempadan dengan Wilayah Hebei di utara, barat, selatan, dan sebahagian kecil di timur, serta juga Wilayah Perbandaran Tianjin di tenggara. Ia merupakan salah satu daripada Empat Ibu Kota Kuno Agung China.[1]

Beijing ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai,[2] dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing. Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar serta 2 buah kaunti luar bandar,[3] dengan kawasan bandarnya menampung sekitar 13 orang penghuni .[3] Beijing merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China,[2] manakala Shanghai dan Hong Kong menguasai bidang ekonomi.[4] Beijing terkenal kerana istananya yang mewah, serta juga kuil, tembok batu, dan gapuranya.[5] Tiadanya banyak bangunan utama, apa jua usianya, di Beijing yang tidak memiliki sekurang-kurangnya setakat kepentingan sejarah negara.[6] Barang-barang seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai sebuah pusat budaya dan seni di China.[5] Pada 2008, Beijing mengacarakan Sukan Olimpik.

Tidak terdapat banyak bandar raya di dunia, selain daripada Beijing, yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah kawasan sebesar China buat begitu lama.[6] Encyclopædia Britannica memerikannya sebagai "salah satu bandar raya yang terunggul di dunia",[7] dan mengisytiharkannya sebagai satu bandar raya yang merupakan sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.

Sejarah

Taman Beihai, sebuah taman bekas empayar yang luas di pusat Beijing.

Petempatan manusia telah wujud di kawasan Beijing kini sejak abad ke-1 SM lagi. Pada Zaman Perang Negeri (476 SM - 221 SM), bandar Ji diasaskan sebagai ibu kota negara Yan di kawasan ini. Selepas kejatuhannya,

berturut-turut memerintah Beijing. Semasa Dinasti Tang (618907) pula, ia menjadi pusat pemerintahan Fanyang, seorang pemerintah tentera Hebei. Selepas Pemberontakan An Shi yang dilancarkan oleh An Lushan di Beijing pada 755, kerajaan pusat Dinasti Tang mula merosot dan hilang kuasanya terhadap wilayah-wilayah di luar Beijing. Kawasan Beijing kemudian dikuasai oleh Dinasti Liao (9161125), disusuli oleh Dinasti Jin (11151234), yang menamainya Zhongdu. Zhongdu dimusnahkan oleh tentera Mongol pada 1215, lalu dibina semula oleh Kublai Khan (12601294) yang menamainya sebagai Khanbaliq atau Dadu dan menjadikannya sebagai pusat pemerintahan Dinasti Yuan (12711368).

Pada 1403, semasa pemerintahan Dinasti Ming, Maharaja Yongle memindahkan ibu kotanya dari Nanjing ke Beijing dan menamainya "Beijing" buat kali pertama. Berikutan itu, Kota Larangan serta tembok kota dibina dan mula memberikan rupa Beijing hari ini.

Pada 1644, orang Manchu menggulingkan maharaja Ming yang terakhir dan mengasaskan Dinasti Qing (1644 - 1911). Semasa pemerintahan Qing, Beijing kekal sebagai ibu kota China dan menyaksikan pertempuran seperti Pemberontakan Boxer (1900) dan Revolusi Xinhai (1911). Bagaimanapun, penamatan sistem pemerintahan beraja dan pengasasan Republik China tidak mengubah status Beijing sebagai pusat pemerintahan. Namun, selepas kematian Yuan Shikai (18591916), China, termasuk Beijing, telah direbut-rebut oleh para hulubalang.

Jepun menceroboh Beijing pada 29 Julai 1937 dan mendudukinya sehingga keakhiran Perang Dunia II di China pada 15 Ogos 1945. Meskipun demikian, penamatan perang itu mencetuskan semula Perang Saudara China antara Kuomintang (Parti Nasionalis) dan Parti Komunis China (CPC). Pada 31 Januari 1949, CPC di bawah pimpinan Mao Zedong menguasai Beijing dan mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat China di Dataran Tiananmen di Beijing, dengan Beijing dijadikan ibu negara pada 1 Oktober tahun itu.

Geografi dan iklim

Beijing terletak di hujung utara Dataran China Utara yang lebih kurang berbentuk tiga segi dan terbuka ke bahagian selatan dan timur bandar raya ini. Gunung-gunung di utara, barat timur, dan barat melindungi bandar raya dan kawasan tengah pertanian China utara daripada steppe gurun yang bersebelahan. Bahagian barat laut wilayah perbandaran, khususnya Kaunti Yanqing dan Daerah Huairou, dikuasai oleh Pergunungan Jundu, manakala bahagian baratnya dikelilingi oleh Perbukitan Xishan. Tembok Besar China yang merentasi bahagian utara Wilayah Perbandaran Beijing, mempergunakan topografi yang berceranggah ini untuk mempertahankan negara daripada sebarang serangan mendadak nomad steppe yang berhampiran. Gunung Dongling yang setinggi 2,303 meter di Perbukitan Xishan bersempadan dengan Hebei dan merupakan titik tertinggi di wilayah perbandaran ini. Sungai-sungai utama yang merentasi wilayah perbandaran ini termasuk Sungai Yongding dan Sungai Chaobai yang mengalir ke arah selatan dan bersama-sama merupakan sebahagian sistem Sungai Hai. Beijing terletak di hujung utara Terusan Agung China yang dibina merentasi Dataran China Utara sehingga subwilayah Hangzhou. Takungan Miyun yang dibina pada hulu Sungai Chaobai ialah takungan Beijing yang terbesar dan merupakan satu sumber bekalan air yang penting.

