Yang Berhormat Dato’ Sri

Abu Bakar Harun

SSAP. DIMP. SMP.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Dalam jawatan
2013–2018
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang
untuk Chini
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 6 Mei 2020
Butiran peribadi
LahirAbu Bakar bin Harun
1960
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia (umur 59)
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikUMNO (Malaysia).svg (1983–2020)
PasanganDatin Seri Razana Fatin [email protected]
Anak-anak2

Yang Berhormat Dato’ Sri Abu Bakar bin Haji Harun[1] (1960 – 6 Mei 2020) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Pahang. Beliau ialah bekas EXCO Hal Ehwal Felda Pahang di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang disandang dari tahun 2013 hingga tahun 2018. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak tahun 2004 sehingga kematian beliau pada tahun 2020.

Kehidupan

Beliau berkelulusan Sijil Perakaunan dari Maktab Kerjasama Malaysia.[2] Beliau juga merupakan Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif di Felda Global Ventures Holdings Berhad.[3]

Beliau telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan pertamanya dan empat orang cucu.[2][4]

Keperibadian

Beliau disifatkan sebagai seorang "pemimpin yang baik" dan "mesra" oleh penduduk di sekitarnya.[5]

Kerjaya politik

Beliau menyertai parti UMNO pada tahun 1983.[6]

Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11) pada tahun 2004 di bawah parti UMNO bagi kerusi Chini dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang lalu menang dengan undian sebanyak 6,664 dengan majoriti 4,005 daripada 11,365 orang pengundi. Beliau terus bertanding bagi pilihan-pilihan raya berikutnya lalu mempertahankan kerusi beliau dalam PRU-12 (undian: 7,398, majoriti: 4,524, jumlah pengundi: 12,857), PRU-13 (undian: 11,829, majoriti: 7,675, jumlah pengundi: 19,247) dan PRU-14 (undian: 10,027, majoriti: 4,622, jumlah pengundi: 21,251).[7]

Beliau turut menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dari tahun 2013 hingga tahun 2018 semasa Datuk Seri Adnan Yaakob merupakan Menteri Besar Pahang ketika itu.[2][8]

Kematian

Pada malam Khamis 6 Mei 2020 M bersamaan 13 Ramadan 1441 H, beliau telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada kira-kira pukul 11.55 malam akibat serangan jantung.[2][4][9] Beliau dilaporkan telah jatuh ketika di Bangsar untuk mengambil barang setelah selesai menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur.[6] Berita kematian tersebut telah diumumkan oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail iaitu Menteri Besar Pahang.[10] Jenazah beliau telah dilawati oleh Setiausaha Agung UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak[11] sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Felda Chini untuk dikebumikan.[12] Pengebumian tersebut selesai pada pukul 2.30 petang serta dihadiri oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.[4]

Susulan kematian beliau, sebuah pilihan raya kecil dilaksanakan bagi mengisi kekosongan kerusi beliau.[13][14]

Anugerah