Baboon Mandrill[1]
Julat zaman: 1.2–0 Ma
Early Pleistocene – Recent
Mandrill at SF Zoo.jpg
Jantan
Mandrill (4531340530).jpg
Betina
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Templat taksonomi hilang (baiki): Mandrillus
Spesies:
Nama binomial
Mandrillus sphinx
Mandrill area.png
Julat Baboon Mandrill

Baboon Mandrill ialah sejenis beruk yang terdapat di hutan-hutan hujan Afrika, iaitu dari Cameroon ke Guinea. Nama sainsnya Papio sphinx.[4] Mandrill ialah spesies Monyet yang terbesar di dunia.


Ciri-ciri fizikal

Beruk ini mempunyai warna kulit yang berbeza-beza antara coklat tua dengan kelabu zaitun. Jantan dewasa mempunyai hidung merah terang dan pipi biru, serta punggung biru. Warna-warna betina dan anak-anak adalah lebih pudar. Baboon mandrill mempunyai kantung pipi yang boleh menyimpan banyak makanan.

Cara hidup

Baboon Mandrill hidup dalam kelompok keluarga yang terdiri daripada seekor jantan dewasa, banyak ekor betina, dan anak-anak. Kekadangnya, kelompok baboon akan bergabung dengan kelompok yang lain. Baboon Mandrill tidur di atas pokok pada waktu malam.

Beruk betina melahirkan seekor anak selepas 5 hingga 7 bulan. Anak-anak betina akan mengikut kelompok keluarganya, sedangkan beruk jantan akan meninggalkan kelompok untuk menghabiskan masa pada diri sendiri, walaupun beruk jantan akan mencari makanan bersama-sama dengan kelompoknya.

Makanan

Baboon Mandrill ialah haiwan omnivor, dan makan haiwan yang kecil, termasuk labah-labah, siput, cacing, semut, dan vertebrat-vertebrat yang kecil. Beruk ini juga makan rumput, herba, tunas, kulit kayu, akar, dan buah-buahan. Beruk jantan makan di atas tanah, sedangkan beruk betina dan anak-anak makan di atas pokok.

Rujukan

  1. ^ Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 165. ISBN 0-801-88221-4.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai penyunting (link) Selenggaraan CS1: teks ekstra: senarai penyunting (link)
  2. ^ Oates, J. F. & Butynski, T. M. (2008). "Mandrillus sphinx". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2008: e.T12754A3377579. doi:10.2305/IUCN.UK.2008.RLTS.T12754A3377579.en. Dicapai pada 12 January 2018.
  3. ^ Linne', Carl von (1758). Systema naturæ. Regnum animale (ed. 10th). m/s. 25. Dicapai pada 19 November 2012.
  4. ^ AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 )
    JADUAL SATU
    BINATANG-BINATANG LIAR YANG DIPERLINDUNGI SEPENUHNYA

Pautan luar



Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z