Republik Armenia

Հայաստանի Հանրապետություն
Hayastani Hanrapetutyun
Bendera Armenia
{{{coat_alt}}}
Bendera Jata
Cogan kata: Bahasa Armenia: Մեկ Ազգ , Մեկ Մշակույթ
terjemahan: Mek Azg, Mek Mshakowyt
"Satu Negara, Satu Budaya"
Lagu kebangsaan: Mer Hayrenik
("Tanah Bapaku")
Location of Armenia
Ibu negaraYerevan coa.gif Yerevan1
Bandar terbesarYerevan
Bahasa rasmiBahasa Armenia
DemonimLamender (arkaik)[1]
KerajaanParlament Republik
• Presiden
Armen Sargisyan
Nikol Pashinyan
Kemerdekaan 
• Diisytihar
23 Ogos 1990
• Diiktiraf
21 September 1991
• Direalisasi
25 Disember 1991
• Penubuhan tradisional
    dari Negara Armenia
11 Ogos 2492 SM
• Kerajaan Urartu ditubuhkan
1000 SM
• Kerajaan Lama Armenia ditubuh
600 SM
• Ajaran Kristian diterima secara rasmi
301 M
28 Mei 1918
• Air (%)
4.71
Penduduk
• Anggaran 2019
3,138,627[2] (1362)
• Bancian 2001
3,002,594
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Jumlah
$24.17 billion
• Per kapita
$7,700
KDNK (nominal)Anggaran 2019 
• Jumlah
$8.92 billion
• Per kapita
$2,842
HDI (2019)0.733
Ralat: Nilai HDI tidak sah
Mata wangDram (AMD)
Zon masaUTC+4 (UTC)
• Musim panas (DST)
UTC+5 (DST)
Kod panggilan+374
DPT Internet.am
1 Kadang kala dieja sebagai "Erevan", "Jerevan", atau "Erivan".
2 Kedudukan berdasarkan anggaran populasi PBB.

Armenia (Jawi: ارمينيا; Bahasa Armenia: Հայաստան, "Hayastan"), atau nama rasminya Republik Armenia (Jawi: ريڤوبليک ارمينيا; Bahasa Armenia: Հայաստանի Հանրապետություն, Hayastani Hanrapetut'yun), ialah sebuah negara yang terletak di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia. Orang Armenia juga dikenali sebagai Lamender dalam bahasa Melayu lama.

Armenia terletak di selatan Pergunungan Kaukasus dan keseluruhannya dikelilingi daratan. Bertempat di Asia Barat,[3][4] negara Kristian pertama ini bersempadan dengan negara-negara Asia lain iaitu Turki di barat, Georgia di utara, Artsakh dan Azerbaijian di timur, akhirnya Iran dan Nakhichevan di selatan.[5] Namun begitu, negara ini bercita-cita untuk menyertai Kesatuan Eropah.

Armenia ialah sebuah negara bangsa satuan demokratik dengan sistem berbilang parti dan mempunyai warisan budaya yang mendalam. Kerajaan Urartu diasaskan pada 860 SM dan menjelang abad ke-6 SM digantikan dengan Kesatrapan Armenia. Kerajaan Armenia mencapai zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Tigranes Agung pada abad pertama SM dan merupakan negara pertama di dunia yang memeluk agama Kristian sebagai agama rasmi, pada akhir abad ke-3 atau awal abad ke-4 TM.[6][7][8] Tarikh rasmi pemelukan Kristian ialah 301 TM.[9] Kerajaan purba Armenia terpisah di bawah Empayar Byzantine dan Sasan sekitar awal abad ke-5. Di bawah wangsa Bagratuni, Kerajaan Bagratuni Armenia dipulihkan pada abad ke-9. Apabila kerajaan tersebut merosot akibat perang menentang Empayar Byzantine, ia jatuh pada tahun 1045 dan Armenia kemudiannya dijajah Empayar Saljuk. Sebuah kerajaan kecil Armenia, dan selanjutnya kerajaan Armenia Kilikia, bertempat di persisiran Laut Mediterranean antara abad ke-11 dan ke-14.

Antara abad ke-16 dan 19, ibu pertiwi Armenia terdiri daripada Armenia Timur dan Armenia Barat yang disatukan di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniah dan Parsi, berbalik-balik antara ia berdua berabad lamanya. Setelah abad ke-19, Armenia Timur telah ditawan oleh Empayar Rusia, manakala kebanyakan bahagian barat Armenia kekal dalam tangan Uthmaniah. Semasa Perang Dunia I, Lamender yang tinggal di tanah asal mereka dalam Empayar Uthmaniah dibunuh habis-habisan dalam Genosid Armenia. Pada tahun 1918, selepas peristiwa Revolusi Rusia, semua negara bukan milik Rusia mengisytiharkan kemerdekaan mereka berikutan penghapusan Empayar Rusia, dan menyebabkan pengasasan Republik Pertama Armenia. Menjelang 1920, negara tersebut digabungkan ke dalam Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transkaukasia, dan pada tahun 1922 ia menjadi salah sebuah anggota pengasas Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Pada tahun 1936 pula, persekutuan Transkaukasia dibubarkan, mengubah negara-negaranya, termasuklah Republik Sosialis Soviet Armenia, menjadi republik Kesatuan penuh. Republik Armenia yang moden merdeka pada tahun 1991 semasa pembubaran Kesatuan Soviet.

Armenia mengiktiraf Gereja Hawariun Armenia, gereja kebangsaan tertua di dunia, sebagai pihak agama utama negara mereka.[10] Abjad Armenia dicipta oleh Mesrop Mashtots pada tahun 405 TM.

Armenia ialah anggota Kesatuan Ekonomi Eurasia, Majlis Eropah dan Pertubuhan Persetiaan Keselamatan Bersama (ODKB atau Pakatan Tashkent). Armenia juga menyokong Artsakh yang diisytiharkan bebas pada 1991.

Etimologi

Nama asal Armenia dalam bahasanya ialah Հայք (Hayk’) namun ia jarang digunakan. Namanya kini ialah Հայաստան (Hayastan) dan menjadi popular semasa Zaman Pertengahan dan ditambah imbuhan Parsi -stan yang bermaksud "tempat". Akan tetapi asal-usul nama Hayastan dijejak lebih jauh lag dan ada disebut sekitar abad ke-5 dalam karya-karya oleh Agathangelos,[11][12] Faustus dari Byzantium,[13][14] Ghazar Parpetsi,[15] Koryun,[16] dan Sebeos.[17]

Nama itu pada asalnya terbit daripada Hayk (Հայկ), seorang bapa agung Lamender yang dikatakan ialah cicit Nuh, yang menurut seorang penulis dari abad ke-5 TM Movses Khorenatsi telah menewaskan raja Bel dari Kerajaan Babilon pada 2492 SM dan mentadbirkan negeri itu di Ararat.[18] Asal nama tersebut pula tidak diketahui. Ada yang mengandaikan[19][20] bahawa nama Hay itu datang daripada dua negeri perlindungan Hit gabungan - Hayasya-Azzi (1600 - 1200 SM).

Nama asing Armenia diperakui dalam Inskripsi Behistun dalam bahasa Parsi Kuno (515 SM) sebagai Armina (Old Persian a.png Old Persian ra.png Old Persian mi.png Old Persian i.png Old Persian na.png). Perkataan Yunani Kuno Ἀρμενία (Armenía) dan Ἀρμένιοι (Arménioi, "orang Armenia") pertama kalinya disebut oleh Hekataios dari Miletos (s. 550 - s. 476 SM).[21] Xenophon, seorang jeneral Yunani yang berkhidmat dalam ekspedisi Parsi, menceritakan tentang pelbagai aspek hidup perkampungan Armenia dan layanan baik mereka sekitar tahun 401 SM.[22]

Sesetengah cendekiawan mengaitkan nama Armenia dengan negeri Armani (Armanum, Armi) dari Zaman Gangsa Akhir ataupun negeri Arme (Syupria).[23] Hubungan ini tidak disepakati kerana bahasa yang digunakan dalam kerajaan-kerajaan ini tidak diketahui. Tambahan pula, walaupun Arme memang terletak di belah barat Tasik Can (makanya dalam wilayah Armenia besar), lokasi tapak lama Armani masih lagi diperbahaskan. Sesetengah pengkaji meneka ia di kawasan sama dengan Arme, kini berdekatan Samsat,[24] dan mengusulkan bahawa ia pernah diduduki, tidakpun sebahagiannya, oleh bangsa yang bertutur dalam bahasa Indo-Eropah.[25] Bumi Ermenen (terletak dalam atau berdekatan Mannai), disebut oleh raja Mesir Thutmose III pada tahun 1446 SM, juga diduga merujuk kepada Armenia.

