1998 merupakan tahun biasa yang bermula pada hariKhamis. Ia berlangsung dari 2 Ramadan 1418 hingga 12 Ramadan 1419. Tahun ini telah diisytiharkan sebagai "Tahun Antarabangsa Lautan".
4 Mac - KUB Telekomunikasi, anak syarikat KUB Holdings, menjalinkan kerjasama dengan Krone AG, sebuah syarikat telekomunikasi Jerman, dan menubuhkan syarikat usaha sama dalam bidang telekomunikasi.
14 Mei - ComIL, perisian pembelajaran bersepadu komputer, diperkenalkan oleh MIMOS Berhad. Perisian itu merupakan perisian pertama keluaran MIMOS.
5 Jun - Lima syarikat telekomunikasi tempatan diberi lesen untuk menjadi pembekal perkhidmatan internet (ISP). Dengan perlantikan itu, Malaysia akan mempunyai tujuh ISP, termasuk JARING dan TMNet.
15 Julai - Datuk Leo Moggie mengumumkan perkhidmatan capaian sama rata dalam kalangan operator telekomunikasi. Perkhidmatan yang akan dimulakan pada 1 Januari1999 akan memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan perkhidmatan talian tetap.
1 September: Akibat kesan-kesan Krisis Kewangan Asia 1997, kerajaan Malaysia menguatkuasakan langkah-langkah kawalan tukaran matawang untuk menstabilkan semula ringgit.
3 November - Tun Dr. Mahathir merasmikan persidangan dan pameran ASEAN Telekom 98, persidangan dan pameran ini yang pertama kali diadakan di Malaysia, di Sri Kembangan, Selangor. Dalam majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan 'Detik Y2K' bagi menyedarkan masyarakat mengenai masalah ini.
13 November - Menteri Pelajaran Malaysia melancarkan rangkaian sekolah sejagat di kementeriannya. Rangkaian ini membolehkan semua sekolah di seluruh dunia dihubungkan melalui internet.
Pembangunan phpMyAdmin, bahagian hadapan web berasaskan PHP kepada MySQL, dimulakan oleh Tobias Ratschiller, seorang perunding teknologi maklumat ketika itu dan kemudiannya pengasas syarikat perisian Maguma.
Perundingan untuk penjualan Netscape Communication kepada American On-Line (AOL) pada harga AS$4.2 bilion dimulakan. Urus niaga ini dijangka akan diselesaikan pada bulan April 1999.