Kawasan bandar Beijing terletak di bahagian tengah-selatan wilayah perbandaran dan menduduki kawasan yang kecil tetapi semakin berkembang dalam bentuk jalur jalan keliling sepusat. Jalan keliling yang kelima dan Jalan Keliling Keenam (penomboran bermula dengan 2) yang paling luar merentasi banyak bandar satelit. Tiananmen (Pintu Kota Keamanan Kesyurgaan) dan Dataran Tiananmen terletak di pusat Beijing, betul-betul di selatan Kota Larangan, bekas tempat kediaman maharaja China. Di sebelah barat Tiananmen ialah Zhongnanhai, tempat kediaman para pemimpin terutama Republik Rakyat China. Melintasi Beijing dari timur ke barat ialah Lebuh Chang'an, salah satu jalan raya Beijing yang utama.

Iklim bandar raya Beijing ialah iklim kebenuaan lembap yang dipengaruhi oleh monsun (Pengelasan iklim Koppen Dwa). Musim panasnya panas dan lembap, disebabkan oleh monsun Asia Timur, dengan musim sejuk umumnya sejuk, berangin, dan kering, disebabkan oleh pengaruh antisiklon Siberia yang terbentang luas.[8] Suhu tinggi waktu siang purata pada bulan Januari sekitar 1°C (33°F), manakala suhu purata pada bulan Julai adalah sekitar 30°C (87°F). Suhu tertinggi yang pernah dicatat ialah 42 °C, dengan yang paling rendah ialah -27 °C.[9] Pada 2005, jumlah kerpasan (hujan) ialah 410.77 mm. Kebanyakannya turun pada musim panas.[10]

Nuvola apps kweather.svg Suhu dan kerpasan purata untuk Beijing Weather-rain-thunderstorm.svg
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Suhu tinggi purata °C (°F) 1.6
(35)
4.0
(39)
11.3
(52)
19.9
(68)
26.4
(80)
30.3
(87)
30.8
(87)
29.5
(85)
25.8
(78)
19.0
(66)
10.1
(50)
3.3
(38)
17.7
(64)
Suhu rendah purata °C (°F) -9.4
(15)
-6.9
(20)
-0.6
(31)
7.2
(45)
13.2
(56)
18.2
(65)
21.6
(71)
20.4
(69)
14.2
(58)
7.3
(45)
-0.4
(31)
-6.9
(20)
6.5
(44)
Kerpasan mm (inci) 2.6
(0.1)
5.9
(0.2)
9.0
(0.4)
26.4
(1)
28.7
(1.1)
70.7
(2.8)
175.6
(6.9)
182.2
(7.2)
48.7
(1.9)
18.8
(0.7)
6.0
(0.2)
2.3
(0.1)
576.9
(22.7)
Sumber: [11] 2009-07-09

Ribut debu

Debu daripada hakisan gurun di China utara dan barat laut mengakibatkan ribut debu bermusim yang melanda bandar raya Beijing. Pejabat Pengubahsuaian Cuaca Beijing kekadang menghasilkan hujan secara buatan untuk mengatasi masalah tersebut dan mengurangkan kesannya.[12] Pada bulan April 2002, satu ribut debu tunggal pada dirinya melonggokkan hampir 50,000 tan debu ke dalam kawasan bandar raya Beijing sebelum beralih ke Jepun dan Korea.[13] Dalam tempoh empat bulan pertama 2006 sahaja, terdapat tidak kurang daripada lapan ribut sebegini.[14]

Skap bandar raya

Bahagian pentadbiran

Wilayah perbandaran Beijing terdiri daripada 18 subbahagian pentadbiran (peringkat kedua) yang diperintahnya secara langsung. Antara ini, 16 ialah daerah, manakala dua yang lain merupakan kaunti, dengan kawasan bandar dan subbandar terdiri daripada 8 daerah. Kesemua 18 daerah dan kaunti dibahagikan lagi kepada 273 unit pentadbiran peringkat perbandaran (peringkat ketiga):

Banyak nama tempat di Beijing berakhir dengan mén () yang membawa pengertian "pintu" kerana tempat-tempat itu pada asalnya merupakan lokasi pintu tembok kota Beijing. Sebaliknya, terdapat juga nama tempat yang berakhir dengan cūn () yang bermakna "desa" dan yang pada asalnya merupakan tempat yang terletak di luar tembok kota.

Seni bina

Di dalam Kota Larangan

Tiga gaya seni bina menguasai kawasan bandar Beijing:

  1. Seni bina tradisional empayar China, dengan Tiananmen (secara harfiah, "Pintu Kota Keamanan Kesyurgaan" yang masih merupakan bangunan tersegam ciri utama gaya ini), Kota Larangan, Kuil Nenek Moyang Empayar, dan Kuil Syurga mungkin merupakan contoh unggulnya;
  2. Gaya "China-Soviet" yang dibina antara 1950-an hingga 1970-an yang menampilkan struktur yang cenderung bersifat kotak, sederhana, dan bermutu rendah; [15]
  3. Bentuk seni bina yang jauh lebih moden, khususnya di kawasan Daerah Perniagaan Pusat Beijing dan Jalan Kewangan Beijing.

Beijing awal abad ke-21 telah menyaksikan pertumbuhan pembinaan bangunan baharu yang pesat yang menonjolkan berbagai-bagai gaya moden daripada pereka bentuk antarabangsa. Campuran kedua-dua gaya seni bina yang lama dan baharu dapat dilihat di Zon Seni 798 yang menggabungkan reka bentuk 1950-an dengan gaya yang baharu.

Politik dan pemerintahan

Pemerintahan wilayah perbandaran dikawal oleh Parti Komunis China (CCP) tempatan yang mengeluarkan perintah pentadbiran, memungut cukai, dan mengendalikan ekonomi. Pihak berkuasa parti tempatan diketuai oleh Setiausaha CPC Beijing dan mengarahkan jawatankuasa tetap Kongres Rakyat Perbandaran menerusi pembuatan keputusan dasar serta menyelia pemerintahan tempatan. Anggota pemerintahan tempatan terdiri daripada datuk bandar, naib datuk bandar, dan banyak biro yang menumpukan undang-undang, keselamatan awam, dan hal-hal ehwal yang lain. Di samping itu, sebagai ibu negara China, Beijing juga menampung semua institusi pemerintahan dan politik negara yang penting, termasuk Kongres Rakyat Negara.[16]

Ekonomi

Jalan Kewangan Beijing, pusat ekonomi Beijing
Pusat Perniagaan Pusat Beijing, dengan SOHO Jianwai, Yintai, Pejabat induk CCTV, Jingguang.

Beijing adalah antara bandar raya yang paling maju serta juga bandar raya pasca-perindustrian yang pertama di China,[17] dengan industri peringkat ketiganya merupakan 73.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China.

Industri kewangan ialah salah satu industri Beijing yang paling penting.[18] Menjelang akhir 2007, Beijing memiliki 751 buah pertubuhan kewangan yang bersama-sama menjanakan hasil sebanyak 128.6 bilion RMB, iaitu 11.6% daripada seluruh hasil industri kewangan negara. Angka itu juga merupakan 13.8% daripada KDNK Beijing, suatu peratusan yang tertinggi antara kesemua bandar raya Cina.[19] Kawasan Beijing menampung 26 buah syarikat Fortune Global 500 yang merupakan bilangan ketiga tertinggi di seluruh dunia, selepas Tokyo dan Paris.

Daerah Pusat Perniagaan Beijing yang berpusat di kawasan Guomao telah dikenal pasti sebagai daerah pusat perniagaan baharu. Jalan Kewangan Beijing di kawasan Fuxingmen dan kawasan Fuchengmen merupakan pusat kewangan tradisional, manakala kawasan Wangfujing dan kawasan Xidan merupakan daerah beli-belah yang utama.

Kawasan perindustrian utama termasuk Shijingshan yang terletak di pinggiran barat bandar raya.[20] Zhongguancun yang diberi gelaran "Silicon Valley China" merupakan pusat utama untuk industri-industri yang berkaitan dengan elektronik dan komputer, serta juga penyelidikan bahan farmaseutik. Di samping itu, Yizhuang yang terletak di bahagian tenggara bandar semakin merupakan pusat yang baharu untuk bahan farmaseutik, teknologi maklumat, dan kejuruteraan bahan.[21]

Beijing semakin terkenal kerana usahawannya yang inovatif serta pertumbuhan syarikat baharu yang tinggi. Budaya ini disokong oleh sebuah komuniti besar yang terdiri daripada kedua-dua firma modal usaha niaga Cina dan firma modal usaha niaga asing. Walaupun Shanghai dilihatkan sebagai sebuah pusat ekonomi China, ini biasanya berdasarkan bilangan perbadanan besar yang berpusat di sana dan bukannya sebagai pusat keusahawanan Cina.