Menurut riwayat sejarah Movses Khorenatsi dan Michael Chamchian, Armenia terbit daripada nama Aram, seorang keturunan sezuriat Hayk.[26][27] Senarai Keturunan Nuh yang merujuk Kitab Kejadian 10 mendaftarkan Aram sebagai anak lelaki Sem, di mana Kitab Yobel memperakui,

"Dan bagi Aram datang pula bahagian keempat, seluruh tanah Mesopotamia antara Sungai Dajlah dan Furat ke utara Khaldi ke sempadan pergunungan Asyur dan tanah Arara.[28][29]"

Yobel 8:21 juga membahagikan Pergunungan Ararat kepada Sem, di mana Yobel 9:5 menerangkan akan dibahagikan kepada Aram.[28][29] Sejarawan Flavius Josephus juga menulis dalam Antiquitates Iudaicae (Sejarah Kuno Orang Yahudi),

"Aram mempunyai keturunan Aram, yang orang Yunani panggil sebagai orang Suriah;... Daripada empat anak lelaki Aram, Uz mengasaskan Trakhonitis (Lajat) dan Damsyik: negeri ini terletak di antara Palestin dan Kelesuriah. Ul mengasaskan Armenia; dan Mengumpulkan orang Baktria; dan Mesa pula orang Mesanai; sekarang ia dipanggil Kharaks Spasini."[30]

Dalam bahasa Melayu, orang Armenia disebut sebagai Lamender.[31] Dalam Tata Bahasa Melayu tulisan D. Gerth van Wijk, diterbit oleh Penerbit Djambatan, ia mencatatkan asal-usul perkataan itu daripada pencemaran bunyi oleh orang Betawi, melalui bahasa Portugis:

"Dalam bahasa Portugis kata ini adalah armario; perubahan dari bunyi r menjadi l dan sebaliknya sering kali terjadi dan ... peralihan suku kata pertama al menjadi la. Misalnya kata Armeniaan di Betawi (Jakarta) menjadi Almender dan dari sini pula timbul Lamender."[32]

Politik

Pembahagian pentadbiran

Armenia dibahagikan kepada 10 buah wilayah, dengan ibu kota Yerevan mendapat status khas. Senarai wilayah di Armenia adalah seperti di bawah:

Peta pembahagian wilayah-wilayah Armenia
  1. Aragatsotn
  2. Provinsi Ararat
  3. Provinsi Armavir
  4. Geghark'unik'
  5. Kotayk'
  6. Lorri
  7. Shirak
  8. Syunik'
  9. Tavush
  10. Vayots' Dzor
  11. Armenia memiliki anggaran jumlah penduduk sebanyak 2,951,745 pada 2018. Kelangsungan jumlah penduduk Armenia memiliki masalah, yakni pengurangan penduduk akibat peningkatan emigrasi selepas pembubaran Kesatuan Soviet. Sejak kebelakangan ini, kadar emigrasi telah menurun dan pertambahan penduduk mula jelas.

    Bahasa

    Bahasa Armenia ialah satu-satunya bahasa rasmi negara, dengan bahasa-bahasa utama lain ialah bahasa Rusia dan Inggeris. Bahasa Rusia masih diajar di sekolah sebagai bahasa kedua.[33]

    Lihat juga

      1. ^ "Lamender". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada 17 April 2020.
      2. ^ Anggaran populasi oleh Pusat Statistik Nasional
      3. ^ Central Intelligence Agency (2014). The CIA World Factbook 2015. Skyhorse Publishing. m/s. 5241. ISBN 978-1-62914-903-5.
      4. ^ The UN classification of world regions Diarkibkan 25 Jun 2002 di Wayback Machine places Armenia in Western Asia; the CIA World Factbook "Armenia". The World Factbook. CIA. Diarkib daripada yang asal pada 10 October 2010. Dicapai pada 2 September 2010. "Armenia". National Geographic. Diarkib daripada yang asal pada 8 August 2007. Dicapai pada 16 April 2009., Armenia. Encyclopædia Britannica. Diarkib daripada yang asal pada 1 April 2009. Dicapai pada 16 April 2009., Calendario Atlante De Agostini (dalam bahasa Italian) (ed. 111). Novara: Istituto Geografico De Agostini. 2015. m/s. sub voce. ISBN 9788851124908.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link) and Oxford Reference Online "Oxford Reference". Oxford Reference Online. 2004. doi:10.1093/acref/9780199546091.001.0001. ISBN 9780199546091. Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan) also place Armenia in Asia.
      5. ^ The Oxford Encyclopedia of Economic History. Oxford University Press. 2003. m/s. 156. ISBN 978-0-19-510507-0.
      6. ^ (Garsoïan, Nina (1997). R.G. Hovannisian (penyunting). Armenian People from Ancient to Modern Times. 1. Palgrave Macmillan. m/s. 81.)
      7. ^ Stringer, Martin D. (2005). A Sociological History of Christian Worship. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 92. ISBN 978-0-521-81955-8.
      8. ^ Smaller nations that have claimed a prior official adoption of Christianity include Osroene, the Silures, and San Marino. See Timeline of official adoptions of Christianity.
      9. ^ Grousset, René (1947). Histoire de l'Arménie (ed. 1984). Payot. m/s. 122.. Estimated dates vary from 284 to 314. Garsoïan (op.cit. p. 82), following the research of Ananian, favours the latter.
      10. ^ The republic has separation of church and state
      11. ^ Ագաթանգեղոս §§ 13 (ի Հայաստան աշխարհէս), 16 (Հայաստան աշխարհիս 2x, ի Հայաստան աշխարհիս), 35 (Հայաստան աշխարհին), 160 (Հայաստան աշխարհիս), 249 (Հայաստան աշխարհիս), 715 (Հայաստան աշխարհիս), 776 (Հայաստան աշխարհին), 784 (Հայաստան աշխարհին), 796 (ի մէջ Հայաստան աշխարհի), 808 (հասանէին ի Հայաստան աշխարհն)։
      12. ^ Ագաթանգեղոս § 885 (ի Հայաստան երկրին)
      13. ^ Փաւստոս Բուզանդ 1883=1984, էջ 1 (Հայաստան աշխարհին)
      14. ^ Փաւստոս Բուզանդ 1883=1984, 4.բ, էջ 56 (Հայաստան երկրին)
      15. ^ 904=1985, էջ 2 (Հայաստան աշխարհիս), 110 (կանայս ի Հայաստան աշխարհիս)
      16. ^ Կորիւն 1994, էջ 83 (Հայաստան աշխարհի), 93 (Հայաստան աշխարհին), 103 (ի Հայաստան աշխարհին), 120 (ի Հայաստան աշխարհէս)
      17. ^ ժը (սեռ. Հայաստանեայց, բացառ. ի Հայաստանեայց), տես Աբգարյան 1979, էջ 66, 90
      18. ^ Razmik Panossian, The Armenians: From Kings And Priests to Merchants And Commissars, Columbia University Press (2006), ISBN 978-0-231-13926-7, p. 106.
      19. ^ Rafael Ishkhanyan, "Illustrated History of Armenia," Yerevan, 1989
      20. ^ Elisabeth Bauer. Armenia: Past and Present (1981), p. 49
      21. ^ "Χαλύβοισι πρὸς νότον Ἀρμένιοι ὁμουρέουσι (The Armenians border on the Chalybes to the south)". Chahin, Mark (2001). The Kingdom of Armenia. London: Routledge. m/s. fr. 203. ISBN 978-0-7007-1452-0.
      22. ^ Xenophon. Anabasis. halaman IV.v.2–9.
      23. ^ Ibp Inc (2013-09-01). Armenia Country Study Guide Volume 1 Strategic Information and Developments. m/s. 42. ISBN 9781438773827.
      24. ^ Archi, Alfonso (2016). "Egypt or Iran in the Ebla Texts?". Orientalia. 85: 3.
      25. ^ Kroonen, Guus; Gojko Barjamovic; Michaël Peyrot (9 May 2018). "Linguistic supplement to Damgaard et al. 2018: Early Indo-European languages, Anatolian, Tocharian and Indo-Iranian": 3. Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan)
      26. ^ Moses of Chorene,The History of Armenia Diarkibkan 19 April 2003 di Wayback Machine, Book 1, Ch. 12 (dalam bahasa Rusia)
      27. ^ History of Armenia by Father Michael Chamich from B.C. 2247 to the Year of Christ 1780, or 1229 of the Armenian era, Bishop's College Press, Calcutta, 1827, p. 19: "[Aram] was the first to raise the Armenian name to any degree of renown; so that contemporary nations... called them the Aramians, or followers of Aram, a name which has been corrupted into Armenians; and the country they inhabited, by universal consent, took the name of Armenia."
      28. ^ a b "Charles, R.H. (1913). The Book of Jubilees 9:5 from The Apocrypha and Pseudepigrapha of the Old Testament. Clarendon Press". www.pseudepigrapha.com. Diarkib daripada yang asal pada 14 Jun 2018. Dicapai pada 13 Jun 2018.
      29. ^ a b "Charles, R.H. (1913). The Book of Jubilees 8:21 from The Apocrypha and Pseudepigrapha of the Old Testament. Clarendon Press". digitalcommons.andrews.edu. Diarkib daripada yang asal pada 13 Jun 2018. Dicapai pada 13 Jun 2018.
      30. ^ Josephus, Flavius. Antiquities of the Jews. m/s. Book 1, section 143. Diarkib daripada yang asal pada 14 Oktober 2017. Dicapai pada 13 Oktober 2017.
      31. ^ http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=lamender
      32. ^ D. Gerth van Wijk (1985) "Pendahuluan". Tata Bahasa Melayu, terjemahan Spraakleer der Maleische Taal. T.W. Kamil (Penterjemah). Jakarta: Penerbit Djambatan.
      33. ^ Suny, Glenn E. "Education" (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2009. |first2= kehilangan |last2= (bantuan)

      Pautan